Wednesday, September 18, 2019

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Kepada kamu,


Hari Berganti Hari,
Bulan Berganti Bulan,
Tahun Berganti Tahun,
Bunga juga sudah bertukar bunganya,
Tak tahulah sudah keberapa kalinya ia memekarkan bunganya
Mungkin bunga ini bukanlah bunga yang dulu
Daunnya juga seperti lain tidak seperti daun yang dulu
itupun daun ini mula bertukar warnanya
Menunggu detik untuk ia jatuh ke bumi sahaja...

Tulisan ini buat pertama kalinya aku mencoretkan di sebuah
screen putih laptop yang bukan kepunyaan aku
Tetapi kepunyaan syarikat suami ku
Lihatlah...
Title aku yang dahulunya keseorangan kini bertukar 
Betapa aku sudah lama tidak meninggalkan jejak disini
Lupa?
Tidak?aku tidak pernah sekali-kali melupakan
Tetapi....
Kekangan masa,waktu amat membataskan aku
Arghh!!!itu semua alasan!
Tidak.itu bukan alasan ...aku memang tidak punya waktu untuk itu
Kerna pengajianku sewaktu itu amatlah tidak mengizinkanku ke sini
After study, aku menikah dengan seorang jejaka yang amat aku cintai
Di sini bermulalah tanggungjawab ku sebagai seorang pelajar kini seorang isteri
Aku teringin sangat untuk menceritakan detik2 indah ku dengan kamu
Tetapi....
Laptop ku pula rosak (menangis di bucu katil)
Rindu?
Ya mestilah aku sangat merindukan segala2nya di sini
Adakah ada lagi yang mahu mendengarkan luahan dan coretanku di sini?



18/9/2019
12:57am







AKMADEHIKA . 2019 e | s