Saturday, April 04, 2015




Sudah menjadi lumrah setiap wanita ingin kelihatan cantik. Ada yang menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli produk kecantikan yang memberikan kesan yang cepat semata-mata untuk menjadikan kulit lebih putih, berseri dan licin seawal 3 hari penggunaanya. TETAPI mengikut penilitian saya sendiri terhadap kaum wanita ini, mereka tidak tahu dengan lebih mendalam bahan-bahan yang terkandung didalam sesuatu produk tersebut. Oleh kerana terlalu obses untuk menjadi cantik dan putih, segelintir wanita tidak mempedulikan kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya mereka berhenti menggunakan produk tersebut.

Disini saya ingin memberikan sedikit informasi berkenaan salah satu bahan yang bagi saya bahaya untuk kulit wajah kita yang telah banyak diletakkan didalam produk kecantikan sekarang. Saya bukanlah pakar kulit dan bukanlah pelajar medical tetapi dengan bahan bacaan yang saya dapat patutlah saya mengwar2kan kepada pembaca semua.

 HIDROKUINON  adalah bahan yang sangat popular didalam produk kecantikan dalam memutihkan kulit. Menyedari tentang bahayanya kepada pengguna, Kementerian Kesihatan telah menarik balik semua krim pembersih dan pemutih muka yang mengandungi hidrokuinon yang tidak berdaftar daripada pasaran negara ini. Ini berikutan beberapa aduan daripada orang ramai bahawa mereka mengalami radang kulit dan kesan terbakar selepas menggunakan beberapa jenama pembersih dan pencuci muka. Hasil daripada siasatan mendapati krim tersebut mengandungi hidrokuinon pada kepekatan yang tinggi dan ia dijual tanpa kelulusan dan pengawasan daripada doktor perubatan. Sekiranya tindakan tidak diambil, sudah tentu barangan tersebut dijual secara berleluasa kepada pengguna. Kebanyakan bahan aktif seperti hidrokuinon, merkuri, raksa, asid askorbik dan peroksida digunakan secara terhad sahaja. Krim yang mengandungi hidrokuinon memang amat berkesan dalam menghilangkan tompokan hitam dan menjadikan kulit lebih cerah TETAPI sekiranya bahan tersebut diletakkan secara kepekatan yang tinggi, bahan tersebut menjadi racun kepada kulit. Senang jer untuk mengenalpasti krim yang mengandungi bahan berbahaya ini, bila kita guna..kesan seawal boleh nampak selama 3hari sahaja ataupun sangat singkat. Memang setiap wanita menginginkan kesan yang sangat cepat tetapi fikirlah bahayanya kepada kulit kita pada jangka masa yang panjang dimana pabila kita sudah meningkat usia tua nanti. Biarlah lambat asalkan tidak menjejaskan kesihatan kepada kita.

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan  produk yang mengandungi bahan kimia hidrokuinon patut dielakkan, merkuri dan seumpamanya kerana risikonya sebagai penyebab kanser. Hidrokuinon bertindak aktif menghalang aktiviti enzim tyrosinase yang bertindak dalam pembentukan melanin iaitu zat pigmen dan menyebabkan kulit menjadi gelap dan kesan noda2. Padahal melanin berfungsi sebagai pelindung kulilt daripada sinar UV dan menghindarkan kita dari kanser kulut. Hidrokuinon ialah racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih kulit. Penggunaan hidrokuinon sangat berkesan dalam mencerahkan kulit manakala parut dan jeragat juga pulih sama sekali dengan cepat. Namun tahukah sebenarnya perubahan secepat itu terjadi akibat hakisan. Kesan pemutihan ini tidak akan kekal lama dan kembali kepada warna asal jika mereka menghentikan penggunaannya. Jadi untuk terus kekal kelihatan putih, pengguna terpaksa menggunakan produk yang berhidrokuinon dengan dos yang lebih tinggi.

Jika lapisan kulit epidermis kita telah rosak, kulit kita sudah tidak mengandungi protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kesan radiasi panas matahari. Akibatnya, pengguna produk pemutihan tidak boleh terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Kesan buruk pada kulit seperti ruam kemerahan akan mula kelihatan. Dalam penggunaan krim pemutih kulit yang mengandungi hidrokuinon, kesan sampingan hidrokuinon adalah sedikit sahaja jika digunakan pada kepekatan yang rendah tetapi kesan kulit terbakar boleh berlaku jika krim tersebut digunakan pada kepekatan yang tinggi. Sekiranya digunakan dalam tempoh masa yang panjang digabungkan pula dengan pendedahan kepada cahaya matahari ia boleh mengakibatkan penghasilan tompokan dan bonjokan kekuningan pada kulit yang juga dikenali sebagai okronosis. Kerosakan ini akan berkekalan pada kulit kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk mengembalikan semula proses ini.

Hidrokuinon bukan sahaja berbahaya jika digunakan pada kulit malahan jika termakan ia boleh menyebabkan keracunan yang serius. Sekiranya termakan dalam jumlah 5 hingga 15 gram, bahan tersebut boleh mengakibatkan gelugut dan kerosakan sel darah merah. Sebagai peringatan kepada saya juga kepada semua..sebelum menggunakan sesuatu produk kecantikan baca dahulu isi kandungan dan kalau boleh research dahulu bahan2 itu daripada apa sebab kadang kala kita mudah terpengaruh dengan pelbagai produk kecantikan yang berlambak2 dipasaran yang menawarkan kesan yang cepat.







Hasil bacaan : USM hidrokuinon & Zarraspecialist

                   



AKMADEHIKA . 2019 e | s