Saturday, March 16, 2013

Bismillahhirrohmannirrohim...

Assalamualaikum

mulakan entry dengan ummul kitab... Al-fatihah..

Di malam yang begitu hening....study stayup sorang2 didalam bilik, roomate pun da lame bermimpikan raja dialam mimpinyer..haha mandai2 jer aku ni kan..ahaks..
  
bukak my cute lappy kejap, online facebook.... sudah berapa hari akma post status merindukan my mom di kampung... terasa rindu sangat- sangat....first time berjauhan dengan mak walaupun didalam 1 malaysia jugak...tapi apakan daya status sebagai seorang student again membuatkan ak terus redha berjauhan dan akan terus mencapai kejayaan demi mak and family...

akma sebenarnya tersentuh terasa sedih sangat bila tiba-tiba hati ini bace entry yang dibuat oleh kakakku sendiri kak ana bila dia menulis tentang diriku dan terus mengingatkan aku kepada arwah abah.... tipula kalau  aku tidak menitiskan air mata... walaupun tidak banyak tetapi membuatkan air mata nie tetap menitik.. 

 Kak Ana adalah part of my life :

Rasanya sudah agak lama aku tidak mencoret rasa di blog. Seperti ada semangat yang telah hilang tatkala ini. Namun harus ku gagahkan jua demi tuntutan hidup. 

Sudah 2 minggu mak kesunyian tanpa adik ema. Tiada lagi anak manja mak yang akan selalu tidur di bawah ketiak mak, tiada lagi anak manja yang selalu mencium dan merengek di sisi mak....itulah adik ema.

Ketika aku menghantarnya ke Kelantan utk menyambung study di sana...hati ini seperti di sagat pilu. Entah kenapa rasa ini sangat berbeza tatkala arwah abah masih ada bersama kami....jauhnya dia di perantauan sangat memilukan aku sebagai kakak. Lebih-lebih lagi adik ema akan bersendirian di sana apabila adik bongsu ku wawa akan menghabiskan studynya di tempat yang sama tak lama lagi.

Sejak abah pergi meninggalkan kami....aku seperti kehilangan satu semangat. Yang pastinya hidupku terasa kekosongan. Janji ku tak dapat ku tunaikan sebagai anak. Sehingga saat ini aku masih terbayang-bayang saat aku di sisi abah ketika hari-hari terakhirnya. Bukan aku tidak redha tapi rasa hati seorang anak yang kehilangan sukar untuk ku buang jauh dari dasar hati ini.

Kehilangan ini banyak mengubah jiwa dalamanku....Sekuat mana pun aku menghadapinya ada kala ada jua air yang akan mengalir di kelopak mata ini. 

Aku rindu untuk menatap wajah tua abah...
Aku rindu pada segala-galanya tentang abah...

       aku sedih tatkala dia mengingatkan aku kepada mak dan mengingatkan kembali kepada arwah abah...semenjak pemergian arwah abah beberapa bulan yang lalu, mak kesepian dan keseorangan... semasa kakak dan mak menghantar ku untuk continue study, sebenarnya aku terasa nak menangis jer tetapi aku gagah jugak mengukir senyuman dihadapan kakakku dan mak... seboleh mahu xnak mereka sedih..aduh macam budak kecik pulak akma nieh...

        aku juga terasa dia memang keberatan untuk meninggalkan aku...semasa kami berpelukan aku melihat titisan air mata jatuh dipipinya..ditahan air matanya daripada terus menitis.. betapa sayupnya hati ku ini melihatnya...terasa sedih dihati hanya Tuhan saja yang tahu... mak..kak ana...i love u sooo muchh!!ema janji akan belajar rajin2 dan tidak menghampakan family.. ema promise. 

5 comments

Semoga terus tabah dik..
Belajar sungguh2 k..

REPLY

terima kasih kak eira...^o^

REPLY

Kuatkan semangat... ;)

REPLY

salam

doakan pada mereka yg telah pergi..kita yg diberi umur yg pnjng ni mnfaatkan tiap masa yg diberi krna kita pun tidak tahu bila DIA akn mjmput kita kmbali..usaha utk mjadi yg tbaik..

REPLY

belajr sungguh2...igt pesan arwah ayah ok..:) semoga berjaya

REPLY

AKMADEHIKA . 2019 e | s