D.I.Y : Bunga Rose Crochet
Assalamualaikum semua..tak jawab dosa hehe..alhamdulillah selesai sudah kerja projek D.I.Y akma kali nie diinspirasikan daripada bunga rose merah. Bunga rose crochet nie aku buat sebulan la nak disiapkan, satu hari paling banyak ikut kepenatan tangan dapatla 7 kuntum. paling sedikit satu hari ikut kepenatan tangan dapat 3 kuntum sahaja..aku nie tangan baru lagi nak belajar..belum tahap tangan yang pro yang biasa mengait nie..kadang tu banyak jugakla dapat dalam satu hari
Bunga rose crochet nie aku buat sebanyak 50 kuntum (sebulan) red color and pink color (25+25)
Lega rasanyer bila dah siapkan bunga telur rose merah dan pink nie untuk diletakkan dipelamin untuk sibakal pengantin. Kepada mereka yang ingin menempah bolehlah membuat tempahan sebulan sebelum majlis yer supaya tidak la kelam kabut akma nak siapkan tempahan. Nak color apa2 pun boleh. Kalau nak tanya apa2 bolehlah email : akma.blog@gmail.com tidak pun malas nak email whassap jer pada number disebelah kiri eh sory kanan layout ye. :)
Bunga nie tahun lepas tak sempat dijadikan bunga telur adik beradik pakat dah ambik tuk diri sendiri simpan. Sampaikan ada yang main cop2 ini aku punyer ini aku punyer jangan ambik, amboi bukan main lagi diorang..hahaha