Thursday, March 27, 2014

Kenapa tak boleh Follow blog?

Assalamualaikum

Persoalan..Kenapa tak boleh nak follow blog nie? kite pening ngarr...
Before nie takde problem pun nak follow mengfollow nie tapi nie alahai nape plak dah dia buat hal 2014 nie..something wrong somewhere betul la..

Ada yang bertanya dekat akma cenggitu..akma pun pernah jugak nak follow tapi  tak boleh..ok first tu korang macam biasala click butang follow tu,
keluarla seperti gambar dibawah kan..


nampak words 'More options' tu kan..hah korang click je dekat situ..


 nampak tak button follow cenenot jer kat bawah tu..click lagi kat situ pastu dah selesai koje kite mengfollow..
ok dah cepat2 korang bagi link blog korang..akma nak follow pulak..bulan nie akma terlebih rajin taw  nak follow..bukan senang nak tengok akma serajin macam nie..hah gitu...^o^








Sunday, March 23, 2014

Cili Merah : Kebaikan & Keburukannya



Melihat warnanya pun menakutkan dan pastinya sangat pedas...ramai dikalangan masyarakat kita pada hari ni masih tidak tahu sebenarnya cili merah nie ada juga khasiatnya dalam tubuh badan kita taw...akma pun sebenarnya baru tahu...kiki, akma bukanlah dikategorikan orang yang kuat makan pedas..pedas sikit2 tu bolehla..tapi kalau pedas sangat tu kalau takde air susu kat tepi pinggan jangan harapla aku nak makan k..dan setelah akma membaca buku tentang Cili Merah ni ada jugak yer khasiatnya..dan..dan..ku kan try jugakla think positif..^o^



Dan korang kena tahu jugakla...Cili Merah nie memangla ada kebaikannya..tapi yang tak baiknya pada biji nya..bijinya memang bahaya..bila korang dah suka sangat makan pedas..masak tu kenala ingat2..bila rebus cili tu biji tu buangla..buang habis licin lagi bagus..Kalau dah masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut. Ia juga menyebabkan gangguan perut akut..ini bermakna peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya korang akan mual, muntah-muntah, demam dan sakit kepala..

Nak tahu apa khasiatnya Cili Merah pula, jom kita baca info yang telah akma baca dari buku 'Rasullullah is my doctor ' by Jerry D Gray:

Cili Merah membantu bagi menghancurkan gumpalan darah, membuka sinusitis dan saluran udara, menghancurkan lendir pada paru-paru, bertindak sebagai expectorant ataupun decongestant. Cili Merah juga membantu menghindari bronkitis, emfisema dan jangkitan dalam perut. Cili adalah ubat penghilang rasa sakit yang kuat, ia dapat mengurangi dan menghilangkan sakit kepala apabila dihirup dan sakit sendi sekiranya disuntik.

Paprika pedas yang dibuat daripada cili mengandungi aspirin semulajadi yang tinggi. Menambahkan sos pedas pada makanan juga mempercepatkan metabolisme dan membakar kalori. Berbeza dengan apa yang masyarakat yakini, cili merah sebenarnya tidak membahayakan selaput perut ataupun menimbulkan jangkitan perut.

Setitis minyak yang disarikan daripada cili, diletakkan diantara 2 helai suratkhabar, kemudian diletakkan pada otot yang sakit ataupun bahagian kepala yang sakit. Ini dapat menghilangkan rasa sakit.


PERINGATAN:

Sebahagian besar daripada kita tidak kuat menahan suratkhabar bersari cili yang diletakkan pada bahagian tubuuh badan mereka, lebih daripada beberapa saat. Ini kerana, rasa panas cili sangat  kuat. Selepas dilepaskan, rasa panas hilang dalam beberapa saat sehingga suratkhabar tadi digunakan kembali.

Cili Merah juga adalah sumber vitamin C. Dengan adanya pelbagai buah dan sayuran yang mengandungi vitamin C, mengapa mesih mahu membazir bagi membeli vitamin C? Sejak 4 tahun lalu, Jerry D Gray berhenti mengambil vitamin C dan mula  makan makanan sihat. Alhamdulillah, Jerry D Gray belum pernah berasa sihat sebegitu. Kesimpulannya, boleh makan pedas tapi jangan mengamalkan selalu..ok semua..^0^











Thursday, March 20, 2014

Jangan melampau dalam Solat , Zikir dan Doa...

 Assalamualaikum w.b.t...

pgi2 bce majalah solusi jap. then, akma tertarik dgn tajuk nie...
( merenung jap ) ....
betul jugak,sometimes we as a humans have not been thankful with what we have right?
selalunyer dalam solat...DOA
selalu kita xpernah sedar apa yang kita mintak tu dah melebih -lebih..
nak macam2, macam mintak gula2 sruh abah belikan jer
pastu kalau xdapat macam2 la yang dye cakap...

kadang2 kita xsedar apa yang kita mintak tu yang dah ape2 entah..

"YA ALLAH, AKU NAK DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG. BAGILA AKU SPM 15A / CGPA 4.00." 

"YA ALLAH,AKU SUKEKAN DYE SANGAT2! SATUKANLAH KAMI YA ALLAH..KALAU DYE DA ADE PUTUSKANLAH DYE DENGAN ORANG ITU.."

yang da ape2 entah mintak. pastu kalau rse2 xtunaikan giveup.. xnak berusaha pulak tu..
macam kita dengan cikgu or lec la kan..
nak markah tinggi tapi xberusaha..
da dapat result down, merayu2 la mintak tinggikan markah tu..
xde maknenyer dorang nak layan..
macam tu jugak la kita dengan Tuhan..
kita jangan la nak melebih2 mintak Doa tapi kita xberusaha macam mane la nak berjaya betul  x?

 Dalam Solat, Zikir dan Doa ade peraturan yang perlu kita lakukan..
bukan dekat jalan raye aje tw ade peraturan, solat , zikir , doa pun ade...

TIDAK MENGANGKAT SUARA DENGAN TERLALU KUAT

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : 

"Dan janganlah kamu menguatkan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkanya, dan carilah jalan tengah antara kedua-dua itu." ( Surah al-Isra'17:110)

MEMPERLAHANKAN SUARA DALAM ZIKIR SELEPAS SOLAT

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah diri,rasa takut dan tidak meninggikan suara pada waktu pagi dan petang, serta janganlah kamu termasuk dalam kalangan orang yang lalai." ( Surah al-A'raf 7 : 205)

maksudnyer kat sini, korang janganlah kuatkan suara, cukuplah hanya didengar diri sendiri sahaja...

TIDAK MELAMPAU DALAM BERDOA 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas ( tentang perkara yang diminta dan cara meminta)." ( Surah al-A'raf 7 : 55 )

Wednesday, March 12, 2014

Jangan Paksakan Hari Esok Hadir Sekarang

Assalamualaikum

Tertarik pada salah satu tajuk dalam buku La Tahzan oleh Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni dengan pembuka kata 'Jangan sekali-kali mendahului sesuatu yang belum berlaku'. Apa yang akma boleh katakan disini adalah Jangan kita sekali-kali mengharapkan hari esok yang belum pasti berlaku untuk hari ini. Misalannya, kamu mengharapkan pokok yang belum pasti bila akan berbuahnya tapi mengharapkan ia akan berbuah, kelahiran yang belum pasti bilanya mengharapkan hari esok..jangan kita mengharapkan hari esok sepertimana apa yang kita harapkan. Hari esok adalah benda yang belum pasti, ianya adalah benda ghaib iaitu benda yang kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku, ia adalah sesuatu yang bukan boleh sesuka hati  kita akan terjadi. Hari esok adalah hari yang belum turun kebumi. Biarkan ia hadir dengan sendirinya..

Akma tertarik apa yang Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni tuliskan didalam buku tersebut:

'Menurut Islam, memberi peluang kepada fikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka-buka alam ghaib dan kemudian hanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru berupa persangkaan merupakan sesuatu yang tidak dibenarkan. Kerana hal itu termasuk tulul amal ( panjang angan-angan) . Menurut pertimbangan, tindakan itu juga tidak masuk akal, sebab ia sama dengan berperang melawan bayang-bayang. Tetapi aneh, kebanyakan manusia di dunia ini malah ramai yang termakan dengan ramalan-ramalan berkenaan kelaparan, kemiskinan, wabak penyakit dan krisis ekonomi yang kononnya akan menimpa mereka. Padahal semua itu hanyalah sebahagian dari matapelajaran yang diajarkan disekolah-sekolah syaitan.'

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan ( jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya."
(Surah Al-Baqarah:268)

Akma setuju dengan apa yang diperkatakan, kenapa kita perlu menangis dan menyibukkan diri dengan hari esok, memikirkan kesialan-kesialan yang akan berlaku, memikirkan kecemasan-kecemasan yang akan korang hadapi padahal pada hari ini korang begitu sibuk. Jangan sekali-kali menanyakan khabar berita kerna korang juga tidak tahu apa yang akan berlaku esok dan boleh jadi korang tidak bertemu untuk hari esok. Adakah hari esok itu kesenangan atau kesedihan? Sibukkanlah untuk hari ini dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kegembiraan kepada diri sendiri dan orang tercinta.

Akma percaya ramai dikalangan kita banyak memikirkan hari esok daripada memikirkan pada hari ini. Perkara ini juga berlaku pada akma sendiri dan ia amat menyakitkan bila berlakunya hari esok ia bukanlah apa yang kita harapkan. Ramai dikalangan kita pernah mengalaminya, memaksa hari esok hadir adalah satu penyakit kronik yang boleh membuatkan korang menjadi gila. 

Mulai sekarang, tanamkan azam untuk tidak memikirkan hari esok berlaku sepertimana hari ini,biarlah hari esok hadir dengan sendirinya dan pada saat itu fikirlah dan rancanglah unutk hari itu kerana bila ianya berlaku dengan sempurna korang pasti bahagia dengan hasil yang korang telah lakukan pada hari itu.  

"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah maka janganlah kamu minta disegerakan" 
( Surah An-Nahl:1)








Saturday, March 08, 2014

Stalker BF/GF sendiri?Apa pandangan korang

Assalamualaikum

Apa pandangan korang tentang tajuk entry kali ini?

Ada sesiapa diluar sana pernah meng'stalker' boyfriends/girlfriends sendiri tak?baik mengaku cepat sebelum kantoi...hehe,

 Mesti korang pernah buat kan....senyap-senyap je jadi stalker..iyela..mestila nak tau kan apa yang sidia buat..apa yang sidia post..kalau bukan bf/gf sendiri pun mesti ada seseorang yang korang minat, nak tegur malu..jadi stalker melepaskan rindu pun jadila..kan...betul tak?

Sesiapa ada cerita menarik,pengalaman atau pandangan tersendiri tu rajin-rajinkanlah tinggalkan cerita dekat kotak komen yer.akma pun tak terlepas daripada meng'stalker' bf sendiri tau...hehe, malu nak cerita...nak dikatakan akma peng'stalker' paling setia la dalam abad nie..kakaka,tunggu next entryla baru akma ceritakan..kelaka taw..haha

Sekarang akma nak tunggu pandangan daripada pembaca2 setia akma tentang tajuk entry Stalker BF/GF sendiri? 

Ok readers, jangan lupa tinggalkan cerita dan pandangan taw...^o^








Thursday, March 06, 2014

Omei Pictures

Assalamualaikum & hye my sweet readers..

Hari yang penuh dengan kesibukan sepanjang sebulan nie..lappy pun tak terusik maka blogland akma pun takde sape yang menjaganyer...huhu, sedih kan..takpe nanti akma hire workers jage elok2 yer..ade sesiapa dekat sini yang berminat bolehlah pm or isi form k...hehe, eermm ..kite nie sebenarnya bukan busy dengan bekerja pun pergi pagi balik petang..office hours tuh..tapi kite nie busy bekerja office hours di rumah jer..kemas umah, tajak rumput, tengok tv, layan anak buah, kait..hah busy tu jela sepanjang sebulan lebih nie..kikikiii, biasela cuti sem le katekan...da masuk sem baru nie barula ade mase jaga blogland pulak...tapi  owner blogland nie tak pernah menghampakan kalian semua kan...korang mesti tertunggu-tunggu ape story akma sepanjang menyepi sebulan lebih nie..hehe lame ke menyepi?tak lame pun kan...

Ok...Title entry pun dah Omei Pictures, mestila akma akan cite pasal Omei Pictures...ade sesiapa dekat sini pernah dengar tentang Omei Pictures nie?akma pun tak bape nak pasti la apa disebalik maksud nama Omei tu...kalau Pictures tu aku tahu la gambar..kakaka,Omei tu yang nie kot...macam comey jer, macam comey jer..takpun yang nie, ala tomey tomey bucuk mama...meh2 sini kat mama meh,hah betul ker?kikiki, lantak ko la akma nak cakap ape...

Nak dipendekkan ceritala kan...cewahh macam ape jer....

Omei Pictures nie adalah sebuah PP (Photographer Professional) yang akan merealisasikan impian
sesiapa sahaja yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka like princess and prince. Mereka ini bukan sahaja menjadikan korang seperti apa yang diimpi2kan selama nie tetapi membuatkan korang rasa seperti mimpi yang hidup dialam khayalan barbie..hah sape yang taknak kan..sekali seumur hidup kot.. apa yang akma suka sangat dengan Omei Pictures nie apa taw..Photographer nyer pun gila2..dahla gila hehe sporting pulak tuh..bagi bakal2 pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka, tidak tahu untuk bergambar yang bagaimana...Omei Pictures inilah yang paling sesuai sebab mereka akan membantu korang tidak kekok untuk bergambar..selain mereka sendiri yang akan membentuk korang reaksi,gaya yang bagaimana...dan dari situlah korang akan menjadi malu pada awalnya terus tak tahu malu...hahaha, sebab dorang pun akan melayan korang macam member2 jer..

Macam kami2 semua dibawah nie yang ikut jugak photoshoot outdoor bersama pengantin...pada awalnyer memang terasa segan cikitla nak buat style ape...memang tak tahu kan..pastu dorang la suruh lompat2 la bagai..sampai bape kali ulang2..lebih2 lagi ade budak2 pulakkan..bukan serius sangat pun banyak gelak adela..dengan photographernyer pun gila2 kami pun gila2 jugak la..hambik kaw terus tak tahu malu..lebih2 lagi budak2 tu...kikiki

Memang penat..tapi seronok, seronok sangat bekerjasama dengan photographer yang macam tu..penat tu rase macam tak rase jer....betuuuuull....hehe ^o^..hasil berkualiti dan sangat memuaskan..gambar2 pun cantik..serius akma suka sangat dengan hasil yang dilakukan dari mereka Omei Pictures nie...bagi mereka yang ingin hire mereka menjadi next photographer korang yang akan berlangsung tidak lama lagi..silalah contact mereka di Facebook Omei Pictures..untuk tahun baru 2014 ini, Omei Pictures telah membuat Promotion Pakej Perkahwinan Tahun 2014. So, apa lagi bakal2 semua..hire lah mereka..untuk harga pun tersangat2lah berpatutan..nak dikatakan semua mampu milik...hah kaw hade..^o^, untuk Omei Pictures lebih mengetahui daripada mana korang dapat tahu tentang mereka, beritahu mereka dari blogger akma khaieri dan korang akan terus dilayan macam adik-beradik...hah nampak tu...


For more Beautiful Pictures from them and information, kindly visit at Facebook Omei Pictures
















_____________________________________________________________________

Selingan...
bila penat menunggu pengantin photoshoot tak kesudah..inila jadinya...^o^


Gambar2 diatas adalah gambar kawan baik akma zaman sekolah melangsungkan perkahwinannyer pada 3 march yang lepas..waktu nie akma temankan dia photoshoot kat luar dan secara langsung jadi andam terjun pulak tolong pakaikan veil aje pun...haha, itupun tangan dah mengeletar..

Dan selama sebulan ini la, sebelum berlangsungnya perkahwinan akma tolong dia menyiapkan segala persiapan perkahwinan..buat hantaran, isi bekalan, candy bufet, photobooth...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, untuk photoshoot konvo ataupun photoshoot selain daripada perkahwinan bolehla terus bertanya kepada mereka yer..jangan risau dengan budget korang, selain budget yang berpatutan, hasil gambar yang akan korang perolehi juga sangat2 memuaskan..

Ok semua...contact Omei Pictures for your next wedding!!