Sunday, June 22, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera



'GAMES ESCAPE ROOM ' yang menjadi phenomena di Japan, China dan United States kini menjadi REALITI!! lebih sejuta yang telah bermain. games yang biasanya dimain oleh penggemar games di smartphone, computer ataupun laptop kini direalisasikan menjadi realiti @ dunia sebenar!!.  Games ini memang popular diluar negara kerana permainannya yang cukup menguji minda pemikiran kita dimana permainan ini menguji kita cara bagaimana kita melepaskan diri daripada bilik tersebut dengan mencari klu2 yang tersorok dibilik tersebut.  Disebalik satu bilik tersebut terdapat satu pintu yang akan menembusi kebilik yang lain.

Bagi sesiapa yang pernah bermain games ini ditelefon mereka mungkin mereka akan berasa teruja kerana design bilik yang mereka lakukan sama dengan apa yang pemain bermain melalui telefon mereka. Seperti masuk didalam telefon tersebut menyelesaikan masalah. Untuk mencari klu , mereka ini mungkin lebih relax dan klu mungkin ada sedikit persamaan dengan games alam maya.

DiMalaysia, Escape room ini dibuat 6 tempat iaitu di Berjaya Times Square, E-Curve petaling jaya, Setiawalk Mall Puchong, Bandar Botanic Klang, 1st Avenue penang dan Sutera Mall Johor Bahru. Korang boleh click di SINI . Terdapat 7 bilik yang berlainan tahap kepayahannya..dimana korang boleh pilih dari senang hinggalah bilik yang paling susah.

HEAVEN AND HELL
TAHAP KEPAYAHAN : 4


GALLERY : THE INSIDIOUS ART THIEF
TAHAP KEPAYAHAN : 4


THE HAUNTED HOUSE
TAHAP KEPAYAHAN : 5


WONDERLAND : THE MAGICAL ADVENTURE
TAHAP KEPAYAHAN : 3


TAKEN - THE PERFECT ABDUCTION
TAHAP KEPAYAHAN : 5


THE VAMPIRE CHRONICLES
TAHAP KEPAYAHAN : 4


SAFARI JUNGLE - JOURNEY TO THE SECRET TREASURE HUNT
TAHAP KEPAYAHAN : 5


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bilik-bilik ini korang boleh click Escape Room. Disini diterangkan mengenai bilik-bilik tersebut dan apa misi yang perlu korang lakukan dengan limit masa yang telah ditetapkan.  



Ok, bagi akma...akma memang tak pernah bermain 'Escape room' dismartphone dan tak pernah tahu pun.    
Kali pertama masuk bersama kawan2 di Berjaya Times Square, korang boleh masuk by group..mereka pun macam akma jugak tak pernah main, seriously, memang sangat2 mencabar minda kita..kami telah memilih Gallery - The Insidious Thief. Kali pertama masuk da pilih tahap kepayahan 4 tu..sepatutnya ambik yang wonderland aje...hahah

Mula-mula diterangkan bag, telefon segala bagai tidak dibenarkan masuk. Korang jangan harapla berangan-angan nak ambik gambar kat dalam bilik tu. memang masuk court la korang nanti..sehelai sepinggang je korang masuk..jangan risau dorang sediakan drawer yang berkunci dan key tu kita pegang la..gila nak staff kat situ pegang..kang berlaku perkara yang tidak diingini pulak dah berlaku kan...lepas tu, diterangkan misi kita...dimana kami nie sekumpulan orang-orang kaya yang tidak puas dengan kekayaan yang kami ada..kami diberikan tugas untuk mencuri sebuah painting yang sangat lumayan..(lebih kurang camtula ceritanye)hehe..Dan bermulalah kami sekumpulan menjalankan misi mencuri tersebut di Gallery...

Korang akan diberikan 3 panggilan hayat dimana bila korang memang betul2 tidak mampu untuk mencari kod rahsia..mereka disitu akan datang tolong beritahu kod rahsia tu..tapi kami nie bilik pertama masuk pun da guna panggilan hayat..hahaha.mane tak serius susah kot kod rahsia tu..masuk second room guna lagi panggilan hayat..hahaha, malangnya akhirnya kami sekumpulan dah kena tangkap dengan police..tak dapat selesaikan misi...sedih giler kot..first time la katekan excited la nak masuk yang susah..kononyer sajela nak tengok susahnya macam mana...last2 memang susah betulla..hahaha,menyesal tak amik wonderland..hihi

Akma cadangkan la bagi korang yang ingin mencuba Escape Room yang realiti ini, better korang main games dekat alam maya dahulu...barula puas bila kita dapat selesaikan misi tersebut dengan jayanya..lepas tu korang bolehla cuba yang real punya..korang masuk yang susah pun tak terasa susah..senang je..

Lepas akma main games ini, balik rumah terus jer akma download 'Escape room'...hahahaha
sekarang dekat smartphone akma ada 5 games escape room dan akan download another escape room..hihi, dia memang banyak sangat jenis escape room nie..mula2 misi memangla senang nanti pergi ke bilik dan ke bilik lain memang susah....akma pun kadang tu rasa pening macam mana nak selesaikan..sampaikan buku study habis berconteng-conteng semata2 nak cari kod tu. bayangkan la...tapi memang sangat seronok..

Lepas nie, akma memang nak masuk lagi la..rasa macam nak cuba kesemua bilik tu aja...hihi

Have Fun!!







Jom kita menjana pendapatan dengan eachinvitepay.com

AKMADEHIKA . 2019 e | s