Tuesday, November 24, 2015

Alhamdulillah sidia semakin pulih

Assalamualaikum

Nov 18,2015 8:27pm

Dengar khabar mengatakan yang dia berada dihospital kena admitted untuk sehari 2hari membuatkan aku berasa tak senang duduk
Patutla masa dekat office tiba2 dada aku sakit rasa seperti tak boleh bernafas
Balik dari kerja, dekat rumah aku try wassap sidia tanya dah balik kerja ke belum
Lama dia tak balas
Aku tunggu...fikiranku mesti dia tak sampai rumah lagi la nie
Selang beberapa minit..
Sidia balas..
Sekarang dia dekat hospital...dari tengahari lagi dia tunggu untuk dimasukkan ke wad
Sape sakit? tanyaku..
Dia cakap diri dia sendiri..

Kali ini dah masuk 2kali sidia masuk hospital
Dulu tahun 2008 tak silap akula....masa dia study masuk hospital sebab excident
Aku takde disisi dia jugak masa tu
Kami berdua jauh..
Aku dapat panggilan daripada kawannya yang sidia nie sekarang dekat hospital excident
Sepatah perkataan pun aku tak boleh keluarkan masa tu
Rasa nak pengsan
Bila aku berasakan diri aku dah tenang..baru aku call back member dia bertanyakan keadaan dirinya
Kaki patah terpaksa masuk besi seumur hidup
Bila hujan petir rasa ngilunya tak boleh nak kata apa dah
Terpaksa balut kaki dengan selimut setebal-tebalnya
Bila kami berdua keluar bersama..semua pandang..biarlah orang nak pandang pun
Bila sidia tak pakai tongkat dah..bila kami berdua berjalan bersama.. sidia selalu kena tinggalkan aku di belakang..bukan aku sengaja suka-suki nak tinggalkan dia taw..
Kadang tu bila berjalan aku tak perasan yang aku dah jalan laju 
Padahal sebenarnya aku jalan paling slow la tu macam siput..tapi bagi dia itu paling laju la kan..
Iyela kaki baru sembuh..
Selalula dia menjerit panggil aku sayang..!janganla laju sangat..
Hahahah ^o^ masa ni la aku toleh tepi dia takde
aku baru perasan yang aku dah jauh tinggalkan dia dekat belakang
Apa lagi aku pun berlari la patah balik bersaing jalan sama..hehe

Itu kisah lama..
Sekarang bukan setakat berjalan lawan berlari dengan dia pun aku dah kalah..hahaha
Kalau ada yang perasaan..dia berjalan sedikit tempang sebab kesan daripada excident tersebut dengan besi yang masih ada dikakinya
Aku tak pernah malu berjalan dengannya..
sehingga dulu sampaila sekarang nie tahun 2015 aku sentiasa menghadkan kelajuan kaki aku berjalan hehe untuk memastikan yang aku sentiasa berjalan seiring dengannya 



Jarang kan aku nak bercerita hal personal nie hehe ^o^
Malu pulak rasa..

Doctor check jantung, ambil darah semuala
Aku tanya 'camne keputusan?'
Dia jawab..tunggu keputusan dari doctor esok..sayang jangan risau ok
Aku memang tak sabar nak tahu result..risau kan
Dia cakap dari tengah malam pukul 12 sampaila pukul 6 pagi dia tak boleh tido sebab sakit dada
Keluar office time lunch sidia ambik keputusan untuk pergi sendiri hospital
Dia pergi hospital serdang untuk checkup
dan doctor sarankan dia terpaksa kena admitted

Esok petangnya..dia cakap dia dah boleh discharge
Alhamdulilllah...
Doctor cakap dia takde apa2 alhamdulillah jantung, dada semua dalam keadaan baik
Nasib baikla dia pergi check hospital cepat2
Kalau lambat tak tahula apa yang terjadi
Dengar macam tu lega rasanya..
Think positive to Allah s.w.t
Allah s.w.t menguji sedikit kesakitan kepada hamba2Nya yang disayangi-Nya dalam menghapuskan dosa-dosa kecil kita
Kita sebagai hamba kenalah bersabar dan bersyukur kerna dipilih oleh Allah s.w.t 


Terima kasih Allah 


Saturday, November 14, 2015

Sakit buah pinggang Eh! bukanlahh..

Assalamualaikum
Ok entry nie da bertulis pada tarikh yang dinyatakan tetapi aku baru harini nak publish haha

19 oct 2015 , 11:08pm


Di office hari nie, satu hari aku tidak banyak bercakap bertanya itu dan ini
Sebelum ini pun aku memang kurang bercakap
Tetapi tidaklah sekurang pada hari ini
Hari ini juga aku langsung tiada mood 
Tiada mood untuk mengeluarkan suara ku ini
Haii ada emas berlian ke?
Idokla..

Sehinggakan En.Hamid (admin KMK) menegur aku kenapa hari nie langsung tak dengar suara aku
Eh cik hamid rindu ker..?ahahahha
En.Hamid nie ku anggap seperti abahku 
Manakan tidak, setiap kali dia mengusik ku
Aku seakan rindu arwah abahku
Usikannyerr seperti ayah dan anak

Jangan salah anggap tajuk entry aku di atas
Aku bukan menghidap sakit buah pinggang
Aku hanyalah menghidap sakit pinggang jorr..hehe
Tak tahulah aku puncanya kenapa...
Salah tido ke, ke penat sangat drive dari klang - sekinchan, sekinchan - shah alam
Hellooo...tak jauh ok
Aku bukannya biasa sangat pun nak drive 2 hari berturut-turut
Tetapi demi mak  aku sanggup

Da la malam tak cukup tido..dekat office aku mengantuk
Kali nie da 2 kali aku terkantoi dengan cik fauzi menghadap computer tapi mata terpejam lepastu nanti mula lah senyap2 cik fauzi sergah aku..hahaha
Semenjak hari nie tiap2 hari dia sergah aku..tapi aku bukan jenis yang cepat terkejut
aku senyummm jer macam kerang busuk hhehehe

Waktu rehat aku malas nak keluar pergi makan
aku ambik inisiatif untuk utamakan mata aku nie dulu pergi surau tidoq lena..
Memang lena betui la aku sampai aku bangun untuk solat zohor tengok muka masyaAllah!nyata berbekas muka aku kesan tidoq yang begitu sekian lamanya lena tak bangun2 hahahah
Habis jer solat..lama aku tacap muka aku semata-mata nak menghilangkan kesan bekas  tu untuk menggelakkan staff lain perasan yang aku nie tidoq sepanjang waktu rehat..hahaha
Lepas aku mengisikan perut aku dengan makanan barula aku masuk office balik..

Dan seperti biasa office hour pukul 6 ...
Dan aku seperti biasa memang seorang yang menepati waktu dan masanya..hahaha
lagi 10 minit nak pukul 6 aku akan ciap2 shut down laptop kemas meja paperwork sume
Tepat pukul 6 ok time to bergerak pulang..hehehe
Cehh masa mula2 masuk intern tu pukul 6 pun tak sedar..tunggu staff lain balik dulu baru kita yang baru nie balik
Tapi sekarang aku pulak yang ternanti2 pukul 6 tu..hihi laju jer kaki berjalan balik..biasala sume orang begitu kan menanti office hour tamat





Okeyh kita jumpa for the next entry apa stories mories akma pulak yerr??
Jangan lupa follow up blog akma de hika









Tuesday, October 20, 2015

BACA BLOG INI SEBELUM DIBLOCK


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum terlambat untuk mengetahui kisah sebenar disebalik kejadian yang menimpa dinegara kita pada tahun 2014
Marilah kita semua rakyat Malaysia membaca satu blog ini sebelum ianya diblock 
Blog yang telah merungkai segala-galanya apa yang telah berlaku

Tengok sahaja archive blog ini sahaja dapat kita ketahui bahawa blog ini baru sahaja wujud tahun ini 2015

CLICK IMAGE DIBAWAH UNTUK KE BLOG TERSEBUT


please jangan abaikan blog tersebut 




wallahualam..



Saturday, October 17, 2015

Jualan Gudang Akhir Tahun 2015 Karangkraf

JUALAN GUDANG AKHIR TAHUN 2015 KARANGKRAF!



Kepada semua peminat-peminat novel diluar sana!
Jangan lupa datang ke karangkraf pada akhir bulan ini iaitu

30 Oktober 2015 sehingga 8 November 2015
9 pagi - 7 malam 

bertempat di:

Perkarangan Kompleks KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF
Lot 1, Jalan Renggam 15/5, Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor

Tak sabar akma nak memborong buku-buku di karangkraf nanti
Kita jumpa disana nanti ya!!
Sesiapa yang terserempak dengan akma sila2lah tegur ya..^o^


Friday, October 16, 2015

SEMINAR WANITA 2015: Bila Wanita Faham Al-Quran


Assalamualaikum w.b.t 





BILA WANITA FAHAM AL- QURAN

Tajuk seminar yang akan berlangsung pada sabtu ini
 17 oktober 2015 jam 9:00 pagi - 5:30 petang 
di KARANGKRAF, SHAH ALAM

Tetamu undangan yang akan hadir memberikan ceramah adalah

Image result for Tuan fazrul ismail

1) Tuan Fazrul Ismail


Image result for ustazah asmak hussin

2) Ustazah Asmak Hussin

Image result for ustaz syaari abdul rahman

3) Ustaz Syaari Abdul Rahman


dan

Tetamu undangan

Image result for dr harlina siraj

4) Dr. Harlina Siraj



Jom kita mendalami ilmu Al-Quran!!










Tuesday, October 06, 2015

Coretan Bersawang

Assalamualaikum readers!

Sihat??? Alhamdulillah..semuanya sihat-sihat yer..
Dengan cuaca jerebu yang tidak menentu nie..akma harap semua menjaga kesihatan
Jangan lupe pakai mask..banyakkan minum air masak..kurangkan aktiviti2 luar ye
Mesti ada yang perasan dan ada yang tidak perasan yang akma dah lama tidak mencoretkan apa-apa didalam nie..sampaikan bersawang dah..siapa kata tak rindu..
Rindu giler tau dekat blog nie..semenjak masuk final year nie dengan thesis, internship lagi memang dah tak sempat dah nak mengupdate. Dekat kepala hotak nie macam-macam nak kongsi cerita dekat korang..pastu cakap nanti nantila update..last-last sampai kesudah kau tak update..memang nak kena High5 kat muka sebijik. OK OK janji tak buat lagi dah

Malam nie jam 11:55pm, dengan sekian lamanya aku tak update dengan lajunya jari jemari aku ber speed typing kaw..^o^ itupun dengan Al-kisahnya  hamboi, secara tiba2nya my sister meminta aku untuk ajarkan dia ber'blogging'!! time nie aku tengah buzy cek email. Hah dengan terperanjatnya aku memandang dia. Terbantut aku nak tengok email pakwe obersis aku. hahahah!!

Sekarang jugak aku ajar ko. (dalam otak, alamak!blog aku pe cita..!kompom banyak minatang menternak kat dalam tuh!) Last aku update sebelum raya haritu..adoii akma akma..dengan penuh excitednya aku pun berceritala sedikit pasal benda2 nie..tak banyak pun sebab masing2 pun mata dah kuyu..aku tak yakin yang kakak aku tu ingat apa yang aku ceritakan kat dye..takpela aku tak kisah cakap benda yang sama 2 3 kali ulang2. Aku cakap kat dia..first thing yang dia perlu ada mestila laptop kan tidak pun notebook ataupun tablet la paling senang boleh dibawa kemana2 sahaja. Nak update entry pun senang tak berat macam laptop..makan pun update, sidai baju pun boleh update, korek hidung belek kutu pun boleh update, berak pun boleh update Opss!!.

Second things, blog ko nak lebih  kepada apa, personal ke..jalan2 cari makan ke, aku yang masak ko yang panas ke..whatever la..yang pasti hati kena ikhlas...hehehe, tapi aku tau kakak aku nie mesti dia nak share bout dia punyer travel. dia nie kaki travel. Setahun berapa kali dye pergi travel entah dalam negara la luar negara la..pantang ada duit hilangla dye..yang aku nie kaki pesanan barang. hahaha tapi dalam hati jeles. Aku yang berblogging nie entah bila la boleh dapat income yang boleh pergi travel. OK hati ikhlas wehh

Rasenyer setakat ini sahajalah yang mampu aku coretkan disini. Lain hari lain entry aku story pasal internship aku pulak ye. Sape2 yang giler novel tuh tau la dekat mana aku intern. Aha!mehla datang!


Ok Daa terimakasih meluangkan sedikit masa disini
Sayang semua!<3 p="">

Friday, June 19, 2015

Salam Ramadhan 1436H

Assalamualaikum

Akma ingin mengucapkan kepada semua selamat menyambut bulan ramadhan 1436H. Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih bermakna dan dapat meningkatkan amal kebajikan serta ibadah puasa dari sebelumnya...



Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami dan tutupkanlah kesalahan-kesalahan kami
Ya Allah tukarkanlah keburukan2 kami kepada kebaikan dan Engkau sempurnakanlah iman kami
Ya Allah bantu kami dengan amalan-amalan yang Engkau redhai dan kurniakan keikhlasan dan istiqamah dalam ibadah kami
Ya Allah kami semua mempunyai berbagai masalah, Engkau bantulah kami dengan pertolongan ghaibMu untuk menyelesaikan masalah kami Ya Allah
Ya Allah Engkau keluarkanlah kelemahan zahir dan batin kami dan berilah kami kekuatan untuk menghadapi segala cubaanMu.
Ya Allah bimbinglah hati kami dengan keikhlasan dan ketakwaan dan berilah kami kebahagiaan dunia akhirat agar kami selamat di bawah rahmat dan kasih sayang Mu.
Ya Allah bersihkan hati kami dan janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan kami petunjuk.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram
Ya Allah kurniakan juga kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah kami semakin dekat denganMu.
Ya Allah kami memohon Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah

Amin ya robbal al lamin..

Sunday, June 14, 2015

Aku masih disini

Assalamualaikum

Sekarang pukul 3.48 pagi..aku masih disini masih bersama-sama buku,pen,bantal,tilam,makanan dan juga lampu yang masih terpasang ..
Berjuang untuk hari test pada esok hari
Lepas isyak aku tido sampaila pukul 1 dan bangun semula untuk study
Esok nak test bru malam nie nak study
Itula kehidupan pelajar
Bukan taknak study awal tapi disebabkan assignment berlambak2 siap satu datang lagi satu..
Malam semalam aku nak start study tapi disebabkan aku buat assignment system kena create website sampai pukul 5.30
Terpaksala aku berkorban..
Malam tu kena penangan nescafe memang segar bugar la mata
Esok bangun matahari dah mencacak memancar2 dekat luar tuh
Hahaha ish ish ish anak dara anak dara..
Sambil study sambil makan
Memangla waktu2 macam nie tahap kelaparan aku dah dipuncak gunung Everest.. Hahaha
Serious memang tak dapat dibendung lagi dah
Nasib baikla aku ade tin biskut untuk mengisi my tummy nie

okla  sambung esok ye
Selamat pagi...^o^



Saturday, June 06, 2015

4 Strategi utama membida di e-bay yang patut kita pelajari

Assalamualaikum

Ini adalah perkongsian serba sedikit berkenaan pembidaan di ebay.  akma sebenarnya bukanlah pakar dalam pembidaan di e-bay tetapi adalah serba sedikit hasil pembacaan akma dalam buku Rahsia buat duit dengan ebay penulisan oleh Azahar Abdul Rahman. Perkongsian ini juga secara langsung sebagai rujukan akma pada masa hadapan dan juga pada mereka yang ingin belajar tentang ebay.

Ini adalah sebahagian Teknik yang dapat membantu dalam pembidaan korang di ebay:

1.  Buy it Now

Apa itu Buy It Now? pembeliaan secara terus. ok ini adalah teknik yang sangat mudah dimana pembeliaan ini dibeli oleh para pembeli tanpa perlu menunggu lama sehinggalah tempoh bidaan tamat. Selalunya, pembeli secara buy it now ini mereka memerlukan barang tersebut dengan secepat mungkin dan kebiasaannya para penjual di e-bay akan meletakkan harga yang khusus bagi pembeliaan 'Buy it Now' ini. Sekiranya korang jenis yang tidak suka menunggu lama dan tidak mahu melepaskan barang tersebut kepada pembeli yang lain, korang guna sahajalah teknik ini.

2. Maklumat tidak jelas ataupun kesilapan  penjual

Ada sesetengah penjual di e-bay ini menyenaraikan maklumat barangan mereka dengan tidak teliti ataupun tidak jelas seperti kesilapan pada tajuk barangan mereka, tersilap memilih kategori, tidak menyertakan gambar barang yang dijual, gambar yang kurang baik ataupun tidak jelas, memberikan maklumat produk yang tidak lengkap, maklumat yang tidak dapat difahami ataupun kurang lengkap dan terma2 sama ada daripada segi pembayaran ataupun penghantarannya yang tidak logik. Selalunya barang ini kurang diminati oleh para pembeli di e-bay. Tetapi korang nak jugak barang tersebut.
Apa yang patut korang buat sekiranya korang nak beli barang tersebut tetapi terdapat kesilapan2 diatas pada barangan? Inilah masanya korang mengambil kesempatan keatas barangan yang korang inginkan dengan bertanyakan kepada penjual tersebut maklumat yang lebih lanjut dan jangan lupa meminta diskaun / potongan harga keatas barangan tersebut. Strategi ini selalunya akan berhasil sekiranya korang pandai membodek penjual tersebut dan mana tahu mendapat diskaun yang sangat tinggi.

3. Refresh

Teknik ini adalah untuk pembida saat2 akhir. Teknik ini dilakukan oleh para pembida dengan meletakkan cursor pada butang 'Refresh' di 'Web Browser'. Strategi ini selalunya dilakukan apabila tempoh bidaan hampir tamat dan  korang dapat tahu berkenaan harga bidaan terbaru yang tentunya tertinggi pada saat itu. Walaupun ebay menyediakan senarai pembida sesuatu produk, mungkin senarai tersebut sudah lama dan tidak dikemaskini sejam ataupun 2 jam yang lalu. Korang guna teknik ini untuk membolehkan korang mendapat senarai yang tepat dan terkini. Ingat ini adalah teknik yang dilakukan pada mereka yang suka membida disaat2 akhir.

4. Bidaan berulang

Korang boleh menggunakan teknik ini kerana teknik ini untuk menakutkan pembeli lain bagi membuat bidaan. Ini dilakukan dengan membuat beberapa siri bidaan yang menunjukkan kepada pembeli lain seolah2 adanya persaingan yang sengit dan pembeli lain menyangka harga menjadi tinggi. Akhirnya mereka akan menjauhkan diri daripada turut serta dalam pembidaan barang tersebut.

Contohnyer: Korang nak beli jam tangan yang harganya RM300. Bidaan tertinggi jam tersebut sekarang RM330 dan katakanlah korang membida dengan harga RM331. Lepas tu ada pembida lain membida dengan harga RM333. Korang naikkan lagi bidaan hanya dengan kenaikan yang sedikit sahaja dari pembida lain. Ini akan menunjukkan terdapat banyak aktiviti pembidaan berlaku dan akan menjauhkan pembeli lain untuk turut serta.

Sekiranya korang nak menyamar dalam aktiviti pembidaan ini, daftar satu ebay atas nama korang dan satu lagi atas nama adik ke kawan ke ataupun isteri/suami korang. Nampaklah banyaknya aktiviti pembidaan disitu.









Thursday, June 04, 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Pra-Graduan

Assalamualaikum

' TRIGGERING SUCCESS CALIBRATING EXCELLENCE' 


Tema untuk majlis anugerah kecemerlangan & pra-graduan pada kali ini adalah James Bond!!aku tak fahamla kenapa la dorang ambik tema yang susah la bagi aku nak cari baju.haha,Sem lepas tema ketuanan melayu. Sem lepas senangla sikit para pelajar  nak cari baju , pakai baju melayu dan baju kurung atau kebaya. ini james bond..aku pakai apa je yang ada dekat wardrobe aku tu.kiki


Korang rasa apa yang aku pakai nie ada ala2 james bond tak?hahaha
Sebenarnya aku takda mood pun nak pergi sebenarnya fikirkan assignment berlambak2 dengan presentations lagi pening kepala. Tapi difikirkan aku nie dah sem last dengan kawan2 disini why not pergi jela  even aku dah dapat agak dah majllisnya macam mana kan..hahaha, nampak tak muka aku yang terpaksa senyum. Ini bukan tak suka ini senyum2 malu sebab ramai jejaka2 hensem dekat depan aku. haha


sory gambar agak tidak memuaskan..hehe..biasala kita pakai kamera fon je tak dslr tuh...huhu
makanan bagi aku mengikut tema la kan memang western food la. Serius aku cakap tak sedap dan tak kenyang langsung. Bersyukur la weh..ok..korang bayangkanla satu meja 8 orang tapi makanan yang dihidangkan alahai bagi aku sekadar hanya untuk pencuci mulut je la. Sudahla air dibagi air masak je dari awal majlis sampailah habis majlis. Tapi adela air tea herba diawal-awal majlis. Kalau iyepun nak jimat kan at least bagila air kenduri tu air sirap . haha, takpela sihat kan...^o^
Itu yang aku malas sangat nak pergi sebab dah dapat agak da..ok makanan tu penting ok dalam sesuatu majlis. Korang yang kos event tu jangan macam nie ye.hehe, iyela..kita nie apa-apa majlis pun tak kisahla majlis cukur jambul ke majlis bertandang ke ..makanan untuk para tetamu mesti diutamakan dahulu tau. 



Dua anak dara pinggitan sedang mengiklankan gigi masing-masing. Gigi sapekah paling cun dekat sini. kompom2 la aku.^o^hahaha




Habis sahaja majlis kitorang pun apa lagi lompat bergumbira la senang hati!!hahaha








Rahsia Disebalik Simbol Yahudi


Apakah tanda simbol diatas?. Semua orang mengetahuinya dari orang dewasa sehinggalah anak kecil. Peace adalah menunjukkan keamanan atau kejayaan bagi lambang diatas. TETAPI adakah kita mengetahui  maksud sebenar disebalik simbol tersebut? Kita suka menggunakan simbol ini ketika mengambil gambar atau selfie diri. Dari anak kecil yang tidak tahu apa-apa membuat lambang ini sehinggalah mereka tahu setiap kali mengambil gambar pasti akan dilakukan lambang ini dengan ajaran kita. Boleh dikatakan ia adalah antara pose wajib setiap kali bergambar.  
Marilah kita bersama-sama menjauhi melakukan simbol ini setiap kali bergambar kerana
Para pengkaji memberitahu kepada kita bahawa simbol ini adalah berasal dari Yahudi yang membawa maksud "KEJAYAAN UNTUK SYAITAN". 
Simbol ini diamalkan oleh penggemar-penggemar ajaran kesyaitanan. 




Oleh kerana itu, kita tinggalkanlah amalan tunjuk simbol ini ketika bergambar atau dimana-mana sahaja. Bersihkan akidah kita, In Shaa Allah kita akan dipelihara oleh Yang Maha Kuasa.

Friday, May 15, 2015

Tanda-tanda anda memang giler selfie

Assalamualaikum


Korang mungkin sedang gelak tersenyum pada diri sendiri atau sedang mentertawakan rakan disebelah korang tidak pun sedang berfikir siapakah dikalangan ahli keluarga korang ada sifat suka ber'selfie' ini. Dengan teknologi yang serba canggih kini, tidak kira lelaki ataupun perempuan, ber'selfie' adalah suatu perkara wajib yang mesti dibuat sebelum, semasa atau selepas melakukan sesuatu aktiviti yang korang lakukan ketika itu. Semua orang suka ber'selfie' bezanya kekerapan korang melakukan ataupun tidak sahaja.

1) Dimana sahaja

* Korang sedar tak, setiap kali korang pergi tidak kiralah dalam tandas ke, luar tandas, tepi kubur ke duduk tunggu bas ke dalam kereta dan dimana sahaja korang pergi..mesti korang secara automatiknya akan bergambar kan. aku ke..haha, dia bukan apa taw..sebenarnya dia akan terjadi pabila seseorang itu ada keinginan yang tinggi untuk memberitahu pada semua orang bahawasanya yang dia sekarang berada disini dan sedang membuat apa. betul tak cakap aku.

2) Berasa cantik/tampan

* Ok ini memang. Khususnya kepada individu2 yang berasa dirinya sangatlah cantik ataupun tampan pada hari itu..'ok ini memang kena ber'selfie'. Semua orang tidak akan berselfie sekiranya dirinya selekah betul tak. 'Hello..aku kalau nak berselfie kenalah tunjukkan pada orang ramai yang aku nie cantik didalam gambar..tolonglah aku nak bergambar dengan muka tak mekaplah rambut serabai mabai.' haha korang la tu ye ( aku pun sama ok baii)haha
Setiap kali kita tengok gambar2 orang yang berselfie nie mesti cantik kan. kalau perempuan tu hah hambik kaw langsung muka bersih berseri-seri cantik licin halus mulus bukan main.lepas tu senyum buat muka kiut miut miaww...lelaki suke la tuh..-o- kadang tuh nak keluar pergi kedai depan pun nak bermekap kemudian peace selfie! ok tak dinafikan korang memang cantik...

3) Application

* Dekat dalam telefon bimbit mesti ada application yang power yang boleh mencantikkan gambar yang boleh menghilangkan segala kecacatan2 yang ada dan excited giler setiap kali menggunakannya. Post gambar dilaman sosial dan ramai giler yang memberikan feedback yang positif 'wahh!cantik giler kaw!!', 'sejak dah habis sekolah nie makin cantikla kawan kita nie','hang pakai produk apa muka licin...kongsila sikit ..'. Segala pujian-pujian keatas diri korang, secara automatiknya korang akan kerap untuk meng'publish' muka sendiri dengan pelbagai aksi muka.haha,padahal dorang tak tahu itu semua application sahaja.hahaha

4) Telefon baru + camera cantik

* Haha sekarang apa yang aku perasanlah kan..ramai giler dah kan yang pakai iPhone..lebih-lebih sekarang nie ada iPhone clon ramai giler dah lah yang boleh memilikinya. Kalau dulu iPhone ini hanya untuk orang2 kaya sahaja yang mampu membelinya tetapi kini sejak ada clon nie tidak kiralah kau kaya ke tak sapa sahaja boleh membelinya dengan harga yang murah tambah pulak kameranya memang cantik...lagila..sikit2 bergambarlah kamu..tapi aku bukan nak cakap iPhone sahaja..sesiapa sahaja yang membeli telefon baru secara tidak langsung keluar sahaja dari kedai telefon tu ok selfie!. haha, sehari tu tak cukup tangan nak kira berapa kali dah berselfie.


 ok daa..ini berdasarkan apa yang aku rasa la ok guys

belanja sikit pic akma bersama tuuuuuuttt ^o^

 Berselfie kejap dekat putrajaya bersama my future husband aka my imam. ^o^, selama aku berblog nie..inilah first entry aku mengpublish muka dia..hahaha. Nie la salah satu kenapa aku tak suka ber'selfie'.. mesti ada cacatnya dekat gambar tu. hilang sebelah muka la..hilang separuh kepala la..hilang separuh badan da..inipun berapa kali da capture..

ok c u next entry







Wednesday, May 13, 2015

Asal usul sambutan Hari Ibu

Assalamualaikum

Surah al-Isra': 23-25

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

Ayat di atas menunjukkan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya iaitu mendoakan kesejahteraan mereka, berbuat baik, memberi bantuan yang sewajarnya sebagai mengenang dan membalas jasa ibu bapa atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai.

PENCIPTA HARI IBU SEBENARNYA BUKANLAH SEORANG IBU



Anna Marie Jarvis dilahirkan pada May 1,1864. Webster, West Virginia. Beliau adalah pencipta Hari Ibu dari West Virginia yang sering berjuang untuk isu berkaitan golongan ibu, dikatakan tidak mempunyai zuriat. Bagaimanapun, ibunya Ann Reeves Jarvis mempunyai 13 anak. Ann Reeves merupakan pengasas Kelab Kerja Hari Ibu, yang membawa golongan ibu2 untuk bersama - sama menyuarakan isu semasa kepada masyarakat.
Semasa kerjayanya dengan kelab ini, Ann Reeves menyumbangkan idea untuk meraikan hari ibu dan mengumumkan cuti umum sempena sambutan Hari Ibu di Amerika Syarikat. Semasa kerjayanya dengan kelab ini, Ann REeves menyumbang idea untuk meraikan hari ibu dan mengumumkan cuti umum sempena sambutan Hari Ibu di Amerika Syarikat.

3 tahun selepas ibu Anna Marie Jarvis ini meninggal dunia, beliau menganjurkan majlis untuk menghormati ibunya diatas pengorbanan dan kesusahan ibunya dan semua golongan ibu dari seluruh dunia. Beliau mahu semua pergi kegereja dan semua anak2 menulis sebuah nota penghargaan kepada ibu masing2. Dalam tahun 1920s, Anna Marie tidak gemar dengan komersialisasi sambutan Hari Ibu termasuk kad ucapan dan industri bunga yang menghilangkan mesej asal cuti ini.

Menurut buku Malcolm Forbes yang berjudul 'Women Who Made a Difference', Anna Marie berkata: "Kad dicetak tidak membawa sebarang maksud kecuali anda terlalu malas untuk menulis kepada wanita yang telah menjagamu sejak anda dilahirkan." Ini bermaksud beliau tidak suka apabila kad2 ucapan sempena hari ibu dijual dan bukan nya dibuat/ditulis sendiri oleh anak dan secara tidak langsung menghilangkan motif sebenar sambutan hari ibu tersebut.

Walaupun tarikh 10 Mei mengingati usaha Ann Reeves sempena Hari Ibu, Presiden Amerika Syarikat ke-28,Woodrow Wilson  kemudian memutuskan dan menukarkan tarikh bahawa Hari Ibu harus jatuh pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun tanpa mengambil kira tarikhnya.

______________________________________________________________________

Berkenaan dengan sambutan Hari Ibu dan hari bapa saya berpendapat perkara ini lebih kepada istilah sahaja semata-mata. sedangkan hakikat perayaan dalam Islam adalah hari raya aidilfitri, hari raya haji. Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu sahaja sedangkan dalam islam ibu bapa wajib dihormati setiap masa. Bagi pendapat akma, sambutan hari ibu bukanlah apa yang dicakapkan seperti sambutan ibu gereja kristian. Apa yang dituliskan diatas, Anna Marie menyambut hari ibu sempena menghormati pengorbanan ibunya kepada dirinya dengan menulis nota ikhlas dari hati dan mereka mewujudkan satu tarikh untuk sambutan ini bagi menghormati ibu dan bapa mereka.

Sedangkan bagi orang islam, anjuran supaya menghormati dan memuliakan ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi S.A.W tanpa terikat dengan masa dan tempat. Bagi pendapat akma, Sempena sambutan hari ibu bukanlah benda yang tidak boleh untuk kita menyambutnya tetapi hendaklah dengan  menepati syarat2 dan bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut. Janganlah kita menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan erti kata perayaan keagamaan tetapi sebagai sambutan sebagai adat sahaja dan suka2 sahaja dalam mengingati pengorbanan mereka dan sekaligus mengeratkan silaturrahim diantara anak dan ibu bapa.


Wallahualam..