Thursday, July 10, 2014

Terasa rindu

Assalamualaikum

Makin dihitung hari makin terasa rindu ke rumah
Makin difikir paper makin terasa malas baca
2 paper yang membuatkan aku takde mood
Tak taula apa yang aku baca..
Rase langsung tak masuk
Kawan sebilikku sudah sibuk mengemas bajunya pulang

Aku
Masih sibuk dengan buku dan otak yang ligat
Difikirkan puasa ini terima kasih kesabaran
Membuatkan aku terus bersabar untuk ini

Emak...
Rindunya aku dekat emak
Mahu telefon takut menangis
Terasa lama sangat tak balik

Pernahla aku telefon
Mak cakap " bila nak balik? Lamanya...nak balik.."
" Minggu depan tapi tak tau bape haribulan,periksa tak habis lagi tunggu habis baru balik ye"
Dengan tahan air mata nie biar tak jatuh kalau tak malu aku roomateku nampak

Terima kasih emak sebab menunggu anakmu ini
Doakan kejayaan anakmu ini ye
Rindu nak makan masakan mak
Balik nanti nak mintak mak masakkan feberet ku
Tak taula mak tau ke tak..
Biasala sudah dimamah usia ingatan pun ingat2 lupa
Apa saja yang mak masak semua feberet ema,ct
Terima kasih mak..

I LOVE YOU..MUAH!MUAH!








Sunday, July 06, 2014

Order Tart Nenas & Semperit yang Sedapp!!

Assalamualaikum

OPEN ORDER kepada semua peminat2 TART NENAS dan SEMPERIT diluar SANA!
Sebalang hanya RM27 dengan lebih 50pcs






Memang sedap!halus dan lembut..lebih-lebih biskut semperit tu. Akma ni peminat biskut semperit..susah taw sekarang nak dapatkan biskut semperit yang betul-betul sedap dan halus bila dimakan.  bila makan rasa nak makan lagi lagi dan lagi. Dapat dekat saya memang alamatnya cepat la habis satu balang..hahaha

Maaf semua akma tak berkesempatan nak promote biskut nie awal2 sebab asyik lupa sahaja nak promotekan dekat semua..Hari nie teringat terus jeri-jemariku laju menaip takut lupa lagi kan...biasala banyak nak fikir hal negara..haha(budget kaw..)

Sibuk sangat menguruskan kawan-kawan yang nak order biskut nie. Padahal kaw Tart Nenas dan Semperit aja pun. dah dua biskut ni banyak permintaan mana tak menang tangan...padahal kita orang tengah aja pun...hihi

Akma memang buat survey tentang harga kedua-dua biskut ini, kebanyakkannya dalam lingkungan RM30..dah nama peminat kuih semperit dekat mana-mana sanggup akma cari dan kalau boleh nak yang murah. semua orang nak yang murah kan dan memuaskan hati. Cari online tak dapat cari dekat kedai tak dapat. 

Akhirnya dapatla akma cari dekat Downtown Damansara 


Inila gerainya..comel kan dan nampak simple je...

Hah siap jadi orang tengah lagi semata-mata nak promosikan biskut yang sedap ini taw..^o^ 
Orang cakap biskut yang sedap kenala berkongsi bersama-sama kan...selain kita bersama-sama membangunkan dan memperkembangkan perniagaan orang melayu..sokong mereka dengan cara membeli produk mereka..

Korang bolehla datang beramai-ramai serbu gerai akak nie beli tart nenas dan semperit selain mencari-cari kuih yang lain juga...

Kepada sesiapa yang berada diluar kawasan juga boleh order taw..

SMS / Whatssup No : 019- 444 9082

atau akma sendiri kalau tokey tu busy kan 019-442 7357 (Whassap / SMS)

Dan kepada sesiapa yang berada di dalam kawasan ataupun berhampiran contohnya di Bangi , Kajang..tempahan boleh dihantar secara delivery..hah delivery biskut raya bukan senang nak jumpa perkhidmatan delivery ni kowt...

Jom kita order..



Kutip duit raya dengan JobandCash








Thursday, July 03, 2014

Penghijrahan Felixia Yeap


Alhamdulillah...
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dibulan ramadhan yang penuh mulia ini pada hari ini 3 Julai 2014 bersamaan 5 ramadhan 1435 Masihi, seorang model yang cukup dikenali dalam bidang peragaan Felixia Yeap telah memeluk islam tanpa ada sebarang media dengan bersaksikan 4 orang saksi.

Inilah kebahagiaan yang dicari-cari oleh Felixia Yeap. To all muslim, this is the good news is Felixia Yeap has decided to convert to Islam..Subhanallah..kita sepatutnya rasa bersyukur kerana sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam tidak perlu bersusah payah menghadapi segala cacian sepertimana yang dihadapi oleh Felixia, dia telah bersusah payah mengharungi segala cacian, makian, halangan semata-mata kerana Islam dihatinya.


Quoted from her blog

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modelling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.

Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan.
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari.  Sebab apa gunanya punyai kemewahan 
tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Tersentuh air mata saya membaca pengakuan jujur Felixia Yeap ini diblognya.
Katanya lagi, dia akan tetap mengekalkan nama cinanya ini yang bermaksud "Ketenangan, Keanggunan".
Cuma dia akan menambah kurniaan nama dari mimpinya dihadapannya.

Untuk membaca kisah hidup Felixia Yeap diblognya

DISINI



Bersama-samalah kita mendoakan kebaikan kepada saudara baru kita ini semoga dia sentiasa dilimpahi Rahmat dari-Nya dan bersabar dalam menempuh segala cabaran dan dugaan yang menimpa-nimpa datang kepadanya. Sokongan kita kepada semua saudara baru kita diluar sana amatlah diperlukan kerana kita lah mereka akan terus bertahan dan kuat dalam menghadapi kehidupan baru mereka. Subhanallah..Allah huakbar..

Rasulullah SAW menceritakan:

" Zaman sebelum kalian ada seorang yang membunuh 99 orang, dia ingin bertaubat lalu bertanya dimana orang yang paling alim di muka bumi? Dia pun ditunjunkkan kepada seorang ahli ibadah.  Dia mendatangi ahli ibadah itu dan berkata, 'Aku telah membunuh 99 orang, adakah boleh aku bertaubat?' Ahli ibadah menjawab, 'Tidak mungkin.'  Akibat marah dengan jawapan itu, dia membunuh ahli ibadah itu dan genaplah 100 orang.

Dia ingin bertaubat lagi dan bertanya dimana orang yang paling alim?  Dia ditunjukkan seorang alim (orang  berilmu). Dia berkata, 'Aku telah membunuh 100 orang, mungkinkah bagiku taubat?' Orang alim menjawab, 'Ya. Siapa yang menghalang seseorang dari taubat? Pergilah ketempat ini kerana di sana terdapat manusia yang menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama mereka dan jangan kamu kembali ke tempatmu kerana tempat itu adalah tempat yang buruk.'

Lelaki ini berhijrah.
Ketika di tengah perjalanan, sampailah ajalnya. 
Terjadi perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat azab ( yang ingin mengambil nyawa). Malaikat rahmat berkata, ' Orang ini datang untuk bertaubat dengan menghadapkan hatinya kepada Allah.' Malaikat azab berkata, ' Orang ini belum melakukan kebaikan sedikit pun.'

Lalu datang malaikat lain dalam rupa manusia, mereka sepakat menjadikan malaikat ini sebagai pemutus. Malaikat ini berkata,'Ukurlah jarak dua tempat tersebut. Jika jaraknya dekat, dia yang berhak atas orang ini.' Lalu mereka dapati orang ini lebih dekat dengan tempat yang dia tuju. Maka rohnya dicabut oleh Malaikat Rahmat."

(Sahih A-Bukhari & Muslim, turut dimuatkan dalam Riyadhus Salihin Imam Al- Nawawi)

CREDIT TO ilmuanIslam









Wednesday, July 02, 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak


Lokasi :

Casa Ombak Sdn.Bhd
No. 22 Jalan Damai,
Off Jalan Ampang,
55000 Kuala Lumpur

FB : OmbakCreative 
E-MAIL : casa_ombak@yahoo.com


This is something different, we are pleased to introduce our place for your 'Buka Puasa' at our garden. 

Ombak Creative adalah sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn.Bhd. 

Telah menjalankan pengurusan event selama lebih dari sepuluh (10) tahun. Team Ombak Creative telah berpengalaman menguruskan:

CATERING


MAJLIS PERKAHWINAN, KORPORAT & PERSENDIRIAN


HANTARAN PERKAHWINAN


PHOTOBOOTH


BERSEMPENA BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI, CASA OMBAK TELAH..............


Buffet Ramadhan Casa Ombak telah menyediakan promosi Buffet Ramadhan yang dinanti-nantikan bagi semua keluarga yang masih mencari-cari destinasi berbuka yang menawarkan promosi yang membuatkan sesiapa sahaja yang mengunjunginya kembali lagi.
Promosi hebat ini akan membuatkan anda terasa teruja dengan harga yang ditawarkan dengan hidangan-hidangan mengikut selera anda. 

Jangan lepaskan peluang menikmati berbuka di Casa Ombak secara santai dan ala garden istimewa untuk anda!

Tempahan boleh dibuat untuk individu, berkumpulan, keluarga dan syarikat.

HARGA BUFFET RAMADHAN:

DEWASA : RM55.00nett
KANAK-KANAK : RM27.00nett ( 5-12 tahun )

Kepada anda yang ingin membuat tempahan BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK, boleh hubungi talian di bawah:

Call/Whatsapp : Akma Omar - 013 2680001
Telefon            : 03-21818750
Call/Whatsapp : 013-624 1417 @ 012-662 1062
Facebook page : Ombak Creative Page


# Anda tidak perlu risau terlepas maghrib kerana disini juga ada disediakan tempat solat yang selesa...




Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

Tuesday, July 01, 2014

Ketuk-Ketuk Aidilfitri

Assalamualaikum..

Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;




Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.


**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**



Doa Ditetapkan Pendirian

DOA DITETAPKAN PENDIRIAN

 ربنا  اغفر  لنا  ذنوبنا  وأسرافنا  في  أمرنا   وثبت  أقدامنا  وانصرنا  على  القوم  الكافرين

RABBANARGH FIR LANA ZUNU BANA WA ISROFANA FI AMRINA WA SAB'BIT AQ-DAMANA WANSURNA ALAL QAUMIL KAFIRIN

MAKSUDNYA : " Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami ( dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."


DOA MENJADI ORANG YANG SABAR

ربنا  أفرع  علينا  صبرا  وتوفنا  مسلمين

ROBBANA AFRIK ALAINA SOBRON WATAWAFFANA MUSLIMIN

MAKSUDNYA : " Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kesabaran ke atas diri kami dan tetapkanlah pendirian kami."


DOA KETIKA SUKAR MENYELESAIKAN SESUATU URUSAN

اللهم  لا  سهلا  الا  ما  جعلته  سهلا  وأنت  تجعل  الحزن  اذا  شئت  سهلا

ALLAH HUMMA SAHLA ILA MA JA'ALTAHU SAHLAN WAANTA TAJ'ALU HAZANA IZA SHIKTA SAHLA

MAKSUDNYA : " Tidak ada daya upaya dan tidak ada tenaga kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar."





Menjana pendapatan dengan earnperpay