Friday, May 15, 2015

Tanda-tanda anda memang giler selfie

Assalamualaikum


Korang mungkin sedang gelak tersenyum pada diri sendiri atau sedang mentertawakan rakan disebelah korang tidak pun sedang berfikir siapakah dikalangan ahli keluarga korang ada sifat suka ber'selfie' ini. Dengan teknologi yang serba canggih kini, tidak kira lelaki ataupun perempuan, ber'selfie' adalah suatu perkara wajib yang mesti dibuat sebelum, semasa atau selepas melakukan sesuatu aktiviti yang korang lakukan ketika itu. Semua orang suka ber'selfie' bezanya kekerapan korang melakukan ataupun tidak sahaja.

1) Dimana sahaja

* Korang sedar tak, setiap kali korang pergi tidak kiralah dalam tandas ke, luar tandas, tepi kubur ke duduk tunggu bas ke dalam kereta dan dimana sahaja korang pergi..mesti korang secara automatiknya akan bergambar kan. aku ke..haha, dia bukan apa taw..sebenarnya dia akan terjadi pabila seseorang itu ada keinginan yang tinggi untuk memberitahu pada semua orang bahawasanya yang dia sekarang berada disini dan sedang membuat apa. betul tak cakap aku.

2) Berasa cantik/tampan

* Ok ini memang. Khususnya kepada individu2 yang berasa dirinya sangatlah cantik ataupun tampan pada hari itu..'ok ini memang kena ber'selfie'. Semua orang tidak akan berselfie sekiranya dirinya selekah betul tak. 'Hello..aku kalau nak berselfie kenalah tunjukkan pada orang ramai yang aku nie cantik didalam gambar..tolonglah aku nak bergambar dengan muka tak mekaplah rambut serabai mabai.' haha korang la tu ye ( aku pun sama ok baii)haha
Setiap kali kita tengok gambar2 orang yang berselfie nie mesti cantik kan. kalau perempuan tu hah hambik kaw langsung muka bersih berseri-seri cantik licin halus mulus bukan main.lepas tu senyum buat muka kiut miut miaww...lelaki suke la tuh..-o- kadang tuh nak keluar pergi kedai depan pun nak bermekap kemudian peace selfie! ok tak dinafikan korang memang cantik...

3) Application

* Dekat dalam telefon bimbit mesti ada application yang power yang boleh mencantikkan gambar yang boleh menghilangkan segala kecacatan2 yang ada dan excited giler setiap kali menggunakannya. Post gambar dilaman sosial dan ramai giler yang memberikan feedback yang positif 'wahh!cantik giler kaw!!', 'sejak dah habis sekolah nie makin cantikla kawan kita nie','hang pakai produk apa muka licin...kongsila sikit ..'. Segala pujian-pujian keatas diri korang, secara automatiknya korang akan kerap untuk meng'publish' muka sendiri dengan pelbagai aksi muka.haha,padahal dorang tak tahu itu semua application sahaja.hahaha

4) Telefon baru + camera cantik

* Haha sekarang apa yang aku perasanlah kan..ramai giler dah kan yang pakai iPhone..lebih-lebih sekarang nie ada iPhone clon ramai giler dah lah yang boleh memilikinya. Kalau dulu iPhone ini hanya untuk orang2 kaya sahaja yang mampu membelinya tetapi kini sejak ada clon nie tidak kiralah kau kaya ke tak sapa sahaja boleh membelinya dengan harga yang murah tambah pulak kameranya memang cantik...lagila..sikit2 bergambarlah kamu..tapi aku bukan nak cakap iPhone sahaja..sesiapa sahaja yang membeli telefon baru secara tidak langsung keluar sahaja dari kedai telefon tu ok selfie!. haha, sehari tu tak cukup tangan nak kira berapa kali dah berselfie.


 ok daa..ini berdasarkan apa yang aku rasa la ok guys

belanja sikit pic akma bersama tuuuuuuttt ^o^

 Berselfie kejap dekat putrajaya bersama my future husband aka my imam. ^o^, selama aku berblog nie..inilah first entry aku mengpublish muka dia..hahaha. Nie la salah satu kenapa aku tak suka ber'selfie'.. mesti ada cacatnya dekat gambar tu. hilang sebelah muka la..hilang separuh kepala la..hilang separuh badan da..inipun berapa kali da capture..

ok c u next entry







Wednesday, May 13, 2015

Asal usul sambutan Hari Ibu

Assalamualaikum

Surah al-Isra': 23-25

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

Ayat di atas menunjukkan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya iaitu mendoakan kesejahteraan mereka, berbuat baik, memberi bantuan yang sewajarnya sebagai mengenang dan membalas jasa ibu bapa atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai.

PENCIPTA HARI IBU SEBENARNYA BUKANLAH SEORANG IBU



Anna Marie Jarvis dilahirkan pada May 1,1864. Webster, West Virginia. Beliau adalah pencipta Hari Ibu dari West Virginia yang sering berjuang untuk isu berkaitan golongan ibu, dikatakan tidak mempunyai zuriat. Bagaimanapun, ibunya Ann Reeves Jarvis mempunyai 13 anak. Ann Reeves merupakan pengasas Kelab Kerja Hari Ibu, yang membawa golongan ibu2 untuk bersama - sama menyuarakan isu semasa kepada masyarakat.
Semasa kerjayanya dengan kelab ini, Ann Reeves menyumbangkan idea untuk meraikan hari ibu dan mengumumkan cuti umum sempena sambutan Hari Ibu di Amerika Syarikat. Semasa kerjayanya dengan kelab ini, Ann REeves menyumbang idea untuk meraikan hari ibu dan mengumumkan cuti umum sempena sambutan Hari Ibu di Amerika Syarikat.

3 tahun selepas ibu Anna Marie Jarvis ini meninggal dunia, beliau menganjurkan majlis untuk menghormati ibunya diatas pengorbanan dan kesusahan ibunya dan semua golongan ibu dari seluruh dunia. Beliau mahu semua pergi kegereja dan semua anak2 menulis sebuah nota penghargaan kepada ibu masing2. Dalam tahun 1920s, Anna Marie tidak gemar dengan komersialisasi sambutan Hari Ibu termasuk kad ucapan dan industri bunga yang menghilangkan mesej asal cuti ini.

Menurut buku Malcolm Forbes yang berjudul 'Women Who Made a Difference', Anna Marie berkata: "Kad dicetak tidak membawa sebarang maksud kecuali anda terlalu malas untuk menulis kepada wanita yang telah menjagamu sejak anda dilahirkan." Ini bermaksud beliau tidak suka apabila kad2 ucapan sempena hari ibu dijual dan bukan nya dibuat/ditulis sendiri oleh anak dan secara tidak langsung menghilangkan motif sebenar sambutan hari ibu tersebut.

Walaupun tarikh 10 Mei mengingati usaha Ann Reeves sempena Hari Ibu, Presiden Amerika Syarikat ke-28,Woodrow Wilson  kemudian memutuskan dan menukarkan tarikh bahawa Hari Ibu harus jatuh pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun tanpa mengambil kira tarikhnya.

______________________________________________________________________

Berkenaan dengan sambutan Hari Ibu dan hari bapa saya berpendapat perkara ini lebih kepada istilah sahaja semata-mata. sedangkan hakikat perayaan dalam Islam adalah hari raya aidilfitri, hari raya haji. Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu sahaja sedangkan dalam islam ibu bapa wajib dihormati setiap masa. Bagi pendapat akma, sambutan hari ibu bukanlah apa yang dicakapkan seperti sambutan ibu gereja kristian. Apa yang dituliskan diatas, Anna Marie menyambut hari ibu sempena menghormati pengorbanan ibunya kepada dirinya dengan menulis nota ikhlas dari hati dan mereka mewujudkan satu tarikh untuk sambutan ini bagi menghormati ibu dan bapa mereka.

Sedangkan bagi orang islam, anjuran supaya menghormati dan memuliakan ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi S.A.W tanpa terikat dengan masa dan tempat. Bagi pendapat akma, Sempena sambutan hari ibu bukanlah benda yang tidak boleh untuk kita menyambutnya tetapi hendaklah dengan  menepati syarat2 dan bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut. Janganlah kita menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan erti kata perayaan keagamaan tetapi sebagai sambutan sebagai adat sahaja dan suka2 sahaja dalam mengingati pengorbanan mereka dan sekaligus mengeratkan silaturrahim diantara anak dan ibu bapa.


Wallahualam..