Agar dicintai Nabi S.A.W..
Assalamualaikum w.b.t.....
KISAH 1:
Seorang sahabat bernama Tsauban sangat kasih dan cinta kepada Nabi s.a.w dan selalu berdamping dengan baginda. Suatu malam, Tsauban tidak dapat tidur kerana asyik memikirkan dirinya yang tidak dapat terus bersama Nabi s.a.w saat itu.
Beliau berbisik kepada dirinya :
' Ketika didunia aku terpaksa berpisah dengan Rasulullah s.a.w lebih2 lagi dimalam hari, bagaimana pula diakhirat nanti? Kalau aku disyurga, Rasulullah sudah tentu ditingkat yang paling istimewa dan aku ditingkat yang lain. Dan jika aku dineraka, sudah tentu aku tidak bertemu dengan baginda.'
Kerana mengingatkan hal demikianlah yang menyebabkan beliau tidak dapat tidur sepanjang malam. pada keesokan hari menjelang subuh, beliau kemasjid untuk melaksanakan solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Rasulullah s.a.w. Sesudah solat, seperti biasa Baginda s.a.w akan menghadap kearah para sahabat.
Tiba2 Baginda terpandang wajah Tsauban yang kedua2 biji matanyer merah. Baginda pun memanggil Tsauban kehadapan.
Rasulullah s.a.w bertanya : " Adakah kamu sakit, wahai Tsauban?"
Tsauban menjawab : "Tidak wahai Rasulullah."
Rasulullah s.a.w bertanya lagi : " Kenapa kedua2 matamu merah ?"
Tsauban pun menceritakan apa yang telah berlaku semalam. Ketika itu Rasulullah s.a.w diam tidak berkata apa2 kerana syurga bukanlah milik Baginda. Dalam keadaan begitu, Baginda tidakdapat memberi jawapan yang pasti. Maka pada ketika itu turunlah wahyu yang menjawab mengenai persoalan tersebut.
Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 69, yang bermaksud :
" Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan ( ditempatkan disyurga) bersama2 orang2 yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi2, dan orang2 siddiqin, dan orang2 yang syahid, serta orang2 yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman dan rakan ( kepeda oarng2 yang taat itu)."
Kemudian Baginda s.a.w bersabda, yang diriwayatkan oleh Anas r.a yang bermaksud :
" Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintai aku, dan sesiapa yang mencintai aku, nescaya ia bersama2ku didalam syurga."
KISAH 2:
Imam Malik sangat menghormati Rasulullah s.a.w meskipun Baginda s.a.w sudah wafat, namun Imam Malik tetap menghormati Baginda s.a.w sehingga beliau tidak mahu menunggang kuda didalam kota Madinah kerana hati dan jiwanya tidak tergamak melihat kaki kuda yang ditungganginya menginjak2 tanah yang didalamya jasad mulia Rasulullah s.a.w.
Diceritakan bahwa Imam Malik mempunyai beberapa ekor kuda yang cantik, pemberian beberapa oarang hartawan kepada baliau sebagai hadiah.Oleh kerana orang ramai melihat kuda2 beliau itu hanya tertambat dikandang rumahnya sahaja dan melihat Imam Malik pula yang selalu berjalan kaki ketika hendak kemasjid kerana mengajar dan bersolat, maka mereka tidak pernah melihat beliau menunggang kuda sehinnga ada orang yang bertanya kepada Imam Malik,
" Kenapa Tuan Guru tidak pernah menunggang kuda dan hanya menyimpannya sahaja?"
Imam Malik menjawab, " Apakah aku tidak malu kepada Allah s.w.t jika aku menginjak kaki kudaku ke atas bumi yang didalamnya ada tertanam jasad Rasulullah s.a.w.?"
Meskipun pada ketika usia beliau telah lanjut dan badannya telah lemah serta sakit2, Imam Malik masih juga tidak mahu menunggang kudanya untuk pergi bersolat dimasjid atau untuk menziarahi sahabat dan saudara-maranya. Beliau lebih suka berjalan kaki demi hormatnya beliau kepada Nabi s.a.w...
seindah nama ibuku beri
siti nurakma bt khaieri