Friday, September 19, 2014

Tukar URL blog

Assalamualaikum

Selepas akma tukar URL blog nie..UV terus jatuh..huhu,sebelum nie menggunakan akmakhaieri..
Dah lama jugak guna..
Then tukar to akmasakura..
Cikbunga akma
Time tu UV dah jatuh..
Aku nak tukar balik nama asal blog nie kononnya nak maintainkan balikla uv yang asal tu tapi nama asal tu tak boleh dah..
Sampaila aku guna akmahakira nie..
Kenapa hakira sebabnya takde sebab apa2 pun..hahaha
Kenapa aku tiba-tiba rasa nak tukar URL?
Sebabnya aku rasa macam nak guna nama yang unikla..
Tapi still nak gunakan nama aku..haha 
apeda kan dah jatuh UV
Padan muka aku haha
Sekarang nie aku rasa macam menyesal pulak tukar nama URL..
Sebab ramai dah kenal dengan nama aku dengan akmakhaieri kan..
Takpela benda dah jadi..
Aku sebenarnya nak taula sangat sangat
Bila aku dah tukar URL blog kan,nama blog kita dekat followers kita tu akan bertukar balik jugak ke tetap URL yang lama jugak tak bertukar?
Hah nie aku nak tanya kat korang sebenarnya..
Tolong jawab ye..
Sebabnyer...
Kalau dia bertukar jugak aku tak risaula kan sebab followers tetap dapat recent aktivity kite dekat dashboard tu
Tapi kalau dia tak bertukar..tetap URL yang lama..
Itu aku risaula
Sebabnyer..
Followers tak tau la apa yang kita update setiap hari
Huhuhu
After raya haji nie,aku nak domainkan blog aku pulak
Mudah2an UV terus meningkat mendadak..
Aminn

Info terbaik tentang mentega


Mentega sering digunakan dalam masakan terutamanya dalam penyediaan kek dan biskut. Secara amnya, mentega merupakan produk tenusu yang diperbuat daripada susu asli. Kebanyakannya diperbuat daripada susu lembu untuk tujuan komersial. Sebelum mentega terhasil, susu akan melalui proses bagi memisahkan lemak susu dan cecair. Lemak susu itu kemudian dijadikan pepejal dan dibungkus seperti produk mentega yang ada pada hari ini.

Ciri-ciri mentega :

1) ia mempunyai rasa dan aroma yang kuat
2) warnanya kuning pudar berbeza dengan warna marjerin yang berwarna kuning pekat.
Mentega yang tidak tahan pada suhu panas dan biasanya disimpan didalam peti sejuk. Ia mudah cair berbanding dengan marjerin yang lebih tahan pada suhu bilik. Terdapat 2 jenis mentega iaitu mentega asli dan mentega lepa susu.

Mentega asli mengandungi lebih 80% lemak susu dalam kandungan beratnya. Manakala mentega susu lepa pula mengandungi kandungan lemak yang lebih rendah. Ini kerana mentega lepa susu telah dicampurkan dengan bahan lain seperti minyak kelapa sawit, minyak Isirong, lecitin soya, perisa mengandungi susu, susu tepung, perisa dan pewarna (beta carotene) dan lain lain. Kandungan lemak yang lebih dalam mentega asli juga membuatkan harga mentega asli lebih mahal berbanding mentega lepa susu. Kedua-dua jenis mentega ini boleh didapati dalam keadaan bergaram atau tidak bergaram.

Mentega yang kaya dengan sumber vitamin yang sangat baik. Salah satu daripada banyak vitamin yang bermanfaat yang kita dapat daripada mentega ialah vitamin A yang mempunyai pelbagai fungsi untuk badan kita. Vitamin A menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengekalkan penglihatan yang baik. Selain daripada vitamin A, mentega juga mempunyai vitamin lemak larut lemak lain seperti vitamin D,E dan K.

Sumber : Majalah Saji keluaran September 2014

Thursday, September 18, 2014

Misi pencarian pelamin tunang sebagai inspirasi!!


Assalamualaikum..

Misi pencarian pelamin tunang sebagai inspirasi ini sudah berlangsung seminggu yang lepas..ok misi ini ditugaskan oleh adik akma kepada akma untuk mendekorasikan pelamin tunangnya tidak lama lagi iaitu selepas raya haji nanti!!waa!!dah nak dekat dah!! satu apa pun tak design on paper lagi nie macam mane!!mati aku wehh!!OK INI TASK YANG PALING BERAT AKU RASA!

So starting for this week..akma dah kena mencari dekat Mr.Google pelamin-pelamin yang simple,cute but nice..^O^..nak jimatkan duit katanya..dia mintak kita D.I.Y kan pelamin dia nanti.. jom..after raya haji nanti  akma update entry berkenaan pelamin dah akma buat ye..sekarang nie kita tengok dulu pelamin2 yang ingin dijadikan inspirasi..






haii...adik nak tunang..akma rasa excited pulak...hihi^o^

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2014

  

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2014 ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Karnival ini sangat penting bagi graduan-graduan baru habis belajar dan graduan-graduan yang sekian lama masih menganggur mencari pekerjaan. Sekarang inilah peluang terbaik bagi anda untuk merebut peluang meminta kerja dan menghantar sendiri resume anda kepada syarikat tersebut. Anda tidak boleh melepaskan peluang yang paling berharga ini kerana sekali anda terlepas anda akan menyesal tak kesudah. Jadi jangan melengahkan masa anda!! 

Karnival ini akan berlangsung pada 26 hingga 28 september 2014 bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. TERDAPAT 3000 PELUANG PEKERJAAN BERTARAF EKSEKUTIF UNTUK ANDA!!

MASUK ADALAH PERCUMA!!

Difahamkan lebih 150 syarikat menanti anda!! Disana juga banyak acara-acara menarik seperti pertandingan dikir barat, futsal, big bike week dan pelbagai lagi. 

 Graduan yang telah tamat pengajian dan mahasiswa tahun akhir kini boleh mendaftar dan memuat naik
resume mereka melalui laman web khas K3G  http://www.k3g.my/ Dapatkan maklumat terkini melalui laman
web tersebut dan sila 'like' FB University of Malaya Entrepreneurship Centre agar anda semua tidak terlepas
peluang mendapat info-info terbaru dari UMEC.



Tuesday, September 16, 2014

Salam Satu Malaysia dari GOOGLE!!




Salam 1 Malaysia dari GOOGLE!!
cantik lukisan nie kan..^^

Friday, September 12, 2014

Chef Popular diDunia

Assalamualaikum..


Mari kita kenal dengan chef yang diiktiraf sebagai chef pastri terbaik dunia.Inilah dia chef popular didunia iaitu Chef Jordi Roca. Jordi Roca dibesarkan di Catalan,Sepanyol. Dia dibesarkan dengan persekitaran keluarga yang membuka bar dan restoran Dan tanpa disangka beliau telah terpilih sebagai CHEF PASTRI TERBAIK DUNIA setakat ini.


Jordi tiga bersaudara,Joan dan Josep yang juga telah membuka restoran sendiri diGirona, Sepanyol dan telah mengumpul beberapa Anugerah Bintang Michelin. Apa yang menarik tentang chef ini, Chef Jordi Roga mempunyai bakat terpendam yang lain iaitu sebagai arkitek dan ahli silap mata. Tidak mengejutkanlah bagi yang mengenali chef ini menghidangkan setiap resepinya dengan persembahan yang berbeza dan ada kalanya tidak masuk dek akal.


Antara percubaan yang dilakukannya dengan menggunakan minyak wangi jenama Calvin Klein, Eternity, Angel Dan Hermes dalam penyediaan resepinya. Memang pelik..
Jordi Roga anak bongsu daripada tiga beradik ini mengikut jejak langkah abang sulungnya, memulakan kariernya disebuah sekolah kulinari diGinora dan bekerja dengan chef Damian Allsop dan dari situ dia mendalami ilmu pastries ini. Kini , tiga beradik ini Joan 46 tahun, Josep 44 tahun Dan Jordi telah membuka sebuah restoran el Celler de Can Roca. Restoran ini telah mendapat pengiktirafan 50 restoran terbaik dunia pada tahun 2013 dan mendapat tempat kedua terbaik dunia 2013 dan 2014.


Jordi Roca bersama saudaranya berhasrat untuk mengambilalih kedudukan restoran nombor pertama dunia yang kini kekal disandang oleh Rene Redzepi of Noma diCopenhagen. Selain restoran-restoran Moo dan Nurum di Barcelona, Jordi telah membuka sebuah kedai aiskrim di Girona dan dinamakan Rocambolesc.
Bermula daripada legasi perniagaan restoran oleh ibunya pada 1986, kini Jordi dan dua abangnya berjaya dalam dunia pastries sehingga diiktiraf dunia dan akhirnya restoran mereka mendapat banyak Anugerah Michelin pada 1995,2002,dan 2009.



Sumber: Majalah Saji sept 2014












Soalan Bahasa Inggeris ditukarkan kepada Bahasa Jawa

Assalamualaikum

Disebabkan soalan bahasa Inggeris bocor maka, soalan bahasa Inggeris akan digantikan dengan Bahasa Jawa..
Hahaha ok ini sebenarnya sekadar gurauan semata- mata..
Siapa pandai jawab,siapa orang yang berketurunan jawa fahamla kan..^o^

Tarikh peperiksaan 30 Sept

KOD: 3753/1
BAHASA JAWA
Kertas 1 :-/
Aneka Pilihan
Oktober / November

1. Aku orak........ lungo kondangan,awak ku orak penak ,njalok ngapuro ney

A) Mering-ngis
B) Sendulur
C) Sidho
D) Mumpong

2. Melaku-melaku............... batu , deleng nger kui dhelok mambang wae

A) Kesikut
B) Meringis
C) Kesandong
D) Tibo

3. Sak urung nge turu arek...sikel , men resik nang kasor

A) Medang
B) Mangan
C) Wisoh
D) Senen-ni

4. Angger ngeleh ........... nge muni , geles madang

A) Wetan
B) Wedang
C) Weteng
D) Walah-walah

5. Weroh batir lawas di celok key , seng apik nek ............

A) Undang
B) Njerit
C) Semaor
D) Alon Omong nge

6. ........................ngerasak-key bocah kui , wes di kandani wira wiri

A) Ayem banget
B) Ujak-key
C) Bung-ngah
D) Pegel

7. .................. Adhan , semaor nang jero ati

A) Risik
B) Mangan
C) Adhos
D) Kerung-ngu

8. Ojo ................ angger wes sogeh, sogeh kui gor sediluk ,

A) Merawat
B) Mentayan
C) Mumpung
D) Mentolo

9. Aku weroh bibik ku ........... nang ondo wing-ngi ,tak rewang-ngi tang-ngi , melas sey

A) Turu
B) Tibo
C) Teles
D) Telek

10. Kodok kui ...................seko duwor tekan ngisor , kaget menowo , men ujak key waei ,

A) Melaku
B) Mencolot
C) Modhar
D) Mencopot

11. Abot kui Njalok ............ngowo, wes tuo melas, ojo ndelok key waei.

A) Rewang
B) Di Rewang-ngi
C) Ujak
D) Ujak-Key

12. .......................sego seng akeh, iki dihino mantu ney teko ngowo putu ney kabeh

A) Ngodok
B) Ngelewet
C) Ayem-ayem
D) Ngolek

13. Ngakon...................orak gelem ,awak ei mambu kui , peliket seko kebon mau

A) Arip
B) Turu
C) Alom
D) Adhos

14. ...................pak ngerti wong kui apik ? seko sandangan ney ke ? omongan-ney ?

A) Kapan
B) Angger
C) Kepre ei
D) Owalah

15. Kabare ? Aku Alhamdulillah.............iso dholan-dholan iki

A) Meriyang
B) Waras
C) Ambrok
D) Modhar

16. ...........ku mumet , mau isuk orak mangan , kerain-nan!.

A) Entek
B) Sikel
C) Raei
D) Endas

17. Njalok...................angger abot , ojo di gawe dewe, mengko sakit kabeh awak ei.

A) Idhu
B) Ndelok-key
C) Santet
D) Rewang-ngi

18. Mee kari ne John enak, mangan sak ............. orak cukup.

A) wajan
B) kawah
C) talam
D) mangkok.

19. Aku arek mboco buku la, ngaleh sitik usah ................. aku.

A) Metengi
D) Medangi
C) Ngerewangi
D) Ngeladeni

20. Mamat orak iso lungo iki bengi, seng wedo rak ............. de'e mentu omah.

A) kae
B) wesoh
C) ngeliwet
D) gelem.

KERTAS SOALAN TAMAT.

Thursday, September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger !

Assalamualaikum

Bersyukur kehadrat Ilahi diberi kesihatan pendengaran dan penglihatan yang sihat. Alhamdulillah...

Hari ini sebelum pukul 8 malam ini aku nak menyertai segmen daripada blogger Ben Ashaari. Aku ikut serta segmen ini sebab nak bagitau kat korang kenapa impian aku nak menjadi seorang blogger! Aku tak pernah kan bagitau kat korang..alang2 Ben Ashaari dah buat segmen nie,why not aku sertainya jugak kan..

Click banner untuk terus ke segmen


LATAR BELAKANG OWNER BLOGLAND INI

Secara ringkasnya, blogland ini diterajui oleh seorang hamba Allah yang bernama Siti Nurakma binti Khaieri..terima kasih mak!! Kalau terserempak dekat luar korang boleh panggil aku dengan nama suka hati korangla nak panggil whateverla..haha,akma ke ema ke cikma ( panggilan dalam fmly)akma sakura Argh!asalkan nanti korang tegur aku mesti menuju ke arah aku la ye..kalau tak mana aku nak sorokkan muka aku nie.haha,aku ada shembilan beradik & aku yang kelapan.Dalam shembilan tu yang belum kawin aku,kakak sorang & adik. Itupun raya haji nie adik dah nak bertunang. Tinggal la berdua..huhu,Yang lain semua dah lima enam orang anak dah. Darah 0 ikut arwah abah.Sekarang masih menuntut diUitm Ba(Hons) Office system management second year. Pertengahan 2015 habisla..

KELEBIHAN BLOG

Kelebihan blog ye..setiap blog ada kelebihannya masing-masing..secara jujurnya,blog akma nak kata banyak takdela banyak sangat kelebihan compare dengan kalian..my personal life, a lil bit tips yang aku nak share kat korang apa yang telah aku baca..tapi apa yang membuatkan blog aku nie patut sangatlah korang baca dan datang tiap2 hari..apa yang terkandung didalam blog ini entrynya akan membuatkan korang terasa rindu disini.cewahh!paling nyata kelebihannya ownernya berbakat melukis potret berpainting..korang boleh tengok dekat pages painting.

IMPIAN BILA JADI BLOGGER

Impian merangkap matlamat aku seorang blogger.

1) Personal life 

* Semua isi kandungan mengenai kehidupan aku disini sebagai diary..diary dimana semua orang boleh baca.haha..(nie bukan diary namanya!!)ok sebenarnya blog ini khas untuk anak2 ku yang akan datang. Insyaallah kalau Allah memberikanku umur yang panjang menemukanku jodoh sebelum tiba ajalnya biarlah mereka yang aku kasihi sayangi..family,kawan- kawan,anak- anak mengenali dan menyelami isi hatiku disini. 

2) Ilmu dunia akhirat

* Apa yang telah aku baca hasil daripada buku,majalah internet semua untuk kalian. Impian ku menjadi seorang blogger ingin menjadi penulis yang hasilnya dibanggakan. Menulis yang baik- baik..aku menulis bukan untuk mengejar dunia glamor tetapi aku menulis untuk mendidik dan melatih diriku dalam menyampaikan ilmu Allah dunia akhirat dengan penulisan tanpa menyinggung perasaan mana2 pihak. Samaada ilmu Allah itu dari segi tips,panduan dan sebagainya.

3) Berkenalan

* Impian ketiga,aku ingin meramaikan lagi kawan yang ada sekarang. Butang followers bukti kita sebagai kawan. Malaysia nie kecik je.elok sangatlah kalau kita saling berkenalan sesama Islam merapatkan silaturrahim..dah dapat pahala. Kalau ada yang rumah dekat-dekat kenduri bolehla datang tolong ke kan..seronok kan kalau ada kawan dimerata tempat. Ingin holiday didalam negeri, ada kawan boleh mintak tolong..rumah aku dekat sekinchan,Selangor ..so sesiapa yang ingin datang bolehla datang rumah.aku suka sangat kalau ada kawan2 datang rumah tido..tak payah cari homestay dah jimat duit kat situ kan.

Syukrann

#sayang sikit..^.- 













Wednesday, September 10, 2014

Present from my sis in law

Assalamualaikum

Bermulalah aku dengan semester baru dengan harapan ingin cepat-cepat menghabiskan belajar. haha apa azam la tu. Cepat2 habis belajar cepat kerja dan cepat kawin la kan. Ahaks termuntah mak kat rumah. Ok family aku dah bagi warning dekat aku."Ko jangan dok gatai gatai lagi kawin, tunggu kak jiha ko kawin baru ko kawin" Hah tak gitu WARNING yang amat superb dasyat kat aku. Mana tak dorang bagi warning., kakak aku dah hampir melangkau ke arah 30an..after she breakup with her boyfriend until now she don't have someone special..trauma la tuh...Kau kalau bff kau sendiri tikam belakang mana tak trauma..iye dak. Macam nak siat2 je..sabar bedah sabar....
Ok tak boleh cerita panjang2 nanti tersasar tajuk entry pulak..marah ciknok kat luar rumah tu hah..kiki

iklan jap

-----------------------------------------------------------------------------------------

























TADAA!!

Inila present yang aku nak ceritakan tu kat korang...



Thanks a lot to my sis in law Kak Rina bagi kite

Saturday, September 06, 2014

Inner Magic


GRAB NOW 2014!

INNER MAGIC PAISLEY

RM15/pcs
Free postage







INNER MAGIC STRIPEY

RM10/pcs
Free postage


Wassap/message : 019-4427357
@
Email: akmakhaieri@hotmail.com




Blouse Wudhu' & Nursing

GRAB NOW 2014!

EXCLUSIVE 4 ZIP
( Wudhu' & Nursing Friendly)
Sangat selesa dipakai

RM70/pcs
Free postage









Wassap/message : 019-4449082
@
Email  : akmakhaieri@hotmail.com

Baca lebih lanjut cara untuk membuat tempahan di CARA ORDER

Shawl Rosalinda

GRAB NOW 2014!

terbaru dari kami

RM40/pcs
free postage




















Wassap/message : 019-4449082
           @ 
email : akmakhaieri@hotmail.com


Baca lebih lanjut dengan lebih terperinci cara mahu membuat tempahan di CARA ORDER