Saturday, October 18, 2014

Mohd Khairul Izham


Inilah dia budak yang bernama Muhd Khairul Izham tu. 3 tahun..kenapa akma post pasal adik am,panggilan manja dekat rumah padahal ada lagi 2 orang adik dibawahnya. Setahun dengan dekat dalam perut.^o^..sebab akma rindu dengan ini budak la..huhu,rindu dengan suaranya,keletah nakalnya dan macam2 lagi la. Sebelum balik kekelantan,akma bawak adik am ke pantai dekat dengan rumah. 5 minit je dari rumah. Kebetulan waktu akma sampai bawak dorang nie,air tengah pasang memang seronokla kan..angin kuat..dan waktu tu jugak nelayan2 tengah memanaskan enjin bot masing2 untuk turun kelaut..tengok gambar kat atas tu bukan main kau posing macam orang besar je tengah menikmati pemandangan laut ciptaan Allah dengan mulutnya makan super ring!hehe..betapa indahnya Kau menciptakan laut yang begitu indah ini...




Akma bawa kakaknya sekali 4 tahun..dorang nie tengah duduk diatas bot yang tersadai ditepi pantai..tengok gambar nie mesti korang perasankan tangan kirinya bersimen kan? Budak baik memangla macam nie..haha,dengar berita adik am patah tangan terkejut jugak. Budak terlebih aktif dipanjatnya buaian jatuh akibatnya kenala. Itupun nie bukannyer nak serik..masih lagi berlari sana berlari sini panjat sana panjat sini..geramm je mana tak nyer risau kan..kita marah dia gelak2..haha sabor jela..itu yang membuatkan akma rindu sangat dengan keletahnya.



Kesian budak2 nie...tak boleh mandi pantai tengok je la...memang pantai dekat rumah akma nie tak boleh mandi sebab kotor..kalau akma balik setiap petang mesti bawak budak2 nie kesini..main buaian..ambil angin pantai tengok nelayan pergi kelaut menangkap ikan...buat dorang berasa gembira kita pun gembira kan...