Friday, June 19, 2015

Salam Ramadhan 1436H

Assalamualaikum

Akma ingin mengucapkan kepada semua selamat menyambut bulan ramadhan 1436H. Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih bermakna dan dapat meningkatkan amal kebajikan serta ibadah puasa dari sebelumnya...



Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami dan tutupkanlah kesalahan-kesalahan kami
Ya Allah tukarkanlah keburukan2 kami kepada kebaikan dan Engkau sempurnakanlah iman kami
Ya Allah bantu kami dengan amalan-amalan yang Engkau redhai dan kurniakan keikhlasan dan istiqamah dalam ibadah kami
Ya Allah kami semua mempunyai berbagai masalah, Engkau bantulah kami dengan pertolongan ghaibMu untuk menyelesaikan masalah kami Ya Allah
Ya Allah Engkau keluarkanlah kelemahan zahir dan batin kami dan berilah kami kekuatan untuk menghadapi segala cubaanMu.
Ya Allah bimbinglah hati kami dengan keikhlasan dan ketakwaan dan berilah kami kebahagiaan dunia akhirat agar kami selamat di bawah rahmat dan kasih sayang Mu.
Ya Allah bersihkan hati kami dan janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan kami petunjuk.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram
Ya Allah kurniakan juga kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah kami semakin dekat denganMu.
Ya Allah kami memohon Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah

Amin ya robbal al lamin..

Sunday, June 14, 2015

Aku masih disini

Assalamualaikum

Sekarang pukul 3.48 pagi..aku masih disini masih bersama-sama buku,pen,bantal,tilam,makanan dan juga lampu yang masih terpasang ..
Berjuang untuk hari test pada esok hari
Lepas isyak aku tido sampaila pukul 1 dan bangun semula untuk study
Esok nak test bru malam nie nak study
Itula kehidupan pelajar
Bukan taknak study awal tapi disebabkan assignment berlambak2 siap satu datang lagi satu..
Malam semalam aku nak start study tapi disebabkan aku buat assignment system kena create website sampai pukul 5.30
Terpaksala aku berkorban..
Malam tu kena penangan nescafe memang segar bugar la mata
Esok bangun matahari dah mencacak memancar2 dekat luar tuh
Hahaha ish ish ish anak dara anak dara..
Sambil study sambil makan
Memangla waktu2 macam nie tahap kelaparan aku dah dipuncak gunung Everest.. Hahaha
Serious memang tak dapat dibendung lagi dah
Nasib baikla aku ade tin biskut untuk mengisi my tummy nie

okla  sambung esok ye
Selamat pagi...^o^



Saturday, June 06, 2015

4 Strategi utama membida di e-bay yang patut kita pelajari

Assalamualaikum

Ini adalah perkongsian serba sedikit berkenaan pembidaan di ebay.  akma sebenarnya bukanlah pakar dalam pembidaan di e-bay tetapi adalah serba sedikit hasil pembacaan akma dalam buku Rahsia buat duit dengan ebay penulisan oleh Azahar Abdul Rahman. Perkongsian ini juga secara langsung sebagai rujukan akma pada masa hadapan dan juga pada mereka yang ingin belajar tentang ebay.

Ini adalah sebahagian Teknik yang dapat membantu dalam pembidaan korang di ebay:

1.  Buy it Now

Apa itu Buy It Now? pembeliaan secara terus. ok ini adalah teknik yang sangat mudah dimana pembeliaan ini dibeli oleh para pembeli tanpa perlu menunggu lama sehinggalah tempoh bidaan tamat. Selalunya, pembeli secara buy it now ini mereka memerlukan barang tersebut dengan secepat mungkin dan kebiasaannya para penjual di e-bay akan meletakkan harga yang khusus bagi pembeliaan 'Buy it Now' ini. Sekiranya korang jenis yang tidak suka menunggu lama dan tidak mahu melepaskan barang tersebut kepada pembeli yang lain, korang guna sahajalah teknik ini.

2. Maklumat tidak jelas ataupun kesilapan  penjual

Ada sesetengah penjual di e-bay ini menyenaraikan maklumat barangan mereka dengan tidak teliti ataupun tidak jelas seperti kesilapan pada tajuk barangan mereka, tersilap memilih kategori, tidak menyertakan gambar barang yang dijual, gambar yang kurang baik ataupun tidak jelas, memberikan maklumat produk yang tidak lengkap, maklumat yang tidak dapat difahami ataupun kurang lengkap dan terma2 sama ada daripada segi pembayaran ataupun penghantarannya yang tidak logik. Selalunya barang ini kurang diminati oleh para pembeli di e-bay. Tetapi korang nak jugak barang tersebut.
Apa yang patut korang buat sekiranya korang nak beli barang tersebut tetapi terdapat kesilapan2 diatas pada barangan? Inilah masanya korang mengambil kesempatan keatas barangan yang korang inginkan dengan bertanyakan kepada penjual tersebut maklumat yang lebih lanjut dan jangan lupa meminta diskaun / potongan harga keatas barangan tersebut. Strategi ini selalunya akan berhasil sekiranya korang pandai membodek penjual tersebut dan mana tahu mendapat diskaun yang sangat tinggi.

3. Refresh

Teknik ini adalah untuk pembida saat2 akhir. Teknik ini dilakukan oleh para pembida dengan meletakkan cursor pada butang 'Refresh' di 'Web Browser'. Strategi ini selalunya dilakukan apabila tempoh bidaan hampir tamat dan  korang dapat tahu berkenaan harga bidaan terbaru yang tentunya tertinggi pada saat itu. Walaupun ebay menyediakan senarai pembida sesuatu produk, mungkin senarai tersebut sudah lama dan tidak dikemaskini sejam ataupun 2 jam yang lalu. Korang guna teknik ini untuk membolehkan korang mendapat senarai yang tepat dan terkini. Ingat ini adalah teknik yang dilakukan pada mereka yang suka membida disaat2 akhir.

4. Bidaan berulang

Korang boleh menggunakan teknik ini kerana teknik ini untuk menakutkan pembeli lain bagi membuat bidaan. Ini dilakukan dengan membuat beberapa siri bidaan yang menunjukkan kepada pembeli lain seolah2 adanya persaingan yang sengit dan pembeli lain menyangka harga menjadi tinggi. Akhirnya mereka akan menjauhkan diri daripada turut serta dalam pembidaan barang tersebut.

Contohnyer: Korang nak beli jam tangan yang harganya RM300. Bidaan tertinggi jam tersebut sekarang RM330 dan katakanlah korang membida dengan harga RM331. Lepas tu ada pembida lain membida dengan harga RM333. Korang naikkan lagi bidaan hanya dengan kenaikan yang sedikit sahaja dari pembida lain. Ini akan menunjukkan terdapat banyak aktiviti pembidaan berlaku dan akan menjauhkan pembeli lain untuk turut serta.

Sekiranya korang nak menyamar dalam aktiviti pembidaan ini, daftar satu ebay atas nama korang dan satu lagi atas nama adik ke kawan ke ataupun isteri/suami korang. Nampaklah banyaknya aktiviti pembidaan disitu.









Thursday, June 04, 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Pra-Graduan

Assalamualaikum

' TRIGGERING SUCCESS CALIBRATING EXCELLENCE' 


Tema untuk majlis anugerah kecemerlangan & pra-graduan pada kali ini adalah James Bond!!aku tak fahamla kenapa la dorang ambik tema yang susah la bagi aku nak cari baju.haha,Sem lepas tema ketuanan melayu. Sem lepas senangla sikit para pelajar  nak cari baju , pakai baju melayu dan baju kurung atau kebaya. ini james bond..aku pakai apa je yang ada dekat wardrobe aku tu.kiki


Korang rasa apa yang aku pakai nie ada ala2 james bond tak?hahaha
Sebenarnya aku takda mood pun nak pergi sebenarnya fikirkan assignment berlambak2 dengan presentations lagi pening kepala. Tapi difikirkan aku nie dah sem last dengan kawan2 disini why not pergi jela  even aku dah dapat agak dah majllisnya macam mana kan..hahaha, nampak tak muka aku yang terpaksa senyum. Ini bukan tak suka ini senyum2 malu sebab ramai jejaka2 hensem dekat depan aku. haha


sory gambar agak tidak memuaskan..hehe..biasala kita pakai kamera fon je tak dslr tuh...huhu
makanan bagi aku mengikut tema la kan memang western food la. Serius aku cakap tak sedap dan tak kenyang langsung. Bersyukur la weh..ok..korang bayangkanla satu meja 8 orang tapi makanan yang dihidangkan alahai bagi aku sekadar hanya untuk pencuci mulut je la. Sudahla air dibagi air masak je dari awal majlis sampailah habis majlis. Tapi adela air tea herba diawal-awal majlis. Kalau iyepun nak jimat kan at least bagila air kenduri tu air sirap . haha, takpela sihat kan...^o^
Itu yang aku malas sangat nak pergi sebab dah dapat agak da..ok makanan tu penting ok dalam sesuatu majlis. Korang yang kos event tu jangan macam nie ye.hehe, iyela..kita nie apa-apa majlis pun tak kisahla majlis cukur jambul ke majlis bertandang ke ..makanan untuk para tetamu mesti diutamakan dahulu tau. 



Dua anak dara pinggitan sedang mengiklankan gigi masing-masing. Gigi sapekah paling cun dekat sini. kompom2 la aku.^o^hahaha




Habis sahaja majlis kitorang pun apa lagi lompat bergumbira la senang hati!!hahaha








Rahsia Disebalik Simbol Yahudi


Apakah tanda simbol diatas?. Semua orang mengetahuinya dari orang dewasa sehinggalah anak kecil. Peace adalah menunjukkan keamanan atau kejayaan bagi lambang diatas. TETAPI adakah kita mengetahui  maksud sebenar disebalik simbol tersebut? Kita suka menggunakan simbol ini ketika mengambil gambar atau selfie diri. Dari anak kecil yang tidak tahu apa-apa membuat lambang ini sehinggalah mereka tahu setiap kali mengambil gambar pasti akan dilakukan lambang ini dengan ajaran kita. Boleh dikatakan ia adalah antara pose wajib setiap kali bergambar.  
Marilah kita bersama-sama menjauhi melakukan simbol ini setiap kali bergambar kerana
Para pengkaji memberitahu kepada kita bahawa simbol ini adalah berasal dari Yahudi yang membawa maksud "KEJAYAAN UNTUK SYAITAN". 
Simbol ini diamalkan oleh penggemar-penggemar ajaran kesyaitanan. 




Oleh kerana itu, kita tinggalkanlah amalan tunjuk simbol ini ketika bergambar atau dimana-mana sahaja. Bersihkan akidah kita, In Shaa Allah kita akan dipelihara oleh Yang Maha Kuasa.