Thursday, January 19, 2017

1001 SOAL JAWAB WANITA DAN AGAMA SERTA FIQH WANITA



Assalamualaikum semua...lama tidak bersiaran.. First entry tuk tahun baru 2017..hehe ^o^ semoga permulaan penulisan yang baru ini diberkati oleh-Nya..  Lama tidak bersiaran kan...sape yang perasan?ermmm

2 buah buku ini dibeli akma 6tahun yang lepas ketika akma masih belajar diuitm perak..masa tu ada jualan buku2 islam. tertarik sangat dengan 1001 SOAL JAWAB WANITA DAN AGAMA SERTA FIQH WANITA nie..tanya harga alamak mahal sgt la pulak.  Dalam fikiran 50/50 nak beli ke tidak. Masa tu mula la syaitan mula menghasut kan. Pergi booth lain tapi datang balik booth buku nie. Nak dikatakan lama jugak la buat keputusan. Masa tu dengan duit dah la cukup2 aje nak makan buat assignment semua. Last2 ambik keputusan okeyh aku memang nak buku nie. Fikir kalau cari dekat popular or MPH risau xde pulak kang melepas tak beli. Hahahaha padan muka kau setan xdpt menghasut aku. Aku dah menang! Hehe. Masa nak ambik keputusan nak beli buku nie fikir jugak ada ke masa aku nak baca buku nie nti dengan assignment tinggi menggunung. Kang beli je xterbaca buat perhiasan. Ok cakap dalam hati xpelah xbaca sekarang pun...untuk sok lusa aku boleh baca. . Beli je dulu ye akma. Hah kau memang 6 tahun aku belajar dr diploma ke degree bru ade kesempatan nak baca.. 
Buku nie ditulis oleh Syaikh Dr Shalih Bin Fauzan Bin Abdullah Al-Fauzan & Syaikh Abdullah bin Hamid.  Diterjemahkan oleh Zakaria Awang &  Muhd Ghazali Hj Kadir.  Cetakan pertama pada tahun 2009 &  Cetakan kedua pada tahun yang sama 2009. Diterbitkan oleh Ana Muslim Publications. 

Alhamdulillah rasenyer berbaloi sangat beli buku nie sebab segala persoalan2 yang kita nak tahu semuanya terdapat dalam buku nie..dari hal Akidah, Ibadah, Rutin harian, Perkahwinan..dari hal kecil sampaila yang besar2 alam..hehe wanita senang nak masuk syurga tapi yang paling ramai dineraka adalah dikalangan wanita. Kenapa? Disebabkan hal2 sekecil inilah selalunyer wanita sering leka dan alpa dengan apa yang mereka boleh lakukan dan yang tidak boleh lakukan.  Dengan adanyer buku nie kita sebagai wanita boleh menjadikan rujukan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga orang lain.

In syaa Allah...di entry yang lain nanti akma share isi2 kandungan yang terdapat dalam buku nie ye.  Harap2 ada yang membaca n mengikuti perkembangan blog nie. ^o^

No comments: