KEHADAPAN SAHABAT LAMAKU
Kehadapan Blogspot Akmadehika
Sudah lama kita tidak bertemu
Rindukah kamu kepadaku?
Marahkah kamu kepadaku?
Kerna ya aku tahu kamu sudah lama menyepi
Bersawang dan berhabuk..maaf
Tipulah aku tidak merinduimu wahai kawanku..
Marahkah kamu kepadaku?
Kerna ya aku tahu kamu sudah lama menyepi
Bersawang dan berhabuk..maaf
Tipulah aku tidak merinduimu wahai kawanku..
Banyak sekali ingin ku coretkan di sini
Sungguh aku rindu dunia penulisan yang tiada penghujungnya
Kehidupanku dan kesukaanku
Kadang kala ya aku tahu mungkin tiada siapa yang ingin membacanya
Hanyalah sebuah coretan seorang insan kerdil di alam maya
Luahan ku hanya untuk anak cucu kawan2ku bila ku sudah tiada
Wahai kawanku...
Apa khabar? sihatkan....
Aku alhamdulillah sentiasa sihat..
Doain aku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan
Aku berjanji tidak akan mengabaikan kamu lagi
In Syaa Allah akan ku melawatmu setiap hari
Menulis mencoret dan terus menulis apa sahaja
Sehinggalah aku sudah tiada atau aku lupa password kiki
Ketika aku sedang menaip ini
Banyak sekali di pemikiranku untuk menceritakan kepadamu wahai sahabat
Study..kawin..anak..buku..masak..travel..
Arghh!!banyak sekali
Jari jemariku juga sudah gatal untuk menceritakan hal itu semua kepadamu
Terima kasih kerna sentiasa setia kepadaku
13/10/2019 , 10:35 PM