Monday, April 21, 2014

Kebaikan garam kepada kulit kepala


Assalamualaikum...hari ini akma akan menulis dan memberikan sedikit ilmu kepada semua pembaca akma diluar sana perihal garam...semua tahu apa itu garam kan..terlebih garam dalam masakan akan terlebih masin..lori garam jatuh dekat lauk nak buat macam mana..^o^, ini bermakna...garam berfungsi dalam menambahkan rasa dalam masakan dan garam juga sebagai penghilang kotoran..hah yang ini akma tak pernah lagi la cuba...

Ok, dalam dunia ini..kalau semua nak tahu garam ditemui dalam 4 bentuk iaitu:

1) Garam Batu


2) Garam Hitam

Biasanya pengeluar rokok akan menambahkan garam hitam ini dalam kandungan nya..

3) Garam Laut


4) Garam Tasik


gambar dari Mr.Google

  Seperti apa yang akma tuliskan sebagai tajuk...mungkin disini menimbulkan kemusykilan khasiatnya bagi  sesiapa yang belum pernah mencubanya...tetapi bagi yang pernah mencubanya seperti akma..ia tidak sesekali menimbulkan isu khasiatnya disitu...dan sekaligus akma memang yakin garam sememangnya baik untuk kulit kepala..

Mungkin ada yang bertanya...garam ini baik untuk jenis kulit kepala yang bagaimana?
Adakah hanya untuk kulit yang berminyak? kelumumur? mengelupas ataupun sesuai untuk semua jenis masalah ini?

Untuk pengetahuan pembaca semua...apa yang akma dapat daripada pembacaan akma...garam ini terbukti keberkesanannya keatas kulit kepala yang berkelumumur...dan ia memang berkesan..akma bukan menulis dengan fakta yang kosong..akma sendiri mencubanya dahulu sebelum ilmu ini akma sampaikan kepada semua...banyak sebenarnya khasiat garam nie sebenarnya...contohnya dapat melegakan sakit gigi yang berlubang..masa akma kecik2 dulu selalula buat..dan antaranya inilah untuk kulit kepala yang bermasalah kelemumur.....

Cara-caranya:

Ambil garam dicampurkan dengan air..kuantiti garam dan air haruslah seimbang...
Kemudian bilas rambut dengan air tersebut..selalunya akma buat seminggu sekali kalau rajin..kalau malas sebulan sekalila...hehe, ikutla banyak mana masalah kelemumur korang tu jugak...
dan Alhamdulillah..akma sudah tidak menghadapi masalah rambut yang berkelemumur walaupun sedikit pun.. Setakat ini garam halus dan kasar yang digunakan...garam2 jenis yang lain Wallahualam...

Korang tak payahla pening2 nak beli syampoo antidandruff tu da..amalkan cara ini jer dah boleh menghilangkan masalah korang tu..kalau lah semua tahu cara menyelesaikan masalah dengan cara begini...silap hari bulan syampoo antidandruff pun tak ade kan..

Kelemumur tak ade..keguguran rambut pun berkurangan...




segmen : sihat bersama SHAKLEE (siri 2)


Assalamualaikum..

segmen ini tamat 22hb April 2014

JOm kita memeriahkan lagi majlis ini yang tamat xlama lagi!! click banner itu yer sayang2 semua...






Saturday, April 12, 2014

Halfmoon 3 Tones


HALFMOON 3 TONES





















Include Postage

Price : RM 45
Followers : RM 36



* Untuk membuat tempahan Klik Sini
* Followers akan mendapat 20% dan tinggalkan link untuk akma singgah diblog korang...
*Sebarang pertanyaan whassup 019-4449082 @ e-mail : akmakhaieri@hotmail.com
* Thanks & please keep supporting me..

Monday, April 07, 2014

Khasiat Lobak Merah

Lobak merah dapat ditemui dengan mudah di seluruh dunia.  Ia membantu mempertahankan paras asid dan alkali yang tepat untuk tubuh badan kita.  Lobak merah baik untuk mata, kulit, tulang, hati dan otot-otot.  Lobak merah juga membantu tubuh kita membersihkan darah, membantu sistem pencernaan dan anti- gas perut.



KEBAIKAN RAWATAN DARI LOBAK MERAH:

Sebagai Tonik 
       
     * Memakan lobak merah secara mentah ataupun meminum jus lobak merah secara teratur dapat menjadi tonik yang baik untuk mata dan kulit kita.  Ia juga membantu bagi mencapai dan mempertahankan keadaan kesihatan umum yang baik.  Sekiranya kamu memberikan 2 - 3 sudu jus lobak merah yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu kepada anak kamu yang lesu, insyallah ia mampu menambahkan kekuatan mereka.

Masalah Mata

* Meminum jus lobak merah juga dapat membaiki kemampuan penglihatan.  Manakala memakan dan meminum jus lobak merah pada setiap hari dapat mengubati rabun.  Mencuci mata dengan air bekas rebusan lobak merah menjadikan mata sembuh daripada ketegangan mata.

Sakit Kepala

* Minum campuran jus lobak merah, ubi bit dan timun.  Berdasarkan pengalaman penulis, Jerry D Gray campuran ini mampu mengurangkan sakit kepala. 

Batu Karang

Minum 1 gelas jus lobak merah, ubi bit dan timun dalam sukatan yang sama, dapat membantu menghancurkan dan mengeluarkan batu karang daripada tubuh badan kita.


Reumatisme

Minum jus lobak merah secara teratur membantu bagi menyembuhkan reumatisme.  Jus lobak merah yang dicampurkan dengan ubi bit dalam kuantiti yang sama mampu memberikan kelegaan daripada reumatisme.

Masalah Kulit

Minum jus buah ini secara teratur dapat menyembuhkan jerawat, kulit kering, gatal-gatal dan darah kotor.  Kulit kita juga kelihatan berkilau dan menyerlahkan aura kulit.

Gangguan Perut

Minum jus buah ini dan bayam setiap kali selesai makan dapat membantu menghilangkan sembelit.  Makan lobak merah secara segar ataupun minum jus lobak merah secara teratur menyembuhkan cirit-birit disebabkan oleh sakit pencernaan yang kronik, mengurangkan kadar asid dan menghilangkan ketidakselesaan perut.

Masalah Pundi Kencing

Minum jus buah ini 2 kali sehari dapat menjaga saluran pundi kencing supaya tidak kotor dan tersumbat.




kredit to buku 'Rasullullah is my doctor' by Jerry D Gray















Wednesday, April 02, 2014

Aksi kucing yang paling comel





























































* inilah aksi2 mereka yang paling comel akma dapat hasil pencarian dari Mr. Google.!!  ^o^