Majlis Anugerah Kecemerlangan & Pra-Graduan
Assalamualaikum
' TRIGGERING SUCCESS CALIBRATING EXCELLENCE'
Tema untuk majlis anugerah kecemerlangan & pra-graduan pada kali ini adalah James Bond!!aku tak fahamla kenapa la dorang ambik tema yang susah la bagi aku nak cari baju.haha,Sem lepas tema ketuanan melayu. Sem lepas senangla sikit para pelajar nak cari baju , pakai baju melayu dan baju kurung atau kebaya. ini james bond..aku pakai apa je yang ada dekat wardrobe aku tu.kiki
Korang rasa apa yang aku pakai nie ada ala2 james bond tak?hahaha
Sebenarnya aku takda mood pun nak pergi sebenarnya fikirkan assignment berlambak2 dengan presentations lagi pening kepala. Tapi difikirkan aku nie dah sem last dengan kawan2 disini why not pergi jela even aku dah dapat agak dah majllisnya macam mana kan..hahaha, nampak tak muka aku yang terpaksa senyum. Ini bukan tak suka ini senyum2 malu sebab ramai jejaka2 hensem dekat depan aku. haha
sory gambar agak tidak memuaskan..hehe..biasala kita pakai kamera fon je tak dslr tuh...huhu
makanan bagi aku mengikut tema la kan memang western food la. Serius aku cakap tak sedap dan tak kenyang langsung. Bersyukur la weh..ok..korang bayangkanla satu meja 8 orang tapi makanan yang dihidangkan alahai bagi aku sekadar hanya untuk pencuci mulut je la. Sudahla air dibagi air masak je dari awal majlis sampailah habis majlis. Tapi adela air tea herba diawal-awal majlis. Kalau iyepun nak jimat kan at least bagila air kenduri tu air sirap . haha, takpela sihat kan...^o^
Itu yang aku malas sangat nak pergi sebab dah dapat agak da..ok makanan tu penting ok dalam sesuatu majlis. Korang yang kos event tu jangan macam nie ye.hehe, iyela..kita nie apa-apa majlis pun tak kisahla majlis cukur jambul ke majlis bertandang ke ..makanan untuk para tetamu mesti diutamakan dahulu tau.
Dua anak dara pinggitan sedang mengiklankan gigi masing-masing. Gigi sapekah paling cun dekat sini. kompom2 la aku.^o^hahaha
Habis sahaja majlis kitorang pun apa lagi lompat bergumbira la senang hati!!hahaha
1 comments:
Teringat pula zaman study dulu. Asal dinner ada je tema nak kena ikut. Tapi sy selalu pakai kemeja je pergi dinner dan tak ikut tema...datang nak makan je.
REPLY