Sunday, July 24, 2016

Assalamualaikum semua


Sudah lama aku tidak mencoretkan apa2 didalam blog nie. terasa rindu dihati untuk menaip meluahkan isi hati tidak pun apa2 yang berfaedah kepada pembaca2 diluar sana yang masih setia membaca coretan aku didalam nie.(ermm ade ke :) tup tup dah raya 2016 ... tidak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN SEKIRANYA ADA KEKHILAFAN AKMA DISEPANJANG PENULISAN INI. 


Raya tahun nie kami meraikan hanya ala kadar sahaja. tiada baju baru mahupun kasut baru (semuanya tahun lepas punya) hanya kerajinan aku membuat kuih raya sahaja hehe mana tidaknya puasa tahun ini alhamdulillah aku dapat berpuasa sebulan penuh bersama2 dengan ibunda kesayangan nie. Sebelum nie 6 tahun belajar berpuasa dikampus sahaja bersama2 kawan sepengajian. Rindu juga kenangan tu...
Sepanjang berpuasa dirumah bersama ibunda kesayangan boleh dikatakan tiap2 hari aku membuat biskut.  Raya2 sebelum nie biskut beli sahaja..untuk tahun nie tiada satu biskut pun beli cuma adela kakak2 lain membeli kerepek2 sebagai penambahan. itu ajela perubahan raya tahun nie..hahaha eh ade lagi perubahan..tahun lepas kami beraya berempat sekarang kami beraya bertiga sahaja.


Tahun2 sebelum nie ada mak, kakak, aku dan adik. Tahun nie (yang single ye)hanya mak, kakak dan aku sahaja sebab adik sudah berkahwin..jangan tanya kenapa dia dahulu yang kawin dah sampai jodohnya awal..yang kami nie in syaa Allah doa2 aje la ye. tak sanggup sebenarnya tinggalkan mak..mak cakap kalau nak cari jodoh carila yang dekat2 sahaja senang nanti nak jenguk2 mak tiap2 tahun pun boleh beraya bersama2. 


Sebahagian daripada keluarga aku yang balik beraya tahun 2016 nie. Yang takde along dengan kak ita (kakngah) masing2 giliran beraya rumah mertua. Yang ini pun ada jugak baru sampai pagi raya disebabkan tugas. Paling best adik aku la..mertua dekat2 situ jugak..time pagi raya rumah mak mertua habis jer bab salam belah sana terus dye sambung bersalaman dengan kami. Kadang tu pagi pegi rumah mertua petang dah boleh balik rumah mak sendiri. Takde gaduh2. Mungkin sebab itu mak minta cari yang dekat2 sahaja kalau boleh kata mak. hehe
Dulu..mak tak kisah jauh2 pun sebab sebelah mak ada lagi maksudnya abahku. Kini..abah dah tiada terasa kesunyianla..aku pun tak sanggup nak tinggalkan mak macam tu. Kalau boleh tiap2 tahun  nak beraya bersama2. 



^o^aku berharap ibunda kesayangan ku nie sentiasa dilimpahi rahmat Allah s.w.t, diberikan kesihatan disayangi orang sekeliling dan dihindari segala hasutan dengki manusia. Aku juga sentiasa berdoa menjadi anak yang solehah tidak lupa asal usul sentiasa mengingati keluarga semoga aje nanti pabila aku sudah berkahwin punya anak..anak2 juga menjadi soleh dan solehah...






2 comments

Meriah ! Selamat hari raya :)

REPLY

Selamat hari raya juga Inani Hazwani

REPLY

AKMADEHIKA . 2019 e | s