Wednesday, April 29, 2015

sakit lutut

Assalamualaikum

Punca2 sakit lutut

1) Serpihan tulang (Bone chips)
- Semasa berlaku kemalangan disebabkan terjatuh atau terkena impak kuat daripada pelanggaran, struktur tulang ini boleh pecah dan berkecai. Serpihan ini boleh terperangkap diantara ruang sendi dan menyebabkan rasa sakit dan bengkak.

2) Bursitis
- Bengkak yang berlaku pada selaput yang mengandungi lendir pelincir sendi. Rasa sakit ini berlaku disebabkan kesan yang dialami oleh lutut daripada terjatuh atau lutut terlalu kerap digunakan.

3) Iliotibial Band Syndrome
- Iliotibial adalah sekeping tisu kukuh yang terdapat dari pinggul anda ke betis. Jika ia terlalu letih disebabkan terlebih digunakan atau masalah-masalah lain, ia boleh menjadi bengkak dan menyebabkan sakit di sebelah luar sisi lutut.

4) Kepala lutut beralih kedudukan
- Ia berlaku apabila kepada lutut beralih sedikit daripada kedudukan asal, ia menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Salan satu puncanya adalah kemalangan semasa bersukan atau berkerja.

5) Medial Plica Syndrome
- Plica adalah lipatan tisu pada sendi lutut. Apabila ia terlalu kefap digunakan, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Biasa berlaku pada bahagian lutut sebelah sisi dalam.

6) Patellar Tendonitis
- Sakit pada bahagian tendon. Tendon adalah pengikat yang kuat antara tulang dan otot. Aktiviti fizikal yang berlebihan boleh menyebabkan tendon mengalami radang dan bengkak.

7) Osteoarthritis
- Biasa berlaku kepada mereka yang berusia 50 tahun keatas akibat selaput pelincir habis, haus dan tidak diganti semula oleh badan secara semulajadi. Ia adalah salah satu tanda proses penuaan.

8) Osgood/ Schlatter Disease
- Ia adalah benjolan yang sangat sakit tumbuh dibawah lutut, dimana tendon menghubungkan kepala lutut kepada tulang betis/kering. Rasa sakit sering pergi dan kembali mengikut masa. Ia biasanya berlaku kepada remaja lelaki dan perempuan yang berusia antara 13 dan 14 tahun.

CARA MENGURANGKAN SAKIT LUTUT


* Rehatkan lutut dan elakkan aktiviti yang terlalu ekstrem

* Gunakan ais iaitu letak pada bahagian yang bengkak. Lakukan selama 20-30 minit sehingga bengkak hilang

* Sokong lutut - balut lutut dengan bandage atau strap mampu mengurangkan sakit dan memberi sokongan kepada lutut

* Tinggikan lutut, semasa anda duduk atau baring letak bantal pada bawah kaki supaya bengkak berkurangan

* Pinkiller - makan pil tahan sakit untuk sakit yang tidak boleh dikawal lagi

* Senaman - Lakukan latihan renggangan ringan untuk mencergaskan otot dan lutut

* Makanan - Amalkan makanan tambahan yang mampu membekalkan nutrien kepada tulang dan lutut. contohnya Habbatus Sauda, Kalsium dan sebagainya.

Ubat mengurangkan sakit lutut,

 UBAT PRO KAS adalah  ubat terbaru dalam menyelesaikan sakit lutut dan pinggang anda. 

Solatlah anda sebelum anda disapu dengan minyak ini


                           pro kas


sakit lutut


BAHAN2 YANG TERKANDUNG DALAM UBAT PRO KAS INI ADALAH:


Lidah buaya

Jus lidah buaya dan gel adalah pusat kekuatan antioksidan, bekerja sebagai stimulatior pertumbuhan sel dan memiliki bekas luka dan sifat inhibator nyeri. Mereka kaya vitamin dan mineral berikut:


- Kalsium
- Sodium
- Besi
- Kalium
- Manggan
- Seng
- Asam folat
- Vitamin A,B1,B2,B6,C,E
- Asam amino

Vitamin C buah delima
- Vitamin ini sebagai penurun risiko arthiritis dan baik untuk tulang

Kacang Soya
- Reader's Digest,sebuah riset telah dilakukan oleh Oklahoma State University. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur. Ia juga kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron dan phosphorous dan kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.

Dmso
- Dmso adalah pembawa vitamin-vitamin/ bahan-bahan pro kas masuk ke dalam anggota badan dengan menggunakan teknologi nano dengan membetulkan DNA tanpa perlu melakukan pembedahan.

* SEKIRANYA ANDA MENGALAMI SAKIT LUTUT YANG TERUK, GUNALAH UBAT PRO KAS DALAM MENGHILANGKAN SAKIT LUTUT ANDA. UBAT INI DIJAMIN BERKESAN DALAM MEMBANTU MASALAH SAKIT LUTUT ANDA! DENGAN KHASIAT YANG TERKANDUNG, PRO KAS ADALAH JALAN TERBAIK UNTUK MENGEMBALIKAN SAKIT YANG TELAH DIALAMI DAN KEMBALI SIHAT!




Berita gembira!

Sempena pelancaran produk sulung PRO KAS, pihak mereka akan menjalankan satu pertandingan yang mana akan melibatkan anda yang sedang membaca yang mempunyai laman web atau blog. Syarat-syaratnya sangat mudah untuk anda sertai pertandingan ini.

Untuk Maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan ini

Sila Layari Laman Web

www.prokas.my













Tuesday, April 28, 2015

Tips percutian 3 hari 2 malam diBandung,Indonesia


Assalamualaikum 
Holla readers ^o^
PART I

Nak cakap pasal tips sebenarnya ramai dah kan blogger2 diluar sana sudah menulis dan semua orang biasanya dah tau tips2 ni..baca blog semua tips sama sahaja..tak ubah macam nak buat nasi lemak la..bahan2nya semua sama je..bahan utama nasi kena letak santan, kalau tak letak takdela namanya nasi lemak..nasi tak lemak itu namanya..jangan kaw berlemak letak air supla kononnya nak menggantikan santan..kalau susu bolehla..pastula ada timun, kekacang, telur rebus, ikan bilis..macam la nak pergi travel kan..bahan paling utama pasport..takde pasport nie memangla tak jadi travel kaw tuh..lepas tu tukaran matawang asing, bahan terlarang tak boleh, baju secukupnya. 

Sebenarnya akma ingin berkongsi first experience akma travel..tajuk tu yo2 o jew..hahaha, biarlah korang kan dah banyak travel kan..bagi akma pulak nak berkongsi ..hewhew ^o^

***************


Dari Malaysia flight pukul 9 pagi. Sebelum pintu dibuka kami berselfish la kejap kan..haha, penyakit akma kalau pergi mana2 jer mesti perut ni buat hal..nak itula nak inila..tak kisahla tempat tu jauh 2jam dari rumah pun dia boleh buat hal. Family dah kenal sangat dah..hahaha ngade2 gedik je lebih perut nie..masuk toilet bukannya nak keluar pun..buat semak sakit perut aku je..



TIPS 1: Bawa baju sehelai sahaja untuk menjimatkan ruang bag.

Tiba diBandung dalam pukul 11. Perjalanan Malaysia ke Tanah Bandung mengambil masa dalam 2 jam. Tak lama pun kan..duduk dalam flight baru nak pejam dah sampai..ok tu tipu. Inila mak shayang muah2 akma!^o^ Orang cakap Bandung adalah syurga shopping murah2 bagi rakyat Malaysia kan. Jadinya akma kesini dengan bag kosong ajelah..pakaian akma bawak 2helai aje..yang lain2 beli dekat Pasar Baru nanti.  sebab aku dah tau dah nanti balik kompom pom 10 20 kilo ko bantai kan..itu baru personal kan belum lagi dengan tempahan sedare mare semua..Ok noted korang tips pertama kalau tujuannya nak bershopping kesini jangan bawak baju banyak2 setakat selai dua lai udahla ye memberatkan bag aje.

TIPS 2: Pastikan supir ada menunggu untuk menyambut kedatangan korang.

Sampai sahaja dipintu airport ternampakla pak supir pak supir yang korang janji tuh menunggu korang. Korang tak perlu risau dah dekat situ. kitorang pak supirnya enggak ada..jadinya kenala tunggu dalam 15 minit pak supir datang ambil kami. Datang2 bukan pak supir ya..mas supir lagi ganteng..melompat kegirangan dapat mas supir ganteng..ok aku nie gatal pulak.haha ok noted korang tips kedua pastikan pak supir korang ada menunggu korang so korang takdela menggelabah beruk dekat situ.^o^




TIPS 3: Cari hotel murah bagi menjimatkan duit korang nak berbelanja nanti.

We stayed at Grand Tulip Hotel. Hotel nie baru sahaja dibuka, very comfortable. Family room. rehat2 makan kejap sebelum janji dengan supir keluar pukul 1.30.. Sebenarnya my sister selaku travel planner bercadang ingin menginap di Zodiac Hotel tapi disebabkan kitorang pergi nie kena pulak hari Asian African Conference..jalan dihadapan Zodiac Hotel akan ditutup, takutnya kami tak boleh keluar pulak esok. Menangisla kaw ramai2 dekat dalam bilik. Nasib memang tak buat apa2 pembayaran. Jadinya kami menginap diGrand Tulip Hotel murah pun murah dari Zodiac mahal sikit cuma hotelnya dekat dengan Pasar Barula nak shopping boleh jalan kaki. Nak murah pergi ke Grand Tulip Hotel. Ok noted tips ketiga nak jimat bayar hotel carila hotel murah2 ye.

*******************

Esoknya hari kedua pukul 9.30 kami janji dengan mas henry (nama mas supir kami) nak ke kawah putih. Jauh jugak dari bandar Bandung nak ke kawah putih dalam 2 jam jugakla. ingatkan 1 jam je. Sepanjang perjalanan tak ubah macam ke Cameron berliku2 tapi kiri kanan perkampungan. Seronok sangat tengok kawasan perkampungan mereka sambil menikmati keindahan Allah S.W.T. memang cantik, dengan padi humanya. Dulu belajar sejarah teringin nak tengok padi huma depan2 sekarang da dapat. Bukan setakat padi huma sahaja, pokok bawang, pokok strawberry..





Sepanjang perjalanan memang amat meletihkan dalam kereta.Sampai pintu gerbang Welcome to Kawah Putih ingatkan betul2 dah sampai rupanya jauh lagi naik keatas. .selalunya perjalanan pergi memang lama kan tapi balik rasa sekejap sahaja sampai..


Dulu tengok cerita My Heart, kot..aku tak ingatla..dorang berlakon dekat sini teringin nak pergi..tak sangka pulak tempat yang dorang berlakon nie dekat Indonesia.Tempatnya memang sejuk sangat..ingatkan sejuk2 biasa rupanya memang sejuk betul macam duduk dalam peti ais. Tengok dalam gambar memang nampak tak sejuk berasap je. tapi yo2 o je tu cover nak tangkap gambar mestila kena tahan kejap sejuknya..mak aku sekejap jer dekat kawah putih nie sebab tak tahan sejuk. Habis tangkap gambar mak terus naik atas duduk dalam kereta. nasib ada mas henry temankan..




TIPS 4: Pastikan korang pakai baju tebal dan mask ke kawah putih.

Pergi ke kawah putih nie kena pakai mask sebabnya bau belerang dari danau nie sangat kuat. Bahaya pada mereka yang mengalami asma. Kita yang orang biasa nie pun tak tahan baunya, apatah lagi makcik pakcik.  Alhamdulillah mak takda apa2 cuma tak tahan sejuk ajela..noted tips kesini pastikan korang pakai baju tebal setebalnya dan bawak mask siap. bagi mereka yang ada penyakit seperti asma dan sewaktu dengannya pastikan bawa ubat siap2 atau first aid .


Ini namanya Goa Belanda.Sudah tertera diatas pintu gua tidak dibenarkan pandang lama2 digua nie merbahaya. Sebabnya aku tak tahula..kalau ada penjaga gua nie bolehla kita bertanya kan sebab dan musabnya, nie takde tak boleh nak bagitau. Senang cite kau janganla buat naya tengok lama2 karang ada benda yang keluar den tak jamin..haha, sudah sedia maklum tempat nie sememangnya keras..jadinya makhluk2 dialam lain juga menjadi penghuni tempat ini. ditempat orang nie kita tak bolehla terlalu berseronok sangat kenala selalu beringat. ingat tuh...


Aku terfikir jugak ada tak ye orang pernah lemas dekat dalam danau nie. Manala tau kot2 tengah syok2 berselfish ke berphotoshoot ke dorang jatuh dekat danau nie. Haish seram jugak aku memikirkan. 

                                     



Balik dari kawah putih bolehla membeli sedikit souvenir untuk kawan2.


continue part II yaa.. ^o^





Saturday, April 11, 2015

Bunga Azan diAzerbaijan berkembang ketika azan dilaungkan




Assalamualaikum & salam sejahtera

Azan adalah satu seruan kepada seluruh umat islam didunia supaya melaksanakan ibadat kepada pencipta yang satu Allah S.W.T dalam menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Semua makhluk dimuka bumi ini samaada diangkasa mahupun didasar lautan akan berzikir kepada Allah S.W.T. Tetapi pernahkah kita melihat satu keajaiban dimana ciptaan Allah ketika azan dilaungkan akan menunjukkan laungan azan itu adalah suatu lagu yang sangat merdu didengari .


Keajaiban ini benar-benar berlaku di Azerbaijan. BUNGA AZAN ini akan berkembang ketika azan dilaungkan dan akan kemuncup kembali ketika azan berhenti. MASYAALLAH! betapa besarnya kuasa Pencipta kita Allah S.W.T. Tiada Tuhan Selain Allah Yang Maha Mencipta apa sahaja Yang Dikehendaki. Ini adalah salah satu kekuasaan Allah S.W.T. Bunga ini menjadi carian tertinggi dilaman siber ketika ini apabila TV CNN telah  mengesahkan kebenaran ini dengan menghantar team mereka membuat liputan tentang keajaibannya.

Mari kita tengok betapa cantiknya bunga Azan ini berkembang.






Monday, April 06, 2015

Senarai keputusan pemenang ABPH 2014


kredit to engkumuzahadin

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG ABPH 2014!
Semoga dengan kemenangan ini mereka akan terus maju dalam bidang yang diceburi
jom kita tengok keputusan penuh pemenang2 ABPH 2014

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR
SHAHEIZY SAM
Gaya Selebriti Di Karpet Merah ABPBH 2014 - ROTIKAYA20150405_2288

Artis Baharu Lelaki Popular 
Hafreez Adam


Artis Komedi Wanita Popular 
Didie Alias


Artis Duo/Berkumpulan Popular
Akim &The Majistret



Pengacara TV Lelaki Popular
Datuk Aznil Nawawi


Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana


Pelakon TV Lelaki Popular
Shah Iskandar

Artis Baharu Wanita Popular
Ayda Jebat


Penyampai Radio Lelaki Popular
Johan


Pengacara TV Wanita Popular
Neelofa


Pelakon TV Wanita Popular
Nad Zainal


Artis Komedi Lelaki Popular
Abam



Penyanyi Wanita Popular
Adira



Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam


Penyanyi Lelaki Popular
Akim


Pelakon Filem Wanita Popular
Siti Saleha




KATEGORI ONLINE

Personaliti Popular
Faiz Dickie


Gandingan Serasi
Zul Ariffin & Ayda Jebat


Artis Lelaki Stailo
Zul Ariffin

Pasangan Selebriti Romantis
Scha Alyahya &Awal Ashari


Artis Paling Kontroversi
Sharnaaz Ahmad


Artis Wanita Stylo
Siti Nurhaliza

Saturday, April 04, 2015

Kesan buruk produk kecantikan Hidrokuinon terhadap kulit




Sudah menjadi lumrah setiap wanita ingin kelihatan cantik. Ada yang menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli produk kecantikan yang memberikan kesan yang cepat semata-mata untuk menjadikan kulit lebih putih, berseri dan licin seawal 3 hari penggunaanya. TETAPI mengikut penilitian saya sendiri terhadap kaum wanita ini, mereka tidak tahu dengan lebih mendalam bahan-bahan yang terkandung didalam sesuatu produk tersebut. Oleh kerana terlalu obses untuk menjadi cantik dan putih, segelintir wanita tidak mempedulikan kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya mereka berhenti menggunakan produk tersebut.

Disini saya ingin memberikan sedikit informasi berkenaan salah satu bahan yang bagi saya bahaya untuk kulit wajah kita yang telah banyak diletakkan didalam produk kecantikan sekarang. Saya bukanlah pakar kulit dan bukanlah pelajar medical tetapi dengan bahan bacaan yang saya dapat patutlah saya mengwar2kan kepada pembaca semua.

 HIDROKUINON  adalah bahan yang sangat popular didalam produk kecantikan dalam memutihkan kulit. Menyedari tentang bahayanya kepada pengguna, Kementerian Kesihatan telah menarik balik semua krim pembersih dan pemutih muka yang mengandungi hidrokuinon yang tidak berdaftar daripada pasaran negara ini. Ini berikutan beberapa aduan daripada orang ramai bahawa mereka mengalami radang kulit dan kesan terbakar selepas menggunakan beberapa jenama pembersih dan pencuci muka. Hasil daripada siasatan mendapati krim tersebut mengandungi hidrokuinon pada kepekatan yang tinggi dan ia dijual tanpa kelulusan dan pengawasan daripada doktor perubatan. Sekiranya tindakan tidak diambil, sudah tentu barangan tersebut dijual secara berleluasa kepada pengguna. Kebanyakan bahan aktif seperti hidrokuinon, merkuri, raksa, asid askorbik dan peroksida digunakan secara terhad sahaja. Krim yang mengandungi hidrokuinon memang amat berkesan dalam menghilangkan tompokan hitam dan menjadikan kulit lebih cerah TETAPI sekiranya bahan tersebut diletakkan secara kepekatan yang tinggi, bahan tersebut menjadi racun kepada kulit. Senang jer untuk mengenalpasti krim yang mengandungi bahan berbahaya ini, bila kita guna..kesan seawal boleh nampak selama 3hari sahaja ataupun sangat singkat. Memang setiap wanita menginginkan kesan yang sangat cepat tetapi fikirlah bahayanya kepada kulit kita pada jangka masa yang panjang dimana pabila kita sudah meningkat usia tua nanti. Biarlah lambat asalkan tidak menjejaskan kesihatan kepada kita.

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan  produk yang mengandungi bahan kimia hidrokuinon patut dielakkan, merkuri dan seumpamanya kerana risikonya sebagai penyebab kanser. Hidrokuinon bertindak aktif menghalang aktiviti enzim tyrosinase yang bertindak dalam pembentukan melanin iaitu zat pigmen dan menyebabkan kulit menjadi gelap dan kesan noda2. Padahal melanin berfungsi sebagai pelindung kulilt daripada sinar UV dan menghindarkan kita dari kanser kulut. Hidrokuinon ialah racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih kulit. Penggunaan hidrokuinon sangat berkesan dalam mencerahkan kulit manakala parut dan jeragat juga pulih sama sekali dengan cepat. Namun tahukah sebenarnya perubahan secepat itu terjadi akibat hakisan. Kesan pemutihan ini tidak akan kekal lama dan kembali kepada warna asal jika mereka menghentikan penggunaannya. Jadi untuk terus kekal kelihatan putih, pengguna terpaksa menggunakan produk yang berhidrokuinon dengan dos yang lebih tinggi.

Jika lapisan kulit epidermis kita telah rosak, kulit kita sudah tidak mengandungi protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kesan radiasi panas matahari. Akibatnya, pengguna produk pemutihan tidak boleh terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Kesan buruk pada kulit seperti ruam kemerahan akan mula kelihatan. Dalam penggunaan krim pemutih kulit yang mengandungi hidrokuinon, kesan sampingan hidrokuinon adalah sedikit sahaja jika digunakan pada kepekatan yang rendah tetapi kesan kulit terbakar boleh berlaku jika krim tersebut digunakan pada kepekatan yang tinggi. Sekiranya digunakan dalam tempoh masa yang panjang digabungkan pula dengan pendedahan kepada cahaya matahari ia boleh mengakibatkan penghasilan tompokan dan bonjokan kekuningan pada kulit yang juga dikenali sebagai okronosis. Kerosakan ini akan berkekalan pada kulit kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk mengembalikan semula proses ini.

Hidrokuinon bukan sahaja berbahaya jika digunakan pada kulit malahan jika termakan ia boleh menyebabkan keracunan yang serius. Sekiranya termakan dalam jumlah 5 hingga 15 gram, bahan tersebut boleh mengakibatkan gelugut dan kerosakan sel darah merah. Sebagai peringatan kepada saya juga kepada semua..sebelum menggunakan sesuatu produk kecantikan baca dahulu isi kandungan dan kalau boleh research dahulu bahan2 itu daripada apa sebab kadang kala kita mudah terpengaruh dengan pelbagai produk kecantikan yang berlambak2 dipasaran yang menawarkan kesan yang cepat.







Hasil bacaan : USM hidrokuinon & Zarraspecialist