Thursday, January 19, 2017

1001 SOAL JAWAB WANITA DAN AGAMA SERTA FIQH WANITA



Assalamualaikum semua...lama tidak bersiaran.. First entry tuk tahun baru 2017..hehe ^o^ semoga permulaan penulisan yang baru ini diberkati oleh-Nya..  Lama tidak bersiaran kan...sape yang perasan?ermmm

2 buah buku ini dibeli akma 6tahun yang lepas ketika akma masih belajar diuitm perak..masa tu ada jualan buku2 islam. tertarik sangat dengan 1001 SOAL JAWAB WANITA DAN AGAMA SERTA FIQH WANITA nie..tanya harga alamak mahal sgt la pulak.  Dalam fikiran 50/50 nak beli ke tidak. Masa tu mula la syaitan mula menghasut kan. Pergi booth lain tapi datang balik booth buku nie. Nak dikatakan lama jugak la buat keputusan. Masa tu dengan duit dah la cukup2 aje nak makan buat assignment semua. Last2 ambik keputusan okeyh aku memang nak buku nie. Fikir kalau cari dekat popular or MPH risau xde pulak kang melepas tak beli. Hahahaha padan muka kau setan xdpt menghasut aku. Aku dah menang! Hehe. Masa nak ambik keputusan nak beli buku nie fikir jugak ada ke masa aku nak baca buku nie nti dengan assignment tinggi menggunung. Kang beli je xterbaca buat perhiasan. Ok cakap dalam hati xpelah xbaca sekarang pun...untuk sok lusa aku boleh baca. . Beli je dulu ye akma. Hah kau memang 6 tahun aku belajar dr diploma ke degree bru ade kesempatan nak baca.. 
Buku nie ditulis oleh Syaikh Dr Shalih Bin Fauzan Bin Abdullah Al-Fauzan & Syaikh Abdullah bin Hamid.  Diterjemahkan oleh Zakaria Awang &  Muhd Ghazali Hj Kadir.  Cetakan pertama pada tahun 2009 &  Cetakan kedua pada tahun yang sama 2009. Diterbitkan oleh Ana Muslim Publications. 

Alhamdulillah rasenyer berbaloi sangat beli buku nie sebab segala persoalan2 yang kita nak tahu semuanya terdapat dalam buku nie..dari hal Akidah, Ibadah, Rutin harian, Perkahwinan..dari hal kecil sampaila yang besar2 alam..hehe wanita senang nak masuk syurga tapi yang paling ramai dineraka adalah dikalangan wanita. Kenapa? Disebabkan hal2 sekecil inilah selalunyer wanita sering leka dan alpa dengan apa yang mereka boleh lakukan dan yang tidak boleh lakukan.  Dengan adanyer buku nie kita sebagai wanita boleh menjadikan rujukan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga orang lain.

In syaa Allah...di entry yang lain nanti akma share isi2 kandungan yang terdapat dalam buku nie ye.  Harap2 ada yang membaca n mengikuti perkembangan blog nie. ^o^

Wednesday, September 07, 2016

Amigurumi Ninja Turtles by akmadehika




Assalamualaikum..Hai semua lama tak say hai yang masih setia dekat blog nie. even jarang hupdate tapi masih setia menunggu entry2 terbaru akma. Thanks semua!



Dulu masa kecik2 one of the feveret cartoon yang wajib tengok inila THE TEENAGE MUTANT OF NINJA TURTLES! sape dekat sini pun suka tengok kartun nie. sifu sitikus berjanggut pulak tuh. hehe

Ok taknak cerita pasal siapa dorang nie..macam mana mula2 dorang terlibat apa semua.. entry terbaru untuk kali nie adalah berkenaan dengan Amigurumi Ninja Turtles yang telah sekian lama (takde sekian lama sangat pun) akma hasilkan!

Thanks a lot to owner Josephine Wu, A Morning Cup of Jo Creations for the patterns! Big Applause for him!

Bila dah hasilkan ke empat2 karakter nie rasa seronok sangat sebab dorang nie tersangat2 comel la pulak. jom tengok gambar








Sape2 yang rasa si ninja junior nie comel bolehlah Follow instagram akma @socutebyakmadehika
Banyak lagi hasil seni dari benang yang telah akan akma hasilkan nanti!! TUNGGU AJE TAW! 

Wednesday, July 27, 2016

Apa itu Cellmax?


Assalamualaikum semua..harini akma nak berkongsi sedikit apa itu Cellmaxx. Kebanyakkan dikalangan kita masih tidak tahu produk kesihatan terbaik di Asia Pasifik yang semakin diperkatakan orang ramai diseluruh negara..

Cell Maxx telah mendapat AWARDED ASIA PASIFIC TOP GOLDEN BRAND PRODUCTS TAHUN 2015-2016. 

 Produk ini telah membantu ramai pesakit di luar sana sihat secara semulajadi kerana dengan pengambilan satu sachet CellMaxx dapat membebaskan 3-4 juta sel stem baru iaitu bersamaan 25%-30% jumlah sel stem dalam tubuh dalam masa 1 jam. Sel stem ini berfungsi untuk membaik pulih dan menggantikan kira-kira 220 jenis sel yang mati dalam badan. 

APA ITU CELL MAXX?

Cell Maxx adalah makanan kesihatan berasaskan alga biru hijau yang dikenali sebagai Aphanizomenon flos Aquae (AFA) dari Tasik Klamath, Oregon, Amerika Syarikat. Produk ini kaya dengan pelbagai nutrisi lengkap seperti Polisakarida, Phycocyanin, Klorofil, L-selectin ligand, Vitamin, Mineral Beta Karotena, Asid Amino dan Phenylethylamine (PEA). Kajian menunjukkan pengambilan Aphanizomenon flos Aquee sebanyak 1 ke 3 gram sehari mampu menyokong pembebasan "Ibu Sel" dan sel-sel baru daripada tulang sumsum yang diperlukan oleh tubuh badan untuk merawat dan meningkatkan sistem imunisasi manusia secara semulajadi. 



Cell Maxx adalah pakej makanan kesihatan paling lengkap di dunia dengan daya serapan oleh sistem tubuh sehingga 97%. 

Makanan kesihatan dari kategori "Naturally Functional" adalah trend terbesar di dalam permintaan makanan kesihatan sedunia pada masa kini. -2016 Food Trends on Google: The Rise of Functional Foods. 


Satu kajian yang dijalankan di Massachusetts General Hospital dan Sekolah Perubatan Harvard mendapati bahawa AFA mikroalga meningkatkan tahap darah asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA). EPA dan DHA yang dikenali untuk menyumbang kepada fungsi optimum sistem organ yang banyak, termasuk sistem saraf. 

Para penyelidik mendapati bahawa AFA lebih berkesan daripada minyak kacang soya, sumber yang baik PUFA untuk meningkatkan tahap darah asid lemak omega-3. Sekumpulan saintis di Hospital Royal Victoria, Montreal, Kanada menunjukkan bahawa pengambilan keputusan AFA dalam perubatan segera dalam penghasilan Natural Killer (NK) sel secara semulajadi. 


Jom kita tengok profail pengasas Cellmaxx dengan lebih dekat.



CellMaxx dihasilkan dengan formula istimewa ciptaan Dr. Reza bin Ibrahim dengan menggunakan teknologi ImuMaxx. Dr. Reza bin Ibrahim adalah anak tempatan Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang. 


Profil Dr. Reza bin Ibrahim

Latar Belakang Pendidikan:
  • B.Sc(Hons)Microbiology - (2001) University of Aberdeen, Scotland
  • Master In Sciences - (2006) University of Herthfordshire, UK
  • Ph.D Medical Research (DhRES) - (2012) University of Hertfordshire, UK

Pengalaman Bekerja:
  • Researcher - Bristol Myerrs Squib, Italy
  • Medical Sales Manager - DKSH, Malaysia
  • Group Chief Executive Officer (CEO) - Maxxima Group of Companies Malaysia
  •   Malaysia:
  • Maxxima Capital (M) Sdn Bhd - Importer/Exporter
  • Maxxima Resources (M) Sdn Bhd - Manufacturing
  • Maxxima Health Sciences (M) Sdn Bhd - Sales
  • Maxxima Nutraceutical (M) Sdn Bhd - Ozone Therapy Center & Medical
  •   Indonesia:
  • PT Maxxima Nutraceutical Indonesia
  • PT Maxxima Indonesia Mulia


Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan dengan Cell Maxx nie boleh layari laman web Cellmaxx Malaysia




#untuk pembelian @ pertanyaan emailkan kepada saya :

  • akma.blog@gmail.com / whatssap 019- 3460 414

Tuesday, July 26, 2016

D.I.Y : Bunga Rose Crochet






Assalamualaikum semua..tak jawab dosa hehe..alhamdulillah selesai sudah kerja projek D.I.Y akma kali nie diinspirasikan daripada bunga rose merah. Bunga rose crochet nie aku buat sebulan la nak disiapkan, satu hari paling banyak ikut kepenatan tangan dapatla 7 kuntum. paling sedikit satu hari ikut kepenatan tangan dapat 3 kuntum sahaja..aku nie tangan baru lagi nak belajar..belum tahap tangan yang pro yang biasa mengait nie..kadang tu banyak jugakla dapat dalam satu hari
Bunga rose crochet nie aku buat sebanyak 50 kuntum (sebulan) red color and pink color (25+25)





Lega rasanyer bila dah siapkan bunga telur rose merah dan pink nie untuk diletakkan dipelamin untuk sibakal pengantin. Kepada mereka yang ingin  menempah bolehlah membuat tempahan sebulan sebelum majlis yer supaya tidak la kelam kabut akma nak siapkan tempahan. Nak color apa2 pun boleh. Kalau nak tanya apa2 bolehlah email : akma.blog@gmail.com tidak pun malas nak email whassap jer pada number disebelah kiri eh sory kanan layout ye. :)


Bunga nie tahun lepas tak sempat dijadikan bunga telur adik beradik pakat dah ambik tuk diri sendiri simpan. Sampaikan ada yang main cop2 ini aku punyer ini aku punyer jangan ambik, amboi bukan main lagi diorang..hahaha