Saturday, June 06, 2015

Assalamualaikum

Ini adalah perkongsian serba sedikit berkenaan pembidaan di ebay.  akma sebenarnya bukanlah pakar dalam pembidaan di e-bay tetapi adalah serba sedikit hasil pembacaan akma dalam buku Rahsia buat duit dengan ebay penulisan oleh Azahar Abdul Rahman. Perkongsian ini juga secara langsung sebagai rujukan akma pada masa hadapan dan juga pada mereka yang ingin belajar tentang ebay.

Ini adalah sebahagian Teknik yang dapat membantu dalam pembidaan korang di ebay:

1.  Buy it Now

Apa itu Buy It Now? pembeliaan secara terus. ok ini adalah teknik yang sangat mudah dimana pembeliaan ini dibeli oleh para pembeli tanpa perlu menunggu lama sehinggalah tempoh bidaan tamat. Selalunya, pembeli secara buy it now ini mereka memerlukan barang tersebut dengan secepat mungkin dan kebiasaannya para penjual di e-bay akan meletakkan harga yang khusus bagi pembeliaan 'Buy it Now' ini. Sekiranya korang jenis yang tidak suka menunggu lama dan tidak mahu melepaskan barang tersebut kepada pembeli yang lain, korang guna sahajalah teknik ini.

2. Maklumat tidak jelas ataupun kesilapan  penjual

Ada sesetengah penjual di e-bay ini menyenaraikan maklumat barangan mereka dengan tidak teliti ataupun tidak jelas seperti kesilapan pada tajuk barangan mereka, tersilap memilih kategori, tidak menyertakan gambar barang yang dijual, gambar yang kurang baik ataupun tidak jelas, memberikan maklumat produk yang tidak lengkap, maklumat yang tidak dapat difahami ataupun kurang lengkap dan terma2 sama ada daripada segi pembayaran ataupun penghantarannya yang tidak logik. Selalunya barang ini kurang diminati oleh para pembeli di e-bay. Tetapi korang nak jugak barang tersebut.
Apa yang patut korang buat sekiranya korang nak beli barang tersebut tetapi terdapat kesilapan2 diatas pada barangan? Inilah masanya korang mengambil kesempatan keatas barangan yang korang inginkan dengan bertanyakan kepada penjual tersebut maklumat yang lebih lanjut dan jangan lupa meminta diskaun / potongan harga keatas barangan tersebut. Strategi ini selalunya akan berhasil sekiranya korang pandai membodek penjual tersebut dan mana tahu mendapat diskaun yang sangat tinggi.

3. Refresh

Teknik ini adalah untuk pembida saat2 akhir. Teknik ini dilakukan oleh para pembida dengan meletakkan cursor pada butang 'Refresh' di 'Web Browser'. Strategi ini selalunya dilakukan apabila tempoh bidaan hampir tamat dan  korang dapat tahu berkenaan harga bidaan terbaru yang tentunya tertinggi pada saat itu. Walaupun ebay menyediakan senarai pembida sesuatu produk, mungkin senarai tersebut sudah lama dan tidak dikemaskini sejam ataupun 2 jam yang lalu. Korang guna teknik ini untuk membolehkan korang mendapat senarai yang tepat dan terkini. Ingat ini adalah teknik yang dilakukan pada mereka yang suka membida disaat2 akhir.

4. Bidaan berulang

Korang boleh menggunakan teknik ini kerana teknik ini untuk menakutkan pembeli lain bagi membuat bidaan. Ini dilakukan dengan membuat beberapa siri bidaan yang menunjukkan kepada pembeli lain seolah2 adanya persaingan yang sengit dan pembeli lain menyangka harga menjadi tinggi. Akhirnya mereka akan menjauhkan diri daripada turut serta dalam pembidaan barang tersebut.

Contohnyer: Korang nak beli jam tangan yang harganya RM300. Bidaan tertinggi jam tersebut sekarang RM330 dan katakanlah korang membida dengan harga RM331. Lepas tu ada pembida lain membida dengan harga RM333. Korang naikkan lagi bidaan hanya dengan kenaikan yang sedikit sahaja dari pembida lain. Ini akan menunjukkan terdapat banyak aktiviti pembidaan berlaku dan akan menjauhkan pembeli lain untuk turut serta.

Sekiranya korang nak menyamar dalam aktiviti pembidaan ini, daftar satu ebay atas nama korang dan satu lagi atas nama adik ke kawan ke ataupun isteri/suami korang. Nampaklah banyaknya aktiviti pembidaan disitu.









AKMADEHIKA . 2019 e | s