Thursday, March 19, 2015

Virus Total di blog

Assalamualaikum

Akma nak mintak pertolongan pada korang semua boleh tak!!
Ada tak sesiapa tahu apa benda kat bawah nie eh? macam mana boleh jadi macam nie!!huwaaa!:'(
Akma tak tahu sangat bab2 virus nie..maksudnya blog akma dijangkiti virus ke eh?
Mintak tolong sesangat2 sape yang expert pasal benda alah nie.




Tuesday, March 17, 2015

100 benci sejuta yang sayang


Assalamualaikum



Facebook,instagram adalah salah satu laman sosial yang boleh sesiapa sahaja berkongsi apa sahaja yang dia mahukan samaada personal, perniagaan dan juga ilmu. Akma nak sentuh sedikit tentang personal dilaman sosial. Semua orang boleh post macam2 di facebook ataupun instagram mereka. 
 'ini facebook aku, suka hati akula aku nak letak gambar aku apa2 pun..ko tak suka ada aku kisah'
Yee..memang betul..ko buatla suka hati ko...TETAPI APA YANG AKMA NAK TEKANKAN DISINI ADALAH...khususnya pada kaum perempuan...apa yang akma dapat perhatikan..kenapa ye kaum hawa lebih suka menonjolkan diri mereka daripada lelaki. nak rasa diri tu dipuji?nak dapatkan LIKE yang banyak? nak dapatkan KOMEN yang banyak? akhirnya dibawah tanah apa yang kita dapat...
Kita nak post apa sekalipun boleh..tapi kenala tau batas2..ini hanyalah pendapat akma ye..tak taulah pendapat yang lain2 macam mana..iyela setiap orang pendapat berbeza2 semua tak sama dan ada juga tidak persefahaman..SESETENGAH ORANG..tidak suka notifications dilaman sosialnya penuh dengan notifications orang yang sama..maksud akma disini..hampir setiap hari orang tu post setiap aktiviti dia. Sesetengah orang akan berasa menjengkelkan..iyela..hampir setiap hari nak bagitau semua orang apa yang dia makan..apa yang dibuat..iye..itu hak masing2..tetapi tidakkah korang terfikir contohnya korang post makanan sedap apa yang korang makan pada waktu itu dan ada yang tidak berkemampuan ataupun kelaparan melihatnya..tidakkah terguris hati mereka..kan baiknya sekiranya apa yang anda post itu besertakan resipi ke..cewahh!ataupun berkongsi maklumat ke.. Janganlah awak post setiap hari..post kadang2 bolehla...dalam sebulan sekali or 2kali pun dah ok kan just nak bagitau apa perkembangan kita pada kawan2. 


Apa yang akma nak luahkan disini..adalah kawan akma nie terasa hati pulak dengan apa yang akma cakapkan tentang facebook.  Mungkin dia salah faham isi tersirat yang ingin akma sampaikan sehinggakan meluahkan ketidakpuas hatinya kedalam facebook. Akma hanya melihat sahaja dan taknak lah komen apa2. Karang bergaduh pulak. Apa yang akma lakukan akma dah pun meminta maaf..sekiranya setiap perkataan ada yang terasa. Kita sebagai manusia biasa tidak terlepas melakukan kesalahan. Akma nak mengucapkan terima kasih banyak2 juga yang membenci akma..kerana anda siapalah diri ini. alamak ayat aku..hehe, Ok serius ok. Akma mintak maaf kepada kawan akma yang telah membenci akma..mintak maaf dari hujung rambut hingga kehujung kaki sekiranya sepanjang perkenalan kita selama ini dari sekolah hinggalah sekarang walaupun kita tidaklah serapat mana..akma ada banyak melakukan kesilapan tanpa kita sedari..ada mengguris perasaan secara tidak langsung. Aku adalah manusia yang serba kekurangan..
Mintak maaf sekiranya setiap perkataan itu ada yang terasa hati..ikhlas dalam hati ini, tidak ada langsung ingin menyakiti hati sesiapa...itu hanyalah pendapat semata2 bukanlah untuk ditujukan pada sesiapa pun. Sekiranya individu itu ada terasa..diri yang kerdil ini ingin mintak maaf sekali lagi..

Janganlah menangisi seratus orang yang membenci kita kerana terdapat sejuta orang yang menyanyangi kita dan sehingga sekarang masih ramai yang menyanyangi akma..merekalah pendorong akma untuk terus bergerak kehadapan..pedulikan mereka yang tidak suka akan diri kita..untuk menyenangi hati seorang bukannya senang apatah lagi semua orang kan....

^o^ terimakasih kerna sudi meluangkan sedikit masa baca entry luahan akma nie




Saturday, March 14, 2015

Nuffnang’s 8th Birthday!


Happy Birthday to you!
Happy Birthday to you!
Happy Birthday to Nuffnang!
Happy Birthday to you!

Dah 8 tahun umur Mr.Nuffnang nie ye..^_^
Semoga crew2 yang bekerja diNuffnang berjaya & banyak2an lah bagi iklan dekat saya ye hewhewhew
Bloggerians dijemput bersama2 meraikan birthday dan banyak sangat event2 menarik disana taw!
Cepat Save the Date ok Bloggers!


Date: 21st March 2015

Time: 10am - 2pm


Dress Code: The classic 1960s' Look



Perkhidmatan pemasaran produk secara percuma







REVIEW PRODUK/PERKHIDMATAN  adalah salah satu cabang bagi peniaga-peniaga yang ingin memperkenalkan perniagaan mereka kepada masyarakat. Bagi peniaga yang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, ini adalah satu peluang yang sangat besar didalam permulaan mereka untuk berjaya dalam bidang ini. Disini, Saya ingin membuka peluang yang sangat besar kepada sesiapa sahaja yang ingin memasarkan produk mereka, saya akan membantu peniaga secara percuma dalam memasarkan perniagaan mereka diseluruh Malaysia. Paling bestnya, saya tidak akan mengenakan caj tambahan sedikit pun kepada peniaga kerana saya sendiri ingin membantu peniaga melayu berjaya dengan perniagaan yang anda lakukan sekaligus dapat meningkatkan ekonomi negara kita. Saya juga baru berjinak2 dalam bidang pemasaran. Walaupun tidak banyak yang boleh saya bantu, saya akan cuba buat yang terbaik dalam penulisan. Ikhlas saya katakan, saya tidaklah sehebat blogger yang sudah ramai meminta perkhidmatan penulisan mereka dalam mempromosikan perniagaan mereka, tetapi dengan membuat advertorial ini serba sedikit dapat meningkatkan kualiti penulisan saya.


Jadi, bagi sesiapa yang ingin produknya di'REVIEW' oleh akma secara percuma amat dialu-alukan menghubungi akma di :

 

Kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi dari REVIEW PRODUK/PERKHIDMATAN ini :

1) Pembaca akan berasa lebih berkeyakinan dan teruja untuk membeli produk yang dijual.

2) Semua maklumat terhadap produk yang ingin mereka ketahui dapat disampaikan dengan baik secara langsung dapat bertukar-tukar pendapat terhadap produk/perkhidmatan tersebut. 

3) Pengunjung akan sentiasa melawat page perniagaan sekaligus dapat meningkatkan bilangan pelawat page.

4) Dapat mengeratkan silaturrahim antara pembeli dan penjual.


Nota Penting:

I- Saya tidak akan mengambil mereka yang tidak jujur dengan perniagaan yang mereka lakukan kerana keberkatan penulisan itu untuk saya sangat penting bagi pembaca2 blog ini.

II- Produk kecantikan dan seumpamanya diperlukan ini bertujuan penulis dapat menulis dari hasil dan kebaikan produk tersebut. Tapi saya tidaklah memaksa untuk diberikan. ^_^











Monday, March 09, 2015

5 March 2015

Assalamualaikum

5 March 2015 
Tarikh dimana perginya mak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah
Semua anak-anak mak ikut pergi menghantar keLapangan Terbang KLIA 2 kecuali kakak no 3 tidak dapat menghantar kerana baru beberapa hari bersalin 
Alhamdulillah..
kerana berkat doa mak untuk melihat cucunyer sebelum pergi umrah telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T
Kakak bersalin lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan
Kakak telah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat
mendengarkan khabar berita ini mak cukup gembira kerna akhirnya mak dapat juga melihat cucunyer sebelum berangkat ke Tanah Suci
2 hari mak dapat menimang
aku pun cukup senang bila mak gembira





akma sama tinggi je dengan mak..^o^
Kawan-kawan sekolah bila jumpa mesti cakap 'ma, aku tengok ko dari dulu macam nie aje tak gemuk2 still maintain je' haha memang inila soalan dorang bila lama tak jumpa..nak tengok aku berubah tunggu aku kawin dulula...hewhewhew..^^
tengokla mak..genetik mak..haha
lepas maghrib terus kami semua bertolak
Tunggu mak sampaila pukul 12, flight mak pukul 2 tapi mak masuk pukul 12 bersama pakcik adik mak




aku harap mak sentiasa sihat sepanjang menunaikan umrah 
jangan sakit2 ye mak
Doakan anak-anak mak disini, doakan seluruh umat islam 
terima kasih abah kerna mengahwini mak dan setia sampai kehujung nyawa 
kami sentiasa merinduimu



Maaf untuk segalanya




Assalamualaikum

Lama aku tidak mencoretkan sesuatu didalam buku ini
Sudah pasti aku merinduinya meluahkan isi hati yang terpendam, menceritakan perjalanan hidupku, berkongsi ilmu-ilmu untuk tatapan pembaca-pembaca yang masih setia menunggu kisah-kisahku
Tetapi masih adakah?
Sekiranya ada aku amat merindukan kalian
Maaf ditika kalinya aku lama menyepikan diri kerna diri ini begitu sibuk dalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang masih menuntut lebih-lebih lagi ini adalah semester terakhir ku
Aku bukanlah penulis yang baik dari segi penulisannya tetapi aku belajar untuk menjadi penulis yang baik untuk pembaca-pembaca buku ini
Lupakan penulisan aku dahulu yang bahasanya penuh dengan kesilapan
Aku ingin membuka buku baru dengan memperbaiki setiap kata-kata didalamnya
InsyaAllah..aku akan cuba untuk lebih meluangkan masa menulis disini
Pintaku...doakanlah kejayaan aku didunia ini mahupun diakhirat
Aku juga sentiasa mendoakan kalian dipermudahkan setiap urusan oleh Allah S.W.T

Maaf untuk segalanya
Terimakasih untuk segalanya