Bawang putih dan 10 khasiat paling penting
sumber : google
Bawang putih adalah satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan. Bakteria yang aktif kepada bawang putih adalah bakteria mematikan Bacilus Antharacis. Ia menghasilkan racun antraks. Bahkan, bapa ubat antibiotik, iaitu Louis mengakui, bawang putih mempunyai kesan yang sama dengan penisilin. Darah individu yang memakan bawang putih dapat membunuh bakteria. Sebab itulah rakyat korea suka makan bawang putih begitu sahaja sebab sudah mengetahui khasiat sebenar bawang putih.
Selain itu, terdapat laporan mengatakan, aroma potongan bawang putih segar dapat membunuh bakteria yang berjarak 20 sentimeter. Turbekulosis adalah penyakit yang umum dan sekarang kembali melanda. Dahulu ia diubati dengan menggunakan bawang putih. Mikro bakteria tuberkulosis sensitif dengan beberapa komponen sulfur yang terdapat pada bawang.
1) HIV ( Human immunodeficiency virus )
- Menurut Duke , Pengarah Immune Enhancement Project of Portland, Oregon, Amerika Syarikat, "Bawang putih dapat menangkal penyebaran HIV 1 dalam tubuh." Oleh itu saranan kepada pesakit yang menghidapi penyakit ini memerlukan memakan 3 hingga 5 ulas bawang putih pada setiap hari.
2) Keracunan Darah
- Sesiapa yang mengalami keracunan darah atau terkena gigitan serangga, disarankan rendam bahagian luka dengan air bawang putih serta bahan-bahan daripada bawang putih.
3) Ibu Menyusukan bayi
- Untuk menyembuhkan ibu menyusu yang mengalami selesama adalah dengan caraa memakan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
4) Bronkitis
- Kisah benar, terdapat seorang kanak2 yang menderita penyakit bronkitis. Doktor memberikan beberapa antibiotik. Namun, tidak ada apa yang berlaku. Ibu kanak2 itu mula berputus asa. Tidak lama kemudian, seorang jiran memberitahu supaya meletakkan bawang putih mentah pada tapak kaki anaknya. Resepi ini dilakukan pada setiap malam. Ia kemudiannya ditutup dengan pembalut kaki. Selepas 2 hari, kanak2 itu yang berusia 4 tahun telah sembuh seperti sedia kala.
5) Kanser
- Senyawa alllium yang ada pada bawang putih dapat meningkatkan kekebalan tubuh, menjaga supaya karsinogen, iaitu kemungkinan penyebab kanser tidak dapat masuk sel-sel tubuh. Ini mampu menghalang perkembangan tumor. Dially sulfida, iaitu komponen minyak bawang putih juga dapat membuang karsinogen tidak aktif pada hati. Hasil penelitian menunjukkan. bawang putih sama seperti bawang merah, daun bawang dan daun timah. Ia dapat menurunkan risiko kanser perut dan usus.
6) Batuk, selesema dan hidung tersumbat
- Anda perlu sediakan sup bawang merah madu dengan cara mendidihkan bawang merah yang dicencang dan dicampurkan dengan madu, menggunakan api yang kecil. Kemudian, tutup periuk selama setengah jam. Selepas itu, tutup api dan sejukkan sup selama 10 minit. Pada masa yang sama, masukkan bawang putih kerana khasiat perubatan bawang putih akan hilang sekiranya dipanaskan dalam suhu tinggi. Tambahkan 6 - 8 ulas bawang putih cencang.
- Tutup periuk dan biarkan sehingga mencapai suhu bilik. minum dengan 1 sudu ubat batuk. Gunakan dos yang >kecil untuk kanak2 bergantung pada berat mereka. Gunakan dos seperti kanak2 untuk orang dewasa yang berat badannya 150paun @ 1/3 berat manusia dewasa. Ini adalah peraturan berdasarkan pengalaman bagi menyesuaikan dos orang dewasa kepada kanak2 sebagai ramuan yang baik.
7) Diabetes
- Cencang seulas bawang putih dan masukkan ke dalam gelas kecil. Kemudian, masukkan sedikit sahaja air panas. Kacau selama beberapa minit dan masukkan air seju secukupnya. Ramuan ini baik untuk sakit tekak, mengubati selesema dan menurunkan darah tinggi dengan cepat. Orang yang menghidap penyakit kanser, perlu minum ramuan ini bagi membersihkan darah mereka. James A.Duke dalam bukunya 'The Green Pharmacy' membuktikan pengambilan 1 ulas bawang putih pada setiap hari dapat menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh sekitar 10-15% dan menurunkan tekanan darah tinggi.
8) Mati pucuk
- Dari segi perubatan, bawang putih dapat memperbaiki peredaran darah. Pada ketika ini, ia disebut sebagai enzim yang bertanggujawab atas mekanisme ereksi. Kajian baru2 ini menunjukkan bawang putih menstimulasikan produksi NOS, terutamanya untuk individu yang memiliki paras enzim rendah dan sejak dahulu lagi, bawang putih diketahui sebagai pembangkit keinginan seksual.
9) Migrain
- Migrain biasanya jarang berlaku dengan pengambilan bawang putih. Ini kerana, bawang putih mencairkan dan membersihkan darah. Berhenti mengambil apa pun makanan yang mengandungi MSG dan aspartame. Langkah ini penting bagi menghentikan ayaupun mengurangkan serangan migrain.
10) Kehamilan
- Terdapat penemuan baru menyatakan, pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia, iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan, bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil. Penelitian ini dilakukan oleh Dr. D Sooranna, Ms. J Hirani dan Dr. I Das di Academic Department of Obstertic & Gynecology, di The Chelsea & Westminster Hospital, London.
Sumber buku: Rasullullah is my doctor Jefry D.Grey
2 comments
Bahan yang mudah dicari, kat dapur jer.
REPLYNice sharing!
Salam kenal, Akma :)
memang mudah kak nak cri bhannyer..salam kenal juga kak..
REPLY