Khasiat Lobak Merah
Lobak merah dapat ditemui dengan mudah di seluruh dunia. Ia membantu mempertahankan paras asid dan alkali yang tepat untuk tubuh badan kita. Lobak merah baik untuk mata, kulit, tulang, hati dan otot-otot. Lobak merah juga membantu tubuh kita membersihkan darah, membantu sistem pencernaan dan anti- gas perut.
KEBAIKAN RAWATAN DARI LOBAK MERAH:
Sebagai Tonik
kredit to buku 'Rasullullah is my doctor' by Jerry D Gray
Sebagai Tonik
* Memakan lobak merah secara mentah ataupun meminum jus lobak merah secara teratur dapat menjadi tonik yang baik untuk mata dan kulit kita. Ia juga membantu bagi mencapai dan mempertahankan keadaan kesihatan umum yang baik. Sekiranya kamu memberikan 2 - 3 sudu jus lobak merah yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu kepada anak kamu yang lesu, insyallah ia mampu menambahkan kekuatan mereka.
Masalah Mata
* Meminum jus lobak merah juga dapat membaiki kemampuan penglihatan. Manakala memakan dan meminum jus lobak merah pada setiap hari dapat mengubati rabun. Mencuci mata dengan air bekas rebusan lobak merah menjadikan mata sembuh daripada ketegangan mata.
Sakit Kepala
* Minum campuran jus lobak merah, ubi bit dan timun. Berdasarkan pengalaman penulis, Jerry D Gray campuran ini mampu mengurangkan sakit kepala.
Batu Karang
Minum 1 gelas jus lobak merah, ubi bit dan timun dalam sukatan yang sama, dapat membantu menghancurkan dan mengeluarkan batu karang daripada tubuh badan kita.
Reumatisme
Minum jus lobak merah secara teratur membantu bagi menyembuhkan reumatisme. Jus lobak merah yang dicampurkan dengan ubi bit dalam kuantiti yang sama mampu memberikan kelegaan daripada reumatisme.
Masalah Kulit
Minum jus buah ini secara teratur dapat menyembuhkan jerawat, kulit kering, gatal-gatal dan darah kotor. Kulit kita juga kelihatan berkilau dan menyerlahkan aura kulit.
Gangguan Perut
Minum jus buah ini dan bayam setiap kali selesai makan dapat membantu menghilangkan sembelit. Makan lobak merah secara segar ataupun minum jus lobak merah secara teratur menyembuhkan cirit-birit disebabkan oleh sakit pencernaan yang kronik, mengurangkan kadar asid dan menghilangkan ketidakselesaan perut.
Masalah Pundi Kencing
Minum jus buah ini 2 kali sehari dapat menjaga saluran pundi kencing supaya tidak kotor dan tersumbat.
kredit to buku 'Rasullullah is my doctor' by Jerry D Gray