Rumah kami ditimpa pokok durian
Tengokla habis rumah..pokok durian nie memang tinggi..pernah jiran sebelah minta izin nak potong sebab takut timpa rumahnyer kan..kami sekeluarga izinkan je tapi katanyer takde yang nak tolong..sekali alhamdulillah Dia turunkan hujan ribut ditumbangkan pokok durian nie kena rumah kami. Nasib baikla kena rumah kami..kalau rumah jiran macam mana la nak membayor kan..
Mesti ramai yang tertanya2 kan kami macam mana...^-^ikut pengetahuan semua..rumah nie rumah peninggalan arwah ayah ku dipahang. Kami sekeluarga dah lama tak duduk rumah nie dari aku darjah tiga lagi. Kami pindah diselangor rumah nenek sebab nak jaga arwah nenek dengan atuk sakit. Dulu rumah ni disewakan tapi sekarang tak disewakan nasib baik jugakla..
Kata jiran bahagian dapur la habis teruk.. bahagian depan rumah tak kena (takde pulak gambar depan rumah) kami sekeluarga tak berkesempatan lagi nak menjenguk rumah disana lagi cuma abangku sorang sahaja yang dapat menjenguk rumah sebab mak mertuanya disana..dia la yang pergi balai buat report pastu pergi pejabat uruskan insurans rumah macam2 lagi. Mudah2an sahaja dipermudahkan urusan. Ermm sedih jugak diingatkan rumah tu sebab banyak kan kenangan2 zaman kecik dekat sana..takpela semua tu ada hikmahnyer.. orang kata kenangan biarla terpahat didalam hati jangan dikenangkan kembali..iye betul ke. hehe