Friday, January 29, 2016

Factors influencing employee satisfaction towards performance appraisal system


Alhamdulillah 
Post title for this time agak nerd ya..haha bukan main panjang lagi kaw title entry die ^o^
tajuk thesis aku tu merangkap tajuk entry kali nie hahaha 
Syukur Alhamdulillah selama 4 months i was intern at Kumpulan Media Karangkraf dan berhempas pulas siang malam tido lewat on weekend menyiapkan thesis nie akhirnya berjaya juga. I'm really satisfied with my job, my internship, my beauty sleep ahaks , my food and everything just for this 
thesis. 
Baru ku tahu bukan senang untuk menyiapkan sebuah thesis itupun cuma chapter 4-5 je tau da rasa nak pecah kepala anak cik yah nie haha for chapter 1-3 together with my team
aku salute student yang ambik fully research for their course 
terkorban jiwa dan raga (sampai begitu sekali...hehe)


Habis sahaja viva voce (11 jan 2016) kami pun berjimba la dekat luar..berselfie melfie lerr kitorang..last kan lepas nie dah tak boleh jumpa dah..mana tak nya sorang dok utara sorang dok timur sorang dok selatan (eh ade ke kawan aku dok selatan eh...) apa pen boleh la akma...haha


Nasib baik la viva voce kitorang sesi pagi..aku second presenter, nervous nak amat mestila ada..time tu la nak terberak ade terkencing ade cikit2 betulkan tudung lah betulkan blazer lah..hafal speech haha kenangan kenangan
kat bunga pun boleh la selfie melfie kan korang..^o^


Yeahh!! habis viva! lepas nie tak tau bile lagi boleh jumpa..huhu sedihnyerr 
now start my new journey!




Friday, January 01, 2016

LEMBARAN BARU 2016

Assalamualaikum w.b.t


haii olls !!

Banyak sangat perkara yang berlaku di sepanjang 2015 kan..tak kisahla kenangan pahit mahupun kenangan manis yang telah berlaku dalam kehidupan masing-masing

CONGRATSS!! 

for those yang :

Yang dah berumahtangga dan bertunang pada tahun 2015
Yang mendapat pekerjaan baru, kenaikan pangkat, Kelahiran cahaya mata,rumah baru, kereta baru, telefon baru, melakarkan perniagaan sendiri, pakwe awek baru oppss!!hahaha tahniah2 semua!!

TAKZIAH..

Al-Fatihah dan takziah kepada mereka yang telah kehilangan salah seorang keluarga tersayang, sahabat handai, haiwan dan apa sahaja yang membuatkan anda bersedih pada tahun 2015

Akma mendoakan yang telah kehilangan yang tersayang semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, diringankan azab kubur dan semoga kita sama-sama sentiasa mengingati mati, dengan mengingati mati kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. juga dilindungi daripada fitnah dunia.

Tidak banyak yang berlaku disepanjang perjalanan hidup akma  pada tahun lepas 2015. Semuanya kenangan manis..dengan perkahwinan adik kesayangan dan selebihnya saya banyak menghabiskan waktu dengan study gembira sebab final year dah..alhamdulillah..

Lembaran baru 2016 nie.. banyak benda nak dibuat salah satunya nak kumpul duit banyak2 tolong family hehe. Tambahkan ilmu2 agama didada semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Kita hanya merancang Allah s.w.t yang menentukan....amenn

Akma mendoakan semoga kalian semua lebih berjaya dengan azam baru yang telah dirancang...semoga yang dirancang itu dipermudahkan jalannya oleh Allah s.w.t...

Nah kalendar 2016 untuk korang ^o^