Thursday, July 03, 2014


Alhamdulillah...
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dibulan ramadhan yang penuh mulia ini pada hari ini 3 Julai 2014 bersamaan 5 ramadhan 1435 Masihi, seorang model yang cukup dikenali dalam bidang peragaan Felixia Yeap telah memeluk islam tanpa ada sebarang media dengan bersaksikan 4 orang saksi.

Inilah kebahagiaan yang dicari-cari oleh Felixia Yeap. To all muslim, this is the good news is Felixia Yeap has decided to convert to Islam..Subhanallah..kita sepatutnya rasa bersyukur kerana sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam tidak perlu bersusah payah menghadapi segala cacian sepertimana yang dihadapi oleh Felixia, dia telah bersusah payah mengharungi segala cacian, makian, halangan semata-mata kerana Islam dihatinya.


Quoted from her blog

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modelling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.

Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan.
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari.  Sebab apa gunanya punyai kemewahan 
tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Tersentuh air mata saya membaca pengakuan jujur Felixia Yeap ini diblognya.
Katanya lagi, dia akan tetap mengekalkan nama cinanya ini yang bermaksud "Ketenangan, Keanggunan".
Cuma dia akan menambah kurniaan nama dari mimpinya dihadapannya.

Untuk membaca kisah hidup Felixia Yeap diblognya

DISINI



Bersama-samalah kita mendoakan kebaikan kepada saudara baru kita ini semoga dia sentiasa dilimpahi Rahmat dari-Nya dan bersabar dalam menempuh segala cabaran dan dugaan yang menimpa-nimpa datang kepadanya. Sokongan kita kepada semua saudara baru kita diluar sana amatlah diperlukan kerana kita lah mereka akan terus bertahan dan kuat dalam menghadapi kehidupan baru mereka. Subhanallah..Allah huakbar..

Rasulullah SAW menceritakan:

" Zaman sebelum kalian ada seorang yang membunuh 99 orang, dia ingin bertaubat lalu bertanya dimana orang yang paling alim di muka bumi? Dia pun ditunjunkkan kepada seorang ahli ibadah.  Dia mendatangi ahli ibadah itu dan berkata, 'Aku telah membunuh 99 orang, adakah boleh aku bertaubat?' Ahli ibadah menjawab, 'Tidak mungkin.'  Akibat marah dengan jawapan itu, dia membunuh ahli ibadah itu dan genaplah 100 orang.

Dia ingin bertaubat lagi dan bertanya dimana orang yang paling alim?  Dia ditunjukkan seorang alim (orang  berilmu). Dia berkata, 'Aku telah membunuh 100 orang, mungkinkah bagiku taubat?' Orang alim menjawab, 'Ya. Siapa yang menghalang seseorang dari taubat? Pergilah ketempat ini kerana di sana terdapat manusia yang menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama mereka dan jangan kamu kembali ke tempatmu kerana tempat itu adalah tempat yang buruk.'

Lelaki ini berhijrah.
Ketika di tengah perjalanan, sampailah ajalnya. 
Terjadi perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat azab ( yang ingin mengambil nyawa). Malaikat rahmat berkata, ' Orang ini datang untuk bertaubat dengan menghadapkan hatinya kepada Allah.' Malaikat azab berkata, ' Orang ini belum melakukan kebaikan sedikit pun.'

Lalu datang malaikat lain dalam rupa manusia, mereka sepakat menjadikan malaikat ini sebagai pemutus. Malaikat ini berkata,'Ukurlah jarak dua tempat tersebut. Jika jaraknya dekat, dia yang berhak atas orang ini.' Lalu mereka dapati orang ini lebih dekat dengan tempat yang dia tuju. Maka rohnya dicabut oleh Malaikat Rahmat."

(Sahih A-Bukhari & Muslim, turut dimuatkan dalam Riyadhus Salihin Imam Al- Nawawi)

CREDIT TO ilmuanIslam









4 comments

Alhamdulillah, niat baik Felixia dipermudahkan Allah... semoga Felixia terus dibimbing setelah memeluk Islam.

REPLY

Semalam kita dah dapat sedare baru. Alhamdulillah..

REPLY

Btw nanti off show verification tu eh. Susah nanti orang nak komen.

REPLY

Alhamdulillah..Semoga Allah permudahkan segala urusannya..
Ismi Ana : OK!

REPLY

AKMADEHIKA . 2019 e | s