Monday, February 06, 2012

HiStOry of 'CameRa'

Assalamualaikum w.b.t.........

aema nak cite cikit jer psl camera wlupun xtau pe2pn pasal camera nie.cikit ape banyak tu...^o^hehe
korang korang yang da anggap camera nie gf or bf korang, Syok giLeerr ar!!kan. tau ke asal-usul camera nie??hah xtau..mcm cikgu tanye ank murid la pulok. ^o^


Korang tau perkataan 'kamera' nie kononnya berasal dari perkataan Arab 'qamara' yg bermakna sebuah bilik gelap @ bilik peribadi. mybela dari word nie pula bhs Melayu menyerap perkataan 'kamar'.

Tapi...teori nie masih diperdebatkan oleh para ilmuwan dan ahli sejarah Barat...
perkataan kamera sendiri memang telah ade pun dlm kosakata bhs Latin yg bermakna "ruang @ kamar bundar/berkubah." Dalam kesusasteraan Barat, Leonardo Da Vinci sering dikatakan sbg pencipta konsep "the dark box" nie, disamping penemuan canggih lain spt pengepam air dan pesawat terbang (lbh mirip pd helikopter).

Tapi....korg mesti ingat da Vinci sgt terpengaruh dengan karya2 ilmuwan islam, terutamanya karya2 Ibnu al-Haytsam (al-Hazen). Selain tu korang jgn lupa fakta bhw salinan bertulis dr karya2 jurutera muslim Ahmed bin Musa, msh tersimpan di Perpustakaan Vatican taw....

Sumbangan Ibnu al-Haytsam yg terkenal adalah aplikasi alat al-Bayt al-Muzlim @ camera obscura, gabungan dr bhs Arab dan Latin utk membuktikan teorinya bhw chy bergerak melalui gerakan lurus...kalau korang nak tau, diBarat beliau dikenal sbg Alhazen pd abd ke-10 dan org pertama yg menemui chy bergerak melalui garis lurus..


Rajah lakaran cara pin hole camera berfungsi

aema dpt tau yg camera obscura nie merupakan bentuk asas kamera fotografi moden..kamera nie ditemui stlh beliau mengamati bgmna sbhgn cahaya terpantul pd dinding stlh melalui lubang d'dalam tirai penutup jendela. Camera obscura berfungsi berdasarkan prinsip sebahagian chy apabila dipantulkan dari objek yang dikenakan cahaya akn bergerak melalui 1 celah kecil dlm ruang gelap d'mana kemudian pic objek akn dipantulkan scr terbalik pd 1 dinding dlm ruang. Beliau juga menyatakan bhw semakin kecil lubang yg digunakan, maka pic yang dihasilkan akan semakin bagus..ini merupakan penemuan revolusionari dlm bidang optik.mcm cikgu sains lah pulak...^o^hehe



camera obscura

Camera Obscura pertama kalinya dipetik dalam karya ilmiah Barat karya Joseph Kepler (1571-1630).
Kepler nie kemudian mengembangkan camera obscura dengan menggunakan lensa negatif  disebalik lensa positif, yang mana hasilnya adalah gambar yang terpantul membesar ( prinsip nie digunakan dlm lensa foto moden). Robert Boyle (1627-1691) org pertama yg menyusun kotak kamera obscura yg bentuknya kecil dan mudah dbawa kemana2 pd thn 1665.

Setelah 900 tahun berlalu penemuan Ibnu al-Haytsam. pertama kalinya spectrograph digunakan untuk menangkap gambar yang dihasilkan camera obscura.

Fotografi  kekal pertama dilakukan oleh  Joseph Nicephore dengan menggunakan filem sensitif. Dia jugalah yang memperkenalkan kamera Kodak yg membolehkan adanya fotografi moden nie taw..

JADI......
korang mesti ingat yang perkembangan dunia fotografi yang pesat sampai sekarang nie tidak dapat dipisahkan  dari peranan Ibnu al-Haytsam, salah seorang ilmuwan kebanggaan umat islam...


hehe ^o^...


p/s : dipetik dari buku 'sumbangan karya sains hebat islam abad pertengahan'.



seindah nama ibuku beri
Siti Nurakma bt Khaieri



No comments: