Thursday, November 28, 2013

Perginya pejuang Islam muda Ahmad Ammar dengan gelaran "Syahid Yang Tertangguh"

Assalamualaikum...



Ahmad Ammar - Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”. 


Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya. 

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz. 

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.



Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.

Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.

Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?

Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah. 




Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.

Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ :

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans. 




Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya.

Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah.









credit to wasukalu kerana dialah membenarkan sesiapa sahaja yang bergelar blogger meng-copy paste entry ini...dan sesiapa sahaja yang telah  membaca entry ini dibenarkan juga copy paste di blog korang...amat dialu2 alukan..
 untuk Artikel berbahasa Inggeris sila rujuk di laman ini
reviewedby-eib

- please like this entry -






Monday, November 25, 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Thursday, November 14, 2013

Satu hari yang amat memalukan untuk aku !!



Assalamualaikum...hai readers ^o^

Mesti nak tau kan apa yang amat memalukan untuk akma...bagi akma memang sangat memalukanla bagi akma dan bukan setakat memalukan je..lawak pun lawak...hahaha
nie cerita semalam punyer nie...situasi yang memalukan tu didalam class...
isnin selasa kitorang cuti...so rabu baru start class..da la class memang pack giler..start kul 8 pagi until 4 petang...korang imaginekanla macam mane packnyer tu..serius takde gap langsung tuk akma rehat...
how could they do this to me kan...huhuhu...tapi alhamdulillah...awal2 pagi lagi b4 nak pegi class akma da niatkan  dalam hati...hari ni aku puasa 9 muharram yakni salah satu hari yang paling afdal dalam banyak2 hari selain bulan Ramadhan adalah hari Arafah..sunat kite berpuasa 9 muharram sebelum hari Arafah dan 10 muharram semasa hari Arafah..pahalanya dihapuskan dosa setahun & setahun sebelumnya...(maaf, sila perbetulkan kalau akma silap ).
akma niatkan dalam hati semoga Allah permudahkan urusan akma sepanjang akma berpuasa pada hari ini dan tidak terlalu penat untuk menjalankan tanggungjawabNya...
Alhamdullilah Syukur sangat2 Allah memang permudahkan urusan akma pada hari itu dan akma langsung tidak terasa penat, letih dan lapar..terasa kenyang jer...
ade 2 class lecturer akma bagi keluar awal setengah jam...so sempatla akma rehat dan study tuk test pada hari itu jugak..jawab test pun xdela terasa terganggu dengan perut kosong..perut pun tak meragam...petang pulak class cancel alhamdulillah...dapatla rehat dalam bilik...syukur..balik2 pun rehat jap mandi beli makan tuk berbuka and just tunggu azan maghrib jer..xlame pun tunggu..dalam 20 minit tunggu da azan..Syukur Ya Allah Kau telah permudahkan urusan hambamu ini dalam setiap perkara...

hamboi, panjang lebar pulak bercerita yer sampai da lari tajuk entry pulak..hehehe^o^
ape2 pun korang....akma nak cakap kat sini...walau ape pun yang korang lakukan demi Dia..lakukanlah dengan ikhlas..buat dengan ikhlas...insyaAllah, Allah mendengar dan akan permudahkan setiap urusan yang kita lakukan...xkisahla korang buat ape pun..yer.
hal yang lucunya kat sini time akma class pagi tu pukul 8...class record management...
xtaula kenapa kan...akma terlalu mengantuk sangatla..nak kate tido lambat sangat pun xdela..sebelum nie memang xpernah ngantuk pun class pagi tu...hari tu jer tibe2 mata nie buat hal la pulak..serius ngantuk giler...kawan akma sebelah berape kali jugak la usap bahu...sedar kejap jer pastu tertido balik...aduh nape la mate nie kaw buat hal gan aku...nak makan something yang buat mata nie xngantuk xbolehla pulak sebab puasa...tahan jugak mata nie tapi kejap jer dia mampu bertahan pastu mulala...akma pun xsedar bila pulak mata nie dah tertutup....haha
yang memalukan ape taw....akma tersedar dari tido tibe2 secara automatiknya..boleh pulak la akma bangun dari kerusi berdiri secara tibe2 dan satu class sume terkejut dengan tindakan mengejut akma tu..apa lagi semua pandangla...lecturer tanya nape awak berdiri? awak tak bawak buku ker? sebab kalau time class tu sape2 yang  xbawak buku kena berdiri..pastu akma cakapla yang akma bawak...habis tu dah bawak kenapa berdiri tibe2...hehe dengan malunyer akma dudukla balik....yang kawan sebelah akma tu dah tahan gelak da...ade jugakla budak laki yang perasan akma tido dalam class tersengih2...habis memang kena bahan la..nasibla ko akma...nasib baikla akma time tu bangun tak terus menjerit cakap yang bukan2..'i love you!' ker, ' aku sayang ko!', 'aku benci ko!', 'jangan..!'(memang takla akma nak cakap macam tu...)hehe, kalau tak memang lagi malu camtu...hahhaha
inila korang..perkara yang takkan akma pernah lupekan...ermm..sweet memory or sour memory?sweet sour memory kowt....haha