Majlis Pertunangan Wawa & Mohan
Assalamualaikum..ingat lagi tak akma pernah tulis berkenaan pencarian pelamin mini sebagai D.I.Y untuk dibuatkan semasa majlis pertunangan adik akma? nampak pelamin dekat belakang tu gigih kaw kitorang buat sampai 1 pagi. Mana tak gigih buat semuanya khas untuk adik kesayangan aku.Huwahaha!! gelak tak ikhlas. Disebalik cerita nie akma cakap dekat dia "ko sewa ajela..aku malas nak buat tuk kau"haha kejam tak aku. Pastuh dia mulala berdrama pulak dengan aku..mula la keluar air mata darah bagai..hahaha sebenarnya takde pun saja aku reka cerita..marah dia kalau baca nie.^o^,memang seikhlas hati kecil nie nak membuat..hah aku puji diri sendiri pulak. Siyes beb betul! adik akma tu dia taknak sewa sebab nak jimat kos kan..lagipun tunang aje pun katanya. takpa yah la kau nak ber'grand2' bagai..kalau kau tu anak datuk ker anak menteri ker artis ke bolehla. Kita nie orang biasa..sedarla sikit..Ahcewah! Majlis pertunangan nie dibuat selepas raya haji haritu..memang nak update pasal pertunangan nie tapi terlupa..dah ingat terusla akma..nanti tangguh2 sampai tak sudah karang tak update.hihi
Saranghae!!!
Pelamin 100% aku nak ko buat taw ct..nie panggilan akma dekat dia.Korang jangan heranla..adik akma nie memang brutal..dibantainya panggil aku ct kaw.hahaha,lantak....off je fon akma terus search mini pelamin yang boleh dijadikan rujukan. Diri tengah eksited kan..dalam otak dah berlegar2 dah idea. Tinggal nak direalisasikan aje..itu yang buat sampai pukul 1 tu padahal simple je tu pelaminnyer..kiki,nasib baik dia puas..lagipun dia pun ade jugak menolong dengan kakakku dan abangku. Tak elok ambik bantal sorong sendiri kan..
Tengah duduk tu still available.My sister..hihi terbuka sape nak jadi abang iparku persilala..haha,hai promote kakak sendiri nampak..
Ok nie sesi paling aku suka. mana tak suka kaw, orang dah langkah bendul kita., orang yang melangkah bendul dapatla habuan..bukan main seronok aku dapat hadiah.hahaha, ini pun akma dengan kakak turun lambat. kitorang tak makeup apa main sarung je tudung. Yang lain semua dok bertanya mana kakak2nya yang dilangkah tu. haha, padahal masa pihak lelaki sampai kitorang baru siap mandi. Ruang tamu bawah tengah sibuk bermesyuarat diantara kedua-dua belah pihak, akma dengan kakak sibuk bersiap dekat atas bergosip-gosip.^o^ kitorang ingatkan orang yang dilangkah bendul nie tak perlu turut serta rupanya kena jugak..masa pihak laki panggil kami memang kelam kabut kaw bersiap takde dah nak bergosip-gosip time tu.hahaha kelakar sih. Time turun tu memang malu sih sebab semua mata tertumpu dekat akma dengan kakak. Nampak sangat macam tak laku je lambat kawin.hihi
Alhamdulillah..selesai sudah adikku nie bergelar tunangan orang kepada bakal suaminya bernama Muhammad Musyir aka Mohan. Gembira sangat-sangat!tahun depan 2015 insyaAllah berlangsunglah majllis mereka. Tak sabar nak menunggu.
Selesai sahaja majlis, aku ajak dia tangkap gambar dekat semak samun mana entah nie. Lantak kaw..dia pun layankan jela dengan kakak sengal dia nie..haha, belakang baju biru tu kawanku sebaya pun dah kawin. Dah jadi mak buyung pun. Tahun depan bulan 1 insyaAllah lahirlah baby tu. Tak sabar aku!dia pun layankan jela..lepas nie aku layan diri sendiri je sebab dah takde kawan dah dekat rumah. masing-masing dah bersuami. aku tunggu orang masuk meminang aje la..mak aku terima aku on, mak aku tak terima aku off. senang kan macam tu..^o^
Gelak sampai puas!hahahaha.macam sedap je anggur tu
Papai adik iparku..tahun depan datang lagi ye..habis selesai sesi perbincangan majlis, makan semua maka mereka pun pulanglah kerumah...rumah pun bukannyer jauh mana pun selang beberapa kampung aje pun..itu yang tadi akma cerita pihak lelaki sampai pun kitorang baru siap mandi.hihi,adik suruh pihak lelaki datang pukul 11 menang sharp dorang datang pukul 11 sampaila pukul 12 lebih tak silap akma majlis nie habis..Alhamdulillah..sekarang nie tinggal majlis besar pulak.