Wednesday, August 27, 2014


Fiesta Blogshop 2014 adalah satu event besar bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57 yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan MYNIC. Fiesta ini bermula 28, 30, 31 August 2014. Untuk aktiviti 28 August 2014 diadakan SEMINAR USAHAWAN ANAK MERDEKA bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang. Seminar ini sangat-sangatla berfaedah bagi mereka mengingginkan teknik-teknik dan petua pemasaran yang berkesan, teknik fotografi berkesan dan banyak lagi. Seminar Usahawan Anak Merdeka ini dikendalikan oleh lapan orang penceramah yang berpengalaman dalam industri perniagaan. Yuran untuk seminar ini sebanyak RM120. Rugi bagi sesiapa yang tidak pergi. Bagi sesiapa yang ingin mengikuti seminar bolehlah membuat pendaftaran di Fiesta Blogshop

Seminar Itinerary:

MURAH HATI SESSION

Bagaimana Kami Boleh Membantu?
by Nik Shahril Nik Mahmood
Senior Manager, Business Advisory and Support Division
SME Corp. Malaysia

Bantuan Modal Anda
by Aiman Ali
Head of Program Financing
SME Bank

BIMBINGAN SAHABAT SESSION

Saya Nak Menjual Dalam Talian
by Talib Sabri Sulaiman
Chief Strategy Officer
MYNIC Berhad

Mudahkan Pelanggan Membayar
by Azizul Othman
Business Development Manager
MOLPay Sdn Bhd

PosLaju :Pilihan Penghantaran Terkini
by Ahmad Najmi Mahfodz
Chief Operating Officer
PosLaju

JIWA BOLEH SESSION

Rahsia Pemasaran Berkesan
by Muhammad Ammar Zaharudddin
Chief Executive Officer
Jootawan Group Sdn Bhd

Petua Pemasaran Dalam Talian
by Bella Al Yahya
Founder of Bella Ammara

Teknik Fotografi Berkesan
by Zamrul Din
Professional Photographer
Art Multimedia Technology

Berita gembira kepada semua blogger yang ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka bolehla turut sama menyertai booth difiesta blogshop pada minggu ini dengan mendaftar di www.fiestablogshop.my. Cepat-cepat daftar sebelum penuh..pelakon seperti elfira loy, Yana samsuddin, Emelda, kaka, zoey juga turut sama membuka booth mereka disana nanti. 
Jom kita sama- sama memeriahkan lagi Fiesta Blogshop pada 30 & 31 August ini..Sabtu dan Ahad ini! 
Jumpa kita disana ye! Insyallah....











2 comments

Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari segmen Nak URL Blog #10 by mialiana.. salam perkenalan, salam ceria dari MyCherita

REPLY

Salam ukhwah juga...

REPLY

AKMADEHIKA . 2019 e | s