Saturday, December 21, 2013

Update : The Seven Wonders of the World 2013

Assalamualaikum & hye lovely readers !

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya...disini saya senaraikan 7 keajaiban dunia yang perlu korang tahu pada tahun 2013 dan setiap 7 keajaiban dunia nie adalah salah satu tempat menarik yang paling popular dikalangan pelancong-pelancong dunia pada tahun 2013..:- check it out!!

Christ the Redeemer, Rio de Janeiro, Brazil


Christ the Redeemer, Rio de Janeiro, Brazil


1) Christ the Redeemer, Rio de Janeiro , Brazil


Christ the Redeemer, Rio de Janeiro, Brazil




2) Machu Picchu, Peru


3) Taj Mahal, India


4) The Collosseum, Rome, Italy


5) Great Wall of China


6) Petra, Jordan


7) Chichen Itza, Mexico


Thursday, November 28, 2013

Perginya pejuang Islam muda Ahmad Ammar dengan gelaran "Syahid Yang Tertangguh"

Assalamualaikum...



Ahmad Ammar - Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”. 


Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya. 

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz. 

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.



Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.

Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.

Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?

Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah. 




Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.

Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ :

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans. 




Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya.

Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah.









credit to wasukalu kerana dialah membenarkan sesiapa sahaja yang bergelar blogger meng-copy paste entry ini...dan sesiapa sahaja yang telah  membaca entry ini dibenarkan juga copy paste di blog korang...amat dialu2 alukan..
 untuk Artikel berbahasa Inggeris sila rujuk di laman ini
reviewedby-eib

- please like this entry -






Monday, November 25, 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Thursday, November 14, 2013

Satu hari yang amat memalukan untuk aku !!



Assalamualaikum...hai readers ^o^

Mesti nak tau kan apa yang amat memalukan untuk akma...bagi akma memang sangat memalukanla bagi akma dan bukan setakat memalukan je..lawak pun lawak...hahaha
nie cerita semalam punyer nie...situasi yang memalukan tu didalam class...
isnin selasa kitorang cuti...so rabu baru start class..da la class memang pack giler..start kul 8 pagi until 4 petang...korang imaginekanla macam mane packnyer tu..serius takde gap langsung tuk akma rehat...
how could they do this to me kan...huhuhu...tapi alhamdulillah...awal2 pagi lagi b4 nak pegi class akma da niatkan  dalam hati...hari ni aku puasa 9 muharram yakni salah satu hari yang paling afdal dalam banyak2 hari selain bulan Ramadhan adalah hari Arafah..sunat kite berpuasa 9 muharram sebelum hari Arafah dan 10 muharram semasa hari Arafah..pahalanya dihapuskan dosa setahun & setahun sebelumnya...(maaf, sila perbetulkan kalau akma silap ).
akma niatkan dalam hati semoga Allah permudahkan urusan akma sepanjang akma berpuasa pada hari ini dan tidak terlalu penat untuk menjalankan tanggungjawabNya...
Alhamdullilah Syukur sangat2 Allah memang permudahkan urusan akma pada hari itu dan akma langsung tidak terasa penat, letih dan lapar..terasa kenyang jer...
ade 2 class lecturer akma bagi keluar awal setengah jam...so sempatla akma rehat dan study tuk test pada hari itu jugak..jawab test pun xdela terasa terganggu dengan perut kosong..perut pun tak meragam...petang pulak class cancel alhamdulillah...dapatla rehat dalam bilik...syukur..balik2 pun rehat jap mandi beli makan tuk berbuka and just tunggu azan maghrib jer..xlame pun tunggu..dalam 20 minit tunggu da azan..Syukur Ya Allah Kau telah permudahkan urusan hambamu ini dalam setiap perkara...

hamboi, panjang lebar pulak bercerita yer sampai da lari tajuk entry pulak..hehehe^o^
ape2 pun korang....akma nak cakap kat sini...walau ape pun yang korang lakukan demi Dia..lakukanlah dengan ikhlas..buat dengan ikhlas...insyaAllah, Allah mendengar dan akan permudahkan setiap urusan yang kita lakukan...xkisahla korang buat ape pun..yer.
hal yang lucunya kat sini time akma class pagi tu pukul 8...class record management...
xtaula kenapa kan...akma terlalu mengantuk sangatla..nak kate tido lambat sangat pun xdela..sebelum nie memang xpernah ngantuk pun class pagi tu...hari tu jer tibe2 mata nie buat hal la pulak..serius ngantuk giler...kawan akma sebelah berape kali jugak la usap bahu...sedar kejap jer pastu tertido balik...aduh nape la mate nie kaw buat hal gan aku...nak makan something yang buat mata nie xngantuk xbolehla pulak sebab puasa...tahan jugak mata nie tapi kejap jer dia mampu bertahan pastu mulala...akma pun xsedar bila pulak mata nie dah tertutup....haha
yang memalukan ape taw....akma tersedar dari tido tibe2 secara automatiknya..boleh pulak la akma bangun dari kerusi berdiri secara tibe2 dan satu class sume terkejut dengan tindakan mengejut akma tu..apa lagi semua pandangla...lecturer tanya nape awak berdiri? awak tak bawak buku ker? sebab kalau time class tu sape2 yang  xbawak buku kena berdiri..pastu akma cakapla yang akma bawak...habis tu dah bawak kenapa berdiri tibe2...hehe dengan malunyer akma dudukla balik....yang kawan sebelah akma tu dah tahan gelak da...ade jugakla budak laki yang perasan akma tido dalam class tersengih2...habis memang kena bahan la..nasibla ko akma...nasib baikla akma time tu bangun tak terus menjerit cakap yang bukan2..'i love you!' ker, ' aku sayang ko!', 'aku benci ko!', 'jangan..!'(memang takla akma nak cakap macam tu...)hehe, kalau tak memang lagi malu camtu...hahhaha
inila korang..perkara yang takkan akma pernah lupekan...ermm..sweet memory or sour memory?sweet sour memory kowt....haha 


















Sunday, October 27, 2013

Gambar2 Gorjes Pernikahan Diana Amir & Habib

Assalamualaikum..

Tahniah kepada  pelakon cantik Diana Amir diatas pernikahannya dengan Mohd Habib Bullah A.Rahman...
marilah kita same2 mendoakan pernikahan mereka kekal hingga ke Jannah dan melahirkan zuriat yang soleh & solehah...

Majlis pernikahan ini bertemakan 'crystal garden'..
kredit tu jurugambar rasmi mereka Samsultahir Photography diatas gambar2 yang cantik ini...saya shuka saya shuka..^o^







untuk tengok gambar2 pernikahan mereka dengan lebih banyak silalah ke facebook Samsultahir..
banyak lagi gambar2 yang gorjes disana..
dan sesiapa diluar sane yang ingin melangsungkan perkahwinan..bolehlah tengok pakej2 yang disediakan mereka yer..
saya dah stalker gambar2 dekat Samsultahir.net.. sume gambar pergh gempak kowt.!!
nanti majlis pernikahan saya pulak jangan luper yer saya nak tempah...hahah( hah kau entah bile da....)

Thursday, October 24, 2013

Bila my sis mintak pendapat Akma....

Assalamualaikum readers...


OK dalam kes yang akan akma cakapkan nanti adela dia related dengan hak kita sebagai seorang employees yang beragama islam and as a employers..they should understand their subordinates and respect them..betul tak?bukan buat endah xendah jer...macam manela employees tu nak respect kita balik kan...takde friendly bekerja langsung...ye dok...

wednesday night..i've got a long messaging from my lovely sister...and huh penat aku nak membacanya...panjang benor..and baru aku dapat tahu rupa2nyer dia nie ade masalah jugak yer...hahaha ..fikir aku sorang jer ade masalah... eh ko..time cuti raya haji tadi takdela pulak dia nak cerita..malu kowt...ehceceh malu....nyampes aku..^o^

apa yang dia taip sampai aku rase aku kena repeat lagi sekali apa yang dia tulis..ataupun aku sendiri yang tak faham-faham....hahhaa..---blank--- mane taknyer tengah malam...time tu memang time aku melayarkan diri aku nie kat atas katil la dengan mimpi2 indah dengan anak raja...hehe

..................................................................

" Wey, ( wey dia panggil aku..), aku nak mintak pendapat ko la, tempat aku kerja sekarang bilik solat share dengan laki-laki muat 3 orang pulak tu macam sekarang aku asik tak solat bile p awal ade kaki ngumpat (astargfirullahhalazim..) takpun ade budak laki dalam tu so aku ingat nak cari kerja lain tapi dengan gaji yang sama jugak la..suasana keje mane2 same kadang2 stress kadang2 ok, aku nak sambung belajar macam kak ana ( kakak kite no 4) tapi sabtu keje tu yang plan tak jadi." 

....................................................................

apa pendapat korang? serius, akma memang tak setuju dengan suasana tempat solat tempat kerja kakak akma kerja sekarang..especially orang perempuan..kita nie yela solat kenala ade privasi...nak bukak tudung ambik wuduk, pakai telekung, dengan makeup lagi kan..biasela perempuan....pastu dahla share dengan budak lelaki..yang budak laki tu pulak tak paham2 ker itu bukan tempat tuk korang dok melepak sepanjang mase..habis solat dah bla jela kan..bagi ruang tuk orang lain pulak nak solat..yang kaki ngumpat tu tak patutla ngumpat dekat bilik solat kan..even bilik tu bukan surau ker masjid ke tuk mengumpat..tapi dye still tempat kita mengerjakan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba dan dye tetap tempat yang mulia...tempat solat..ish ish ish..tak patut taw...

apa yang akma cakapkan dekat akak akma..first, akma nasihatkan dye...perbangkitkan permasalahan nie dengan manager ker boss ker or orang bertanggungjawab menjaga hak employees nie...akma tak taula sape...kalau kite sendiri tak perbangkitkan permasalahan nie..sampai bila2 la ko tak boleh solve problem nie..sebab masing2 takut..kalau akma dah lame dah nie..geram tau tak..tuk yang kaki ngumpat pulak..nasihatkan dye and kalau tak berani or dye xnak jugak dengar ignore jer orang macam tu...sebab kita dahpun terlepas tanggungjawab kita kan bagitau...kalau akak tak selesa jugak kalau boleh cari surau or masjid yang berdekatan..ambik mase tuk solat..insyaAllah, Allah akan permudahkan urusan setiap hamba2nya yang tidak pernah lupa kan Nya...

pasal nak sambung belajar tu...sambung la...akma bangga sangat kalau akak akma nie ade semangat nak belajar lagi mencari ilmu...walaupun orang cakap dia dah pun lewat usia nak belajar..ignore jer apa yang cakapkan..at least semangat tu yang kita nak dan kita ikhlas nak belajar mencari ilmu Allah tu...sedangkan ade jer nenek, pakcik, makcik sambung belajr..apa yang nak dimalukan...betul tak guys? 

kalau kita ade niat ikhlas..InsyaAllah, setiap urusan  yang kita buat akan dipermudahkan oleh Allah..






Friday, October 18, 2013

Review: Halls of Horror..Insidious!!


Assalamualaikum & hye readers 

INSIDIOUS!! memang betul2 insidious kaw!!haha

ingat lagi tak akma pernah tulis entry pasal 'The Butterfly Project' invitation that they're looking 5 bloggers to come review this movie with them?
so i got it guys! 
ya ya i know it is quite late for me to post this entry....
---cakap lepas tengok nak post---
--- soryla....xde line ternet la ---buat muke sweet.. ^o^
---0k! dimaafkan.--

and seriously guys, korang takkan menyesal punyerla tengok Insidious nie..for guys yang suke cerita seram la like me..hewhew,
sesape yang pernah tengok The Conjuring..director from Sabahan...
setahu aku la dia asal sane..mohon maaf kalau salah yerrr....
korang mesti tengok Insidious nie..lain daripada yang lain..
jangkaan yang tidak akan dapat kita sangkakan akan terjadi...
dan cerita ini sangatlah merbahaya for guys yang sememangnya takut...hahah
dan pasti korang tidak akan dapat lari dari mereka.....
hehehehehe

---------------

so enjoy the pictures from us!!



depan banner insidious after the registration...




                           

masuk jer...yea yea! kite dapat makan.! dahla time tu memang perut kosong..lapar kowt..



air nie sedap....penuh creamy! nak tambah lagi tapi malu......hehe, alah ko malu la sangat...


nampak tangan nie macam nak ambik jer masuk beg bawak balik...malam2 boleh dajal orang...hahaha 
memang jahat betul la niat aku...



Eeiii!!takutnyerrr!!!




time for photobooth!!dapatla bawak balik kenang2an....


hai.!!....comel tak kami..



akma nie suke tengok cerita hantu tapi takut...haha
time tengok Insidious nie...akma bawak pulak peneman yang sememangnya dia kalau tengok cerita seram...
babak yang tak seram boleh jadi seram,
 benda yang kita tak terkejut boleh jadi terkejut..
nie semua gara2 jeritan dia yang tak terkawal yang akan tiba2 keluar dari mulut dia..
hai lah badai...nasibla ko bawak dia...
dan sampaikan kitorang boleh terhantuk kepala masing2..haha




nenek kebayan yang sweet....gitu...


--the end for our story--
---thanks for reading---mmuuah!

Saturday, October 05, 2013

Halls of Horror Movie Marathon!!


The Films of "Halls of Horror"!!

Photo: BOO! The Butterfly Mamasan will be joining TGV's Halls of Horror Halloween Movie Marathon this 11/10 and we are looking for 5 bloggers to come review this event with us! Yes costume is needed & you get to bring a date too! To win an invite, just tell us why you want to go to TGV's Halls of Horror and what costume you will be wearing?

Dateline: 7/10 (Monday) Click on the poster for more information.

click banner to join!!

hye bloggers!!entry kali ni akma nak ajak korang tengok movie yang akan menaikkan bulu roma korg dipawagam tidak lama lagi....
selepas The Conjuring...Halls of Horror adalah penantian yang dinanti-nantikan oleh pengemar cerita hantu macam saya!!!
invitation from The Butterfly Mamasan  for ur guys to come review this event with them and 5 bloggers is needed!!
besnyerr la kan kalau menang, first time pergi event macam nie and blik jer tengok cerita nie, akma akan terus jer update..haha mampu kaw..
name pun Halls of Horror kan...so apa yang akma pakai nanti semestinyer menampakkan horror or something like vampire...erk?ahaks..kaw hade..serba hitam..erm macam berkabung la plak kaw..haha,makeup?yes makeup xdela over tapi still menampakkan muke horror tu...hahaha
disebabkan akma nie peminat cerita2 hantu...so dapat pulak tengok free kan...perasaan excited tu dye lain macam taw...rase macam xsabar xsabar xsabar nak tengok!!dye bukan sebab dapat jumpe bloggers lain ker...free tengok ker...tapi disebabkan kite nie da peminat cerita hantu so excited tu lebih la....^o^hewhew






T-Shirt percuma untuk Bloggers..

Assalamualaikum readers...
Attention! Attention!
berita gembira untuk bloggers sekalian..sape yang nak T-Shirt PERCUMA (ayat kaw nak besar jew kan..) lagi sekali cakap T-Shirt PERCUMA kaw Limited Edition kooot ! diberikan khas untuk korang2 bloggers nie...nak ke xnok..sape yang xnak kan akma pun nak...
jerit same2 akma saya nak Tshirt Bloogers!!!^o^

syaratnyer simple jeww.:

1- seharusnyer dia seorang bloogers kan.... 
2- Buat entry pendek pasal Bloogers dan Oh TShirt
visit mereka di #Bloggers
Tshirt #Bloggers adalah tajaan OhShirt www.kilangbaju.comKilangBaju.com




click SINI kalau nak join...cepat korang cepaaat....


p/s: follow blog ini juga yer...pandai kaw ambk kesempatan yer akma..hewhew

Sunday, September 29, 2013

Puisi indah untuk arwah Abah....


Puisi indah untuk arwah abah

Abah....
Disaat anak-anakmu dilahirkan daripada kandungan ibu selama 9bulan,
Dan...
Disaat kami dikejutkan oleh syaitan sehingga membuatkan kami menangis tidak terhenti....
Kau terus menghampiri melaungkan azan lagu terindah buatku,
Sehinggalah tangisan terhenti terdengar suaramu yang merdu..
Cukup indah sekali....
Ketika aku mulai untuk belajar merangkak,bertatih dan terus berjalan,
Kau tidak jemu mencari rezeki untuk keperluan harian
Buat anak-anakmu....
Belum pernah kami melihat kau mengeluh kesah mencari rezeki...
Tetapi senyuman yang terukir diwajahmu...
abah memang seorang yang tabah dan
Abah...
Walaupun diriku tidak bersedia menerima kehilanganmu,
Ketahuilah abah...
Aku  redha dengan pemergianmu....
Aku  mengerti Tuhan lebih menyayangimu...
Teringat ketika kau dibawa pulang kerumah...dengan balutan kain putih menutup seluruh tubuh kujurmu...
Diangkat dengan cukup perlahan diletakkan keruangan tamu untuk dibacakan Yassin..
Setitik air mataku jatuh kebumi..
Aku tahu itu abah...tapi hatiku masih tetap mempersoalkan
Betulke abah dihadapanku yang telah dibalut dengan kain putih?
Betulke abah tidak bernyawa lagi?
Betulke aku tiada abah lagi?
Ditahan jua air mata ni terus jatuh....dan...
Ditika abah dibawa pergi kekubur..
Terasa berat untukku mengerti..ibu menangis...
Kucium pipi abah terasa sejuk meresap kalbu..
Kaku tidak bergerak lagi...
Dahulu ku cium pipi abah terasa hangat dan abah akan menangis..
Tetapi kini tidak lagi...
Pipi abah sejuk menandakan abah akan bertemu dengan Ilahi
Tidakku dapat menahan air mata ini
Biarlah ia mengalir untuk seketika waktu...
Ya Allah....
Walaupun abah sudah tiada disisi....dan
Tidak boleh mengwalikan lagi diriku disaat aku diijabkabulkan nanti,
Aku memohon pada diriMu..
Tabahkanlah hatiku ditika itu...
Kuatkanlah imanku disaat itu..
Hentikanlah titisan airmataku...
dan Abah...
Sungguh aku sangat merinduimu....terlalu...
Aku rindu memelukmu.....
Bergurau –senda, menyalami tanganmu meminta restu...
Masa yang terlalu singkat untuk kehilangan doamu...
Satu2nya doa Abah yang diangkat Malaikat terus kelangit...
Satu2nya doa yang telah aku kehilangan dan hanya tinggal doa seorang ibu...
Dan doa ini tidak akan aku sia2kan...
Ku percaya abah akan tenang disana...
Doa anak2mu tidak akan putus....
Semoga abah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh&solehah dan
Semoga abah tenang tidur disana...



p/s : puisi ini sudah lama dalam simpanan akma...terasa rindu mengingatkan akma kepada abah yang sudah tiada...dan puisi ini juga untuk tatapan readers blog ini berkongsi apa yang akma rasekan....

dan sengaja untuk akma kongsikan sebab akma nak puisi ini tersimpan dalam memory blog nie ...mohon dibenarkan...hehe^o^


Saturday, September 21, 2013

Oh September Give Away by Safiena & Friends

Assalamualaikum..

                                        
klik banner nak join!!

3 perkataan yang menggambarkan diri akma >  pemalu, gila-gila & manja

memandangkan akma nie tak pandai lukis doodle, so akma terangkanla blogger yang akma paling minat sekali iaitu blogger Azlita masam manis!! klik SINI nak kenali blogger nie dengan lebih dekat.blogger nie senang dipanggil dengan panggilan Kak Ita!!i love kak ita!!

  tak sah kalau xmenjengah blog kak ita nie taw sebab ade jer recipe2 yang dia kongsikan.kita pun suka memasak dan satu hari t kita pun nak jadi macam kak ita nie..siuz beb!kalau korang jengah blog kak ita nie rase macam taknak kua jer..betul x tipu!!sape2 yang suke masak xsuke masak ker kompom fallin in love wth this blog.macam akma da jatuh cinta..hahah^o^

wokeyh jangan luper join Giveaway nie taw bagi memeriahkan majlis!!


















Wednesday, September 18, 2013

Saturday, September 14, 2013

Kad Islam Harimau Malaya!!

Assalamualaikum & hai readers....




      Smart giler kad islam terbaru ni kan...saya shuka saya shuka..dah ko kenapa...itula penangan cerita upin ipin lagi..haha, serius akma cakap,kad islam yang kini berubah wajah kepada team harimau malaya yang tergilerr gilerr smartla...korang da tukar dah old fashioned kad korang tu kepada kad nie?mesti belom kan kan kan...akma pown belom lagi..(hampeh la ko...)^o^ hehe,picture ambik dekat uncle google...thanks uncle..ahaks!

     Tengokla dengan kepala harimaunyer mengaum...smart what....bila la akma nak tukar kan....dah tukar barula menunjukkan yang cik akma ade semangat sokongan kepada team harimau kita..betul tak...tapi dengar cerita khabar angin orang la kan....syuuhh!!!jangan bagitahu sape2taw..la dah ko tulis kat sini mestila sah2 orang tau..lolll..,kad team harimau nie sekejap jer dorang berubah wajah..pastu dorang tukar balik kepada kad islam yang color biru tu balik..betul ker?bape lame tu tak sure la pulak..ape pendapat korang dengan kad team harimau malaya nie?smart tak?

  so...jom  kita tukar same2 kad team harimau malaya nie!!lets go bebeh..!!haha


   




Saturday, August 24, 2013

Raya tanpa Abah..

Assalamualaikum & salam sejahtera for all reader yang masih sudi menjengah blog akma nie..

dah lame rasenyer xupdate kan..dah bersawang da blog nie tak bukak :'(..bukan ape busy jer memanjang..haha nak termuntah aku dengar,padahal bukanyer ada anak dengan suami pun nak dijaga..hehe,
bukan ape kak nab ooii.....aku nie kalau balik kampung..lappy entah kemana tepon pun entah kemana...sampaikan tepon pun bulleh hilang dekat rumah..luper punyer pasal..besala..umur da makin nak meningkat nie macam2 la lupernyer....haha ^o^

Ape2 powwn...kite masih didalam bulan syawal kan, so akma nak ambil kesempatan nie nak ucapkan

                SELAMAT HARI RAYA MINAL AIDILWALFAIZIN KEPADA SEMUA 
                           MUSLIMIN & MUSLIMAT SEKALIAN!!

Akma mintak maaf kalau ade salah silap terkasar bahasa selama penulisan akma berblogging nie..nak duit aye meh datang umah no......^__^

Tahun nie adalah tahun pertama akma beraya tanpa seorang abah...dipagi raya, tiada lagi tangan tua abah untuk ku salami meminta maaf, tiada lagi tangisan yang ditahan2nya, tiada lagi senyuman yang terukir dibibirnya pabila abah bergurau dengan cucunya meminta duit raya kepadanya..tiada lagi itu semua..hanya dipagi raya hanya tangan tua emak kesayangan yang perlu kami salami..selalunya..selepas tangan tua emak kami salami tangan tua abah pula akan kami kucup. tapi kini...tangan itu telah pergi untuk selamanya..bukan sahaja tangan tua abah yang telah kami kehilangan tetapi dalam masa yang sama kami telah kehilangan tangan tua nenekku yang telah kami panggil dengan panggilan embah..aku redha dengan ketentuan Ilahi yang telah ditetapkan kami semua...

  tapi Alhamdulillah...tahun nie jugakla tahun abang & kakakku berkumpul semua untuk meraikan hari lebaran bersama2..kiranya giliran belah emakku la mereka sambut..jadi takdela sunyi raya emak tahun nie dengan kehadiran anak2nya dan cucu2nya..tahun lepas semasa abahku masih ada, hanya aku  ,adikku dan kakakku yang solo maybe,(coming soon..) & kakakku yang ke3 sahaja...tahun nie semua berkumpul 9 orang adik beradik..alhamdulillah meriah raya emak tahun nie..cuma bezanya kami sambut tanpa abah..Allah lebih menyayangi abah..rinduuuu abah sangatt...

   Selesai bersalaman, tangkap gambar kami terus gerak kekubur menziarahi abah..semoga abah tenang dan gembira melihat kami..kami kekubur adik emak, embah wedok(nenek), embah lanang(atok) & maklong (kakak arwah, meninggal selang beberapa bulan sahaja dengan kematian abah..) teringat aku....semasa kakak abah masih ade, dia selalu cakap. selalu bermimpikan arwah abah..akhirnya kakak abah pula yang pergi untuk selamanya...semoga mereka yang kusayangi nie ditempatkan disisi-Nya..Aminn..

   Doa & yassin takkan ku lupa dan bersama2lah kita berdoa untuk keamanan & kesejahteraan umat islam diSyria, Mesir, Gaza dan disemua seluruh dunia..walaupun kita tidak mampu untuk menolong mereka dari segi batinnya, tetapi tolonglah dari segi zahir yakni doa meminta pertolongan dari Maha Kuasa..sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Melihat..

     Gambar raya untuk tahun nie..Alhamdulillah semua ada..


baju tema biru da nak same dengan kaler umah..haha,hamik kaw tak kenal da mane satu orang mane satu dinding..dorang nie sebenarnya tak rancang pown same-same nak kaler same umah..ahaks,pakai2 pagi raya la pulak kaw....hehe


Keluarga Bahagia kamii!!!freestyle la konon..ahcewahh!^o^


  kami sembilan beradik...tiga anak dae dok depan belum kawen..hehe, 
yang lain sume da kawen..along sebelah kanan emak, second belah kiri, third belahnyer pulak..ke4 kakak tengah berdiri, ke5 abang ku baju merah tanah(men bantai jer aku kaler ape entah yang die pakai tuh..)aku bab2 kaler peliks cikit nie fail cikit..hehe, ke6 hah kakakku yang senyum manis dok depan, ke7 abangku diri pakai baju biru & then aku ke8 and last adikku si bam-bam belah kiriku..haha
kami semua complete!!Alhamdullilah..terima kasih abah kerna kau tak pernah jemu mencari rezeki membesarkan kami, memberikan kasih sayang dan membahagiakan emak hingga akhir hayat mu...


bersama cucu2 kesayangan...sebelah kanan baju biru cucu sulung, now form 5,sebelah kiri second cucu form 4 and third cucu, hujung dengan hujung sebaya form 3..dorang nie beza setahun jer..so rapatla..dorang nie sume sekolah dekat kampung..dengan duduk pakai tudung hitam..temankan emak dekat rumah..kalau tak sorang2 dekat rumah..susah pulak kami nanti emak lagila sorang2 teringat dekat arwah..huhu,paling kecik baby kecik tu..tapi ade lagi kecik dalam perut..haha,tapi sekarang da kua da baby dalam perut tu..raya ke7 kot kua tak silap akma la..hehe,takde gambo nanti next entryla yer insyaallah...


              nampak sangat kebantutan aku dicitu..huhu, anak buah aku lagi tinggi wooo...


Last but not least....semestinya akma dan emak kesayangan....^o^











Saturday, July 27, 2013

Salam Ramadhan semua...

Assalammualaikum..

      Just short entry for today..akma nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN penuh keberkatan ini kepada semua...lama xmeng-update after balik dari kelantan langsung tak bukak laptop. cuma hari nie dapatla kesempatan meng-update itupun pinjam laptop adik, alang2 dia bukakkan apa lagi akma pun menyibukkanla diri nie menta....hahha

      Akma nak ucapkan selamat berterawih dan mudah2an kita diberikan kesihatan untuk terus menunaikan terawih hingga kemalam terakhir...Aminn..dan sedikit kata mutiara dibawah untuk korang semua..