Wednesday, March 19, 2014

Peraduan “Aku dan Kereta” dari RichPlan4U


Assalamualaikum

Pernah dengar RichPlan4U?

RichPlan4U adalah sebuah syarikat yang telah menawarkan servis pembaharuan insurans kereta dan cukai jalan & pertama kali akma mendengar tentang RichPlan4U ini sehinggalah bila akma on email yang berhabuk lama tak bukak (ceh padahal baru semalam tak bukak), baca email dari SalamMedia, nampak agak menarik apa yang diemailkan ada Peraduan "Aku dan Kereta" dari company nie, (kaw kalau takde email macamnie memang tak layan kan, pandang sebelah mata jer) eh mestila..buang masa aku jer ..dahla email yang selalu masuk email yang dah hape2 , lebih2 ag pasal jualan murah padahal kaw tolak bape sen jer pun tak effect hape2 pun duit kat poket aku nie..lagi yang paling benci baju2 baru dari mana2 butik tah..padahal dulu sign up online shopping takde la pulak kaw hengat dunia kan..sekarang amek kaw..haaa...nampak tak permainannyer tu...^o^

Kiki kan dah keluar tajuk..^o^

Apa yang membuatkan akma tertarik adalah dimana mereka membuat servis pembaharuan insurans kereta & cukai jalan nie dengan Potongan sehingga 15% untuk insurans dan cukai jalan, tempahan awal bermula sekarang hingga ke 31 Mac.. menarik kan..

Bila akma tengok website RichPlan4U, mereka nie sebenarnya setiap tahun akan menawarkan diskaun yang berbaloi-baloi taw dan yang paling bestnya mereka selalu buat contest & hadiahnya pun tersangatlah menarik kaw.. memang tak rugila bagi sesiapa yang membuat tempahan terus daripada mereka dan menjadikan RichPlan4U nie sebagai pusat insurans mereka...

Ok dibawah ini adalah diskaun yang mereka telah tawarkan tu bagi tahun 2014..click gambar untuk korang mengetahui lebih lanjut tentang tawaran2 Kebaboom nie!!..

1) THE "SMART DRIVER SWEET DISCOUNT" CAMPAIGN

·         



Untuk memohon diskaun yang terhebat ini silalah korang layari Smart Driver E-Application..


2) THE "SMART DRIVER REWARD WHILE RENEW 2014 "


3) THE "SMART DRIVER LIKE US FOR REAL 2014 "


entri-pengalaman-kereta

Dan ini adalah Peraduan yang dianjurkan RichPlan4U iaitu " Pengalaman Aku Dan Kereta " dan terbuka kepada bloggers. Penyertaannya tersangatlah mudah sebab korang hanya menceritakan apa saja pengalaman dengan kenderaan, kereta atau motor dan korang akan berpeluang memenangi sebuah iPad Mini dan 5 Power Bank!  hah hebat tak hebat..

Penyertaan korang submit di Salam Media





Penyertaan Mudah:

  1. Post mestilah mempunyai 2 pautan,  http://bit.ly/1qs0xI9 dan borang diskaun 15% di http://bit.ly/1kdPjU2
  2. Sebutkan “Potongan sehingga 15% untuk insuran dan cukai jalan, tempahan awal bermula sekarang hingga ke 31 Mac”.
  3. Ceritakan sedikit tentang penganjur, RichPlan.
  4. Ceritakan kisah “Aku dan Kereta”  di dalam blog anda!
  5. Post di dalam bahasa Melayu atau English.
  6. Tinggalkan komen berserta pautan blog post ini
  7. Tarikh tutup penyertaan adalah 23 Mac 2014.
Dan ini adalah kisah akma dan kereta..have fun !!^o^

Kisah kami berdua 

TAjuk kaw bukan main kan..akma nie still belajar lagi..nak ade kereta sendiri memang takla kan..
lainla aku nie anak orang kaya mintak kat parents yang sporting terus dapat..ke tak..kiki, kadang tu tengok member2 yang
 dah ada kereta jeles pun ada..tengok orang dah ada lesen
 pun aku jeles...maka lepas spm aku terus ambik lesen kereta....dengan niat dah ade
lesen bolehla dapat kereta..padahal tak pun...kat rumah aku memang takde kereta...harapkan belajar terusla dekat sekolah memandu tu nak pandai kan...
yang ada kereta kat umah tu dorang memang dah expectla kan...
yang aku nie tak harapkan kat sekolah memandu tu memang terkedek-kedek la..
tak pergi sekolah duduk rumah melangut jer la melainkan ada jiran yang perhatin ke kan
nak merelakan aku perabiskan minyak kereta dorang...haha, 

Nak dipendekkan cerita....

Sampaila masa aku test dengan JPJ...korang tau..aku nie dahla jenis yang cepat gabra
nebes sejenis macam tu la...setahu aku la time tu dalam lingkungan 11 pagi..dah tengahhari kowt..matahari dah terpacak kat atas kepala time tu korang faham2la..berpeluh2..
dahla tunggu giliran satu penyeksaan..dan disaat nombor aku dipanggil , aku terus bangun dan pergi...
dan pulak dah..time tu la jugak perut aku meragam..
nak terkencing la terberak la terkentut la ( sori ayat kurang sopan) , 
family aku memang dah tahu sangat dah perangai aku memang macam tu..
kalau nak keluar ke memang akan sakit perut..dorang cakap aku buat2 tapi seriius 
kowt aku tak tau memang automatik perut aku memang akan buat hal disaat aku nak hangout ...

Aku rase korang pun memang dah dapat agak kot cerita aku nie macam mane..

Hah tau xpe..memang pun..haha, first tu aku mintak la melepas dulu dari pegawai JPJ tu..
aku tak tau la dia tunggu lame ke ketak..aku rase cam lame tapi lantak la asalkan perut aku lega...
hati aku nie dah separuh mati dah nie takut gabra semua ada..nasib baikla aku tak terkentut..kekeke,
Ok, aku pun start la enjin kereta dan disaat itula aku rase aku terlalu yakin kot dan aku tertekan minyak habis ( xdela habis sangat)
maka kereta tu pun mengaum dengan kuatnnya..pegawai JPJ tu terkejut dan melatah.. 
yang ni kelaka sebab time tu dia tengah menulis something dan terkejut bila aku tertekan 
minyak sambil switch on kereta tu...kikiki,
 aku pun mulala drive kereta dengan hati tak hilang neves lagi..

Dan tak sampai separuh jalan lagi pegawai tu dah meng'fail'kan aku...
aduish macam tak caye jer

Pegawai tu cakap aku telah membuatkan dia terkezut untuk kali kedua...sebabnya aku terlupa
 nak pakai tali pinggang keledar..aku memang lupa langsung..aku ingat apa yang pelatih aku nasihatkan sebelum tu pasal benda nie..dia cakap "kalau terlupa nak pakai tali pinggang time tengah drive bagi signal, berhenti ke tepi jalan dan pakai, kalau taknak pun terus jer drive " 
Yang aku nie pun satu..tengah2 nak drive tu..aku baru sedar yang aku tak pakai dan secepat lajunya tangan aku nie mengambil tali pinggang..aku bukan guna sebelah tangan nak ambil tali pinggang tu..aku guna dua2 belah tangan aku time tu..peliknya kereta tu tak lelong..haha, 
apa lagi pegawai tu pun terkejut ,aku pun terkejut jugak la...

Hah ni apa yang pegawai tu cakap kat aku

Pegawai tu : " Dasyatnyer awak, saya tak pernah lagila tengok orang nak pakai tali pinggang
 guna dua2 belah tangan, saya pun takut.."
Aku : hihihi,sory encik ^o^

dia tak tau yang aku nie akan automatik cenggitu kalau terkejut/ tersedar benda yang aku
 lupa nak buat...hehe




·         







No comments: