Tips percutian 3 hari 2 malam diBandung,Indonesia
Assalamualaikum
Holla readers ^o^
PART I
Nak cakap pasal tips sebenarnya ramai dah kan blogger2 diluar sana sudah menulis dan semua orang biasanya dah tau tips2 ni..baca blog semua tips sama sahaja..tak ubah macam nak buat nasi lemak la..bahan2nya semua sama je..bahan utama nasi kena letak santan, kalau tak letak takdela namanya nasi lemak..nasi tak lemak itu namanya..jangan kaw berlemak letak air supla kononnya nak menggantikan santan..kalau susu bolehla..pastula ada timun, kekacang, telur rebus, ikan bilis..macam la nak pergi travel kan..bahan paling utama pasport..takde pasport nie memangla tak jadi travel kaw tuh..lepas tu tukaran matawang asing, bahan terlarang tak boleh, baju secukupnya.
Sebenarnya akma ingin berkongsi first experience akma travel..tajuk tu yo2 o jew..hahaha, biarlah korang kan dah banyak travel kan..bagi akma pulak nak berkongsi ..hewhew ^o^
***************
Dari Malaysia flight pukul 9 pagi. Sebelum pintu dibuka kami berselfish la kejap kan..haha, penyakit akma kalau pergi mana2 jer mesti perut ni buat hal..nak itula nak inila..tak kisahla tempat tu jauh 2jam dari rumah pun dia boleh buat hal. Family dah kenal sangat dah..hahaha ngade2 gedik je lebih perut nie..masuk toilet bukannya nak keluar pun..buat semak sakit perut aku je..
TIPS 1: Bawa baju sehelai sahaja untuk menjimatkan ruang bag.
Tiba diBandung dalam pukul 11. Perjalanan Malaysia ke Tanah Bandung mengambil masa dalam 2 jam. Tak lama pun kan..duduk dalam flight baru nak pejam dah sampai..ok tu tipu. Inila mak shayang muah2 akma!^o^ Orang cakap Bandung adalah syurga shopping murah2 bagi rakyat Malaysia kan. Jadinya akma kesini dengan bag kosong ajelah..pakaian akma bawak 2helai aje..yang lain2 beli dekat Pasar Baru nanti. sebab aku dah tau dah nanti balik kompom pom 10 20 kilo ko bantai kan..itu baru personal kan belum lagi dengan tempahan sedare mare semua..Ok noted korang tips pertama kalau tujuannya nak bershopping kesini jangan bawak baju banyak2 setakat selai dua lai udahla ye memberatkan bag aje.
TIPS 2: Pastikan supir ada menunggu untuk menyambut kedatangan korang.
Sampai sahaja dipintu airport ternampakla pak supir pak supir yang korang janji tuh menunggu korang. Korang tak perlu risau dah dekat situ. kitorang pak supirnya enggak ada..jadinya kenala tunggu dalam 15 minit pak supir datang ambil kami. Datang2 bukan pak supir ya..mas supir lagi ganteng..melompat kegirangan dapat mas supir ganteng..ok aku nie gatal pulak.haha ok noted korang tips kedua pastikan pak supir korang ada menunggu korang so korang takdela menggelabah beruk dekat situ.^o^
TIPS 3: Cari hotel murah bagi menjimatkan duit korang nak berbelanja nanti.
We stayed at Grand Tulip Hotel. Hotel nie baru sahaja dibuka, very comfortable. Family room. rehat2 makan kejap sebelum janji dengan supir keluar pukul 1.30.. Sebenarnya my sister selaku travel planner bercadang ingin menginap di Zodiac Hotel tapi disebabkan kitorang pergi nie kena pulak hari Asian African Conference..jalan dihadapan Zodiac Hotel akan ditutup, takutnya kami tak boleh keluar pulak esok. Menangisla kaw ramai2 dekat dalam bilik. Nasib memang tak buat apa2 pembayaran. Jadinya kami menginap diGrand Tulip Hotel murah pun murah dari Zodiac mahal sikit cuma hotelnya dekat dengan Pasar Barula nak shopping boleh jalan kaki. Nak murah pergi ke Grand Tulip Hotel. Ok noted tips ketiga nak jimat bayar hotel carila hotel murah2 ye.
*******************
Esoknya hari kedua pukul 9.30 kami janji dengan mas henry (nama mas supir kami) nak ke kawah putih. Jauh jugak dari bandar Bandung nak ke kawah putih dalam 2 jam jugakla. ingatkan 1 jam je. Sepanjang perjalanan tak ubah macam ke Cameron berliku2 tapi kiri kanan perkampungan. Seronok sangat tengok kawasan perkampungan mereka sambil menikmati keindahan Allah S.W.T. memang cantik, dengan padi humanya. Dulu belajar sejarah teringin nak tengok padi huma depan2 sekarang da dapat. Bukan setakat padi huma sahaja, pokok bawang, pokok strawberry..
Sepanjang perjalanan memang amat meletihkan dalam kereta.Sampai pintu gerbang Welcome to Kawah Putih ingatkan betul2 dah sampai rupanya jauh lagi naik keatas. .selalunya perjalanan pergi memang lama kan tapi balik rasa sekejap sahaja sampai..
Dulu tengok cerita My Heart, kot..aku tak ingatla..dorang berlakon dekat sini teringin nak pergi..tak sangka pulak tempat yang dorang berlakon nie dekat Indonesia.Tempatnya memang sejuk sangat..ingatkan sejuk2 biasa rupanya memang sejuk betul macam duduk dalam peti ais. Tengok dalam gambar memang nampak tak sejuk berasap je. tapi yo2 o je tu cover nak tangkap gambar mestila kena tahan kejap sejuknya..mak aku sekejap jer dekat kawah putih nie sebab tak tahan sejuk. Habis tangkap gambar mak terus naik atas duduk dalam kereta. nasib ada mas henry temankan..
TIPS 4: Pastikan korang pakai baju tebal dan mask ke kawah putih.
Pergi ke kawah putih nie kena pakai mask sebabnya bau belerang dari danau nie sangat kuat. Bahaya pada mereka yang mengalami asma. Kita yang orang biasa nie pun tak tahan baunya, apatah lagi makcik pakcik. Alhamdulillah mak takda apa2 cuma tak tahan sejuk ajela..noted tips kesini pastikan korang pakai baju tebal setebalnya dan bawak mask siap. bagi mereka yang ada penyakit seperti asma dan sewaktu dengannya pastikan bawa ubat siap2 atau first aid .
Ini namanya Goa Belanda.Sudah tertera diatas pintu gua tidak dibenarkan pandang lama2 digua nie merbahaya. Sebabnya aku tak tahula..kalau ada penjaga gua nie bolehla kita bertanya kan sebab dan musabnya, nie takde tak boleh nak bagitau. Senang cite kau janganla buat naya tengok lama2 karang ada benda yang keluar den tak jamin..haha, sudah sedia maklum tempat nie sememangnya keras..jadinya makhluk2 dialam lain juga menjadi penghuni tempat ini. ditempat orang nie kita tak bolehla terlalu berseronok sangat kenala selalu beringat. ingat tuh...
Aku terfikir jugak ada tak ye orang pernah lemas dekat dalam danau nie. Manala tau kot2 tengah syok2 berselfish ke berphotoshoot ke dorang jatuh dekat danau nie. Haish seram jugak aku memikirkan.
Balik dari kawah putih bolehla membeli sedikit souvenir untuk kawan2.
continue part II yaa.. ^o^