Friday, January 01, 2016

Assalamualaikum w.b.t


haii olls !!

Banyak sangat perkara yang berlaku di sepanjang 2015 kan..tak kisahla kenangan pahit mahupun kenangan manis yang telah berlaku dalam kehidupan masing-masing

CONGRATSS!! 

for those yang :

Yang dah berumahtangga dan bertunang pada tahun 2015
Yang mendapat pekerjaan baru, kenaikan pangkat, Kelahiran cahaya mata,rumah baru, kereta baru, telefon baru, melakarkan perniagaan sendiri, pakwe awek baru oppss!!hahaha tahniah2 semua!!

TAKZIAH..

Al-Fatihah dan takziah kepada mereka yang telah kehilangan salah seorang keluarga tersayang, sahabat handai, haiwan dan apa sahaja yang membuatkan anda bersedih pada tahun 2015

Akma mendoakan yang telah kehilangan yang tersayang semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, diringankan azab kubur dan semoga kita sama-sama sentiasa mengingati mati, dengan mengingati mati kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. juga dilindungi daripada fitnah dunia.

Tidak banyak yang berlaku disepanjang perjalanan hidup akma  pada tahun lepas 2015. Semuanya kenangan manis..dengan perkahwinan adik kesayangan dan selebihnya saya banyak menghabiskan waktu dengan study gembira sebab final year dah..alhamdulillah..

Lembaran baru 2016 nie.. banyak benda nak dibuat salah satunya nak kumpul duit banyak2 tolong family hehe. Tambahkan ilmu2 agama didada semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Kita hanya merancang Allah s.w.t yang menentukan....amenn

Akma mendoakan semoga kalian semua lebih berjaya dengan azam baru yang telah dirancang...semoga yang dirancang itu dipermudahkan jalannya oleh Allah s.w.t...

Nah kalendar 2016 untuk korang ^o^






2 comments

Salam ukhuwah...singgah follow blog yang comel ni...selamat tahun baru...

REPLY

Salam ukhuwah juga!!selamat thun baru

REPLY

AKMADEHIKA . 2019 e | s