Wednesday, August 27, 2014

Fiesta Blogshop 2014


Fiesta Blogshop 2014 adalah satu event besar bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57 yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan MYNIC. Fiesta ini bermula 28, 30, 31 August 2014. Untuk aktiviti 28 August 2014 diadakan SEMINAR USAHAWAN ANAK MERDEKA bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang. Seminar ini sangat-sangatla berfaedah bagi mereka mengingginkan teknik-teknik dan petua pemasaran yang berkesan, teknik fotografi berkesan dan banyak lagi. Seminar Usahawan Anak Merdeka ini dikendalikan oleh lapan orang penceramah yang berpengalaman dalam industri perniagaan. Yuran untuk seminar ini sebanyak RM120. Rugi bagi sesiapa yang tidak pergi. Bagi sesiapa yang ingin mengikuti seminar bolehlah membuat pendaftaran di Fiesta Blogshop

Seminar Itinerary:

MURAH HATI SESSION

Bagaimana Kami Boleh Membantu?
by Nik Shahril Nik Mahmood
Senior Manager, Business Advisory and Support Division
SME Corp. Malaysia

Bantuan Modal Anda
by Aiman Ali
Head of Program Financing
SME Bank

BIMBINGAN SAHABAT SESSION

Saya Nak Menjual Dalam Talian
by Talib Sabri Sulaiman
Chief Strategy Officer
MYNIC Berhad

Mudahkan Pelanggan Membayar
by Azizul Othman
Business Development Manager
MOLPay Sdn Bhd

PosLaju :Pilihan Penghantaran Terkini
by Ahmad Najmi Mahfodz
Chief Operating Officer
PosLaju

JIWA BOLEH SESSION

Rahsia Pemasaran Berkesan
by Muhammad Ammar Zaharudddin
Chief Executive Officer
Jootawan Group Sdn Bhd

Petua Pemasaran Dalam Talian
by Bella Al Yahya
Founder of Bella Ammara

Teknik Fotografi Berkesan
by Zamrul Din
Professional Photographer
Art Multimedia Technology

Berita gembira kepada semua blogger yang ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka bolehla turut sama menyertai booth difiesta blogshop pada minggu ini dengan mendaftar di www.fiestablogshop.my. Cepat-cepat daftar sebelum penuh..pelakon seperti elfira loy, Yana samsuddin, Emelda, kaka, zoey juga turut sama membuka booth mereka disana nanti. 
Jom kita sama- sama memeriahkan lagi Fiesta Blogshop pada 30 & 31 August ini..Sabtu dan Ahad ini! 
Jumpa kita disana ye! Insyallah....











Sunday, August 24, 2014

iPhone 5s gadjet impian setiap blogger



iPhone has always been forward thinking. Jenama Apple Inc terus mendapat perhatian semua manusia diseluruh dunia seterusnya mendapat tempat pertama untuk dimiliki. Sesiapa sahaja yang memilikinya pastinya sangat teruja dan tidak akan bertukar kepada jenama yang lain. Keluaran jenama dari Apple Inc ini terus memberikan impak besar keatas jenama-jenama yang lain dalam industri teknologi gadget diseluruh dunia. Persaingan sengit ini sangat bagus bagi perkembangan industri dunia. Bila dibuat analisa,iPhone 5s ini sangat hebat dan mengagumkan bila dibuat pembandingan dengan jenama yang lain. Dengan adanya iPhone 5s ini,terciptala iPhone 6 akan datang. 

Mari kita lihat keistimewaan- keistimewaan iPhone 5s ini sehingga menjadi salah satu gadjet impian setiap blogger.

1) iSight camera


Camera adalah item yang sangat penting bagi sesiapa sahaja. Setiap kali ingin membuat pembeliaan,anda tidak akan tidak pernah terlepas mencuba camera sesuatu telefon itu dahulu. Adakah ianya cantik ataupun tidak. Perbezaan iSight camera dari iPhone 5s ini adalah dari segi sensor,pixels dan aperturenya yang besar. Measuring pixels sebanyak 1.5 micron, 15 percent sensor.
Dengan kelebihan tersebut,gambar yang ditangkap menjadi lebih terang dan berkualiti. Pasti anda berasa sangat berpuas hati dengan hasilnya.




Apa yang paling menariknya dengan iSight camera ini adalah  Auto Image Stabilisation. Fungsinya Auto Image Stabilisation akan membantu anda mengurangkan getaran yang terdapat dalam gambar. Anda tidak perlu risau sekiranya anda shaky ketika mahu capture sesuatu gambar.

2) Ultrafast Wireless



 iPhone 5s menyokong semua network disetiap tempat. Dalam dunia globalisasi yang kian maju ini,penggunaan internet dalam mencapai sesuatu maklumat semasa sangatlah penting tidak mengira usia. Oleh itu, Ultrafast Wireless dicipta khusus bagi mereka yang mengingginkan sesuatu maklumat dengan cepat. Tidak kira anda berada diluar negara mahupun didalam negara,pastinya anda tidak akan kecewa denggan adanya Ultrafast wireless ini.

3) Apps


iOS 7 didatangkan dengan pelbagai koleksi apps yang sangat menarik untuk setiap aktiviti yang anda ingin lakukan dan perlukan seperti menghantar email dan mesej,search internet,kongsi gambar dengan rakan- rakan dan banyak lagi kelebihan iOS 7 apps ini dalam iPhone 5s.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang gadget istimewa ini sila layari laman sesawang http://www.apple.com


iPhone 5s adalah gadjet yang pada sesiapa sahaja yang memilikinya pasti berasa bangga kerana penjenamaan Apple inc ini adalah salah satu jenama mahal. Memberikan serba sedikit maklumat tentang iPhone 5s ini untuk saya turut serta mengambil bahagian dalam contest yang dianjurkan oleh Denai hati. Contest yang bertajuk iPhone 5s gadjet impian setiap blogger adalah contest yang sudah lama dinanti-nantikan setiap blogger. 


Hasil daripada maklumat testimoni pengguna iPhone ini yang saya baca dari laman sesawang Google dan YouTube ,mereka menyatakan bahawa mereka sangat berpuas hati dengan segala aplikasi yang terdapat didalam gadjet ini. Tahan bateri, tahan hentakan,internet apatah lagi dan banyak lagi keistimewaannya. Pada pendapat saya,Apple inc sangat teliti dengan produknya dan memenuhi citarasa setiap pengguna. Setarafla dengan harganya. Apa yang kita sedia maklum, setiap telefon akan mengalami penurunan harga mengikut peredarannya. Begitu juga dengan iPhone,tetapi penurunan yang sedikit dan iPhone ini masih mengekalkan 1 hingga 2k untuk memilikinya. Sangat beruntunglah saya sekiranya dapat salah satu gadjet mahal ini. 


Contest yang dianjurkan oleh Denai hati ini mencari 3 pemenang dalam merebut iPhone 5s.

Dengan ucapan berbanyak- banyak terima kasih kepada penganjur kita Denai hati dan para-para penaja. Tanpa mereka contest ini tidak akan dapat direalisasikan dan saya tidak akan mencuba nasib untuk turut serta.

Para penaja kita:



Arwah Syuhada Baharuddin
Juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah semoga tajaan ini menjadi sedekah yang diterima oleh Allah s.w.t.


Setiap blogger yang menyertai contest ini semestinya mengimpikan iPhone 5s begitu juga saya sangat mengingginkannya. Mencuba nasib didalam contest ini. Walaupun saya tahu persaingan sangat sengit ketika ini diantara rakan- rakan blogger bagi mencapai impian, tidak akan putus asa itu bermain diminda. Siapa tahu tuah ayam nampak dikakinya,tuah kita tiada siapa yang tahu ( betul ke perumpamaan apa yang aku cakap nie). 
Sekiranya Allah s.w.t mentakdirkan entry ini berjaya menambat hati denai hati. Alhamdulillah bersyukur sangat- sangat keatas rezeki yang diberikan-Nya..semoga mereka (tuan denai hati dan para penaja) dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda kerana kemurahan hati mereka.



Setiap contest yang dianjurkan mestila ada syarat- syaratnya
Ada 5 syarat yang perlu dipenuhi setiap blogger yang menyertai
Jom kita tengok apa syarat2 tersebut

Syarat-syarat :

  1. Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
  2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
    • Satu backlinks kepada blog Denaihati.
    • Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
    • Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
  3. Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
  4. Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
  5. Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.

Sudah 2 hari entry ini ditulis
Segala luahan hati dan maklumat dapat disampaikan
Tibalah masanya ia dihantar
Semoga penyertaan menambat hati
IPhone 5s dapat dimiliki
Sekarang hanya berdoa
Aminn..














Kehidupan Nelayan

Assalamualaikum

Semalam ambil masa sekejap kemas almari buku
Buku,file tak tersusun
Serabut kepala nak mencari buku 
Susunla sekejap ikut genre..cehh
Padahal takdela banyak sangat bukunya
Tengah syok menyusun
Terjumpa satu file..
Sebenarnya aku tak tahu pun file apa
Bukak file..
Owh drawing lama..
Teringat kenangan dulu
Kenangan apa?
Sila-silala baca DISINI
Drawing dibawah nie semua mix media
Watercolor + color pencil + pen

Tajuk : Kehidupan nelayan

Untuk pengetahuan kalian
Inila kawasan nelayan berdekatan dengan rumahku
Aku capture sendiri,print out baru lukis
Inila hasilnya..





Dah lama tak asah skill
Nak start balik pun tangan rasa macam kekok pulak
Dah lama tak melukis..huhu
Drawing nie tahun 2012
Dah lama tapi nasib baik masih dalam keadaan baik
Lukisanku yang tidak seberapa cantik nie.. 
Untuk tatapan kalian yang minat art
Sekian,terima kasih☺






Tuesday, August 19, 2014

Kait jarum 2 - hasil tangan

Assalamualaikum


Ini adalah hasil tanganku yang tidak seberapa
Masih banyak yang perlu dibaiki
Masih banyak yang perlu dipelajari
Sekadar mengisi masa yang ada
Selain membaca dan melukis
Inilah hobi terbaru ku
Knitting.. 

Dari dulu memang aku minat sangat mengait
Cuma tidak berkesempatan je nak membuat
Buku,perkakas sudah lama disediakan
Sekarang baru dapat merealisasikannya
Aku suka sangat tengok benda2 yang comel
Lebih2 lagi berkenaan hal budak2 nie
Geram rasanya..


Buku nie dah lama dalam simpananku
Aku jarang menggunakannya
Sebabnya
Aku akan ambik masa yang lama untuk memahami setiap patah perkataan yang dihuraikannya..
Ayatnya bagus cantik..cuma aku nie otak biul kot tak faham2 
Berbelit- belit sampai gugur jugakla rambutku nie..haha
Jenis aku
Aku suka ayat mudah & senang difahami
Jadinya aku banyakla refer pada instructions in English
Easy and simple..haha
Ayatnya sume pendek2 kot 
Sebab guna short form je..haha




Sekali nak kait rasa nak mengait lagi
Sebabnya,kita puas dengan hasilnya
Thanks a lot to Mr.YouTube!! 
Kerana dirimu begitu berharga..ah gitu..
One day kalau aku dah kawin dan
Melahirkan Anugerah Allah yang suci
Akan ku kaitkan untuknya
Sekarang aku kait untuk anak2 buahku sahajalah ye..hehe















Thursday, August 14, 2014

Semoga sihat kawanku

Assalamualaikum



Mereka,
Rakan kelasku f5 dahulu
Terubat rindu seketika
Yang lain ramai yang dah berkeluarga
Susah untuk berjumpa bertanya khabar
Wassap group aku create pun ramai yang left ( tersentap gak aku)
Takpela mungkin mereka tidak mahu diganggu..
Biasala orang dah berkeluarga nie susah sikit nak diajak berjumpa,
Text nak tanya kabar pun 10 kali aku fikir
Hanya DOA sahaja dapat ku titipkan untuk kalian..


Gambar nie raya keenam tak silapku
Menziarahi rakanku yang sakit
Namanya shahir,panggilan manjanya amat..manja sangat kan..haha
Hampir 4 bulan dia sakit tidak bekerja
Kelihatan dirinya(luaran) nampak biasa (tak sakit)
Tetapi dalamannya hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui
Puncanya dari demam2 ,bengkak2 kaki
Yang peliknya waktu malam je dia diserang
Siang takde pulak tu..pelik gak aku..
Ubat doc tidak ada sebarang penyakit
Ubat kampung biasala segala jin dikatanya,jin mata satu la jin bukitla..haha
Pergi As Syifa',diurut sana..
Erm no comment katanya..aku pun no comment jugala disini ^o^

Kawanku tudung green juga sakit..
Dah lama sakitnya dari f4
Now dia dah ok,Alhamdulillah...
Aku mendoakan kalian berdua sentiasa dirahmati Allah dan dilindungi-Nya
Semoga kalian tabah dan sabar menghadapi segala dugaan dari-Nya
Ketahuilah Allah sangat menyayangi kalian dengan mendugakan sakit sebegitu

SEMOGA SIHAT KAWANKU....




Monday, August 11, 2014

Takut by AmaliaAlias ost hujan

Lirik lagu Takut by Amalia alias 

Mungkin Ku tak bisa menyatakan
Apa yang terlintas dibenakku
 Bukan kerana Ku tak mencinta
Cuma kerana Ku tak mampu menatap matamu

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada dihatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu

Tuhan tolonglah Ku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri disini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harus ku datangi
Agar terlerai kusut ini


Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu

Tuhan tolonglah ku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri disini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harus ku datangi
Agar terlerai kusut ini

Tuhan tolonglah ku
Pinjamkan kembali dia padaku
Pegangkanlah takdir ini untukku
Kembalikan dia seperti dulu

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harus ku datangi
Agar terlerai kusut ini























Friday, August 08, 2014

Kalian,terima kasih

Assalammualaikum



Mungkin aku sudah berasakan kehidupan kini seperti bukan kehidupanku
Disini aku berasakan bukan seperti aku
Aku seperti orang lain seperti kalian
Seperti kamu2 yang sedang membaca apa yang telah aku ngarutkan selama aku menulis,maaf

Jujur kukatakan,
Dari dulu aku menulis
Penulisan aku kadang kala dipengaruhi oleh kamu yang femes
Mungkin pada masa itu usia ku masih muda
Ingin menulis seperti kalian
Itu bukan aku
Aku tak suka taip panjang2
Ak juga tak suka baca entry panjang2 yang mungkin ak berasakan ianya tidak memberikan apa2 manfaat untuk aku dan menghabiskan masa yang ada

Menulis juga seperti melukis..ikut mood..
Takde mood tak menjadi tak terhasil apa yang diluahkan..
Jujur juga ingin kukatakan,
Aku bukanlah serajin penulis yang lain
Setiap hari ada sahaja idea terlintas
Setiap hari ada sahaja cerita ingin diceritakan
Setiap hari ada sahaja product yang di' review' kan
Maaf pada kamu yang setia

Disini aku adalah aku
Insan dewasa yang semakin meningkat usianya
Insan biasa yang banyak kekurangan
Tanah blog ini juga sudah semakin tua
Apa yang baik didalamnya ambillah Apa yang tidak buangkanlah
Aku sukakan kamu yang ikhlas hatinya
Tanpa menawarkan apa2 ganjaran sekalipun
Maaf atas kekhilafan penulisan ku disini

Kalian sememangnya sangat istimewa untuk diriku
Masih setia bersama disini
TERIMA KASIH untuk kali akhirnya..