Thursday, January 24, 2013


Assalammualaikum & hi readers  !!>o<


 Sedikit sahaja akma nak kongsi tentang orang terakhir yang masuk syurga..
seperti yang kita ketahui, semua yang beragama islam akan dimasukkan syurga juga akhirnya tetapi dengan dahinya bertanda yang dia adalah ahli neraka.....nauzubillah..mudah2an kita dijauhi....

"Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya aku benar- benar mengetahui bahawa ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka dan ahli syurga yang terakhir masuk syurga , Iaitu seorang yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman : 'Pergilah, lalu masuklah kedalam syurga.' Dia pun sampai ke gerbang syurga . Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya berkata; 'Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh.' ' Pergilah, lalu masuklah ke dalam syurga.' Dia pun sampai didepan gerbang syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya   mengatakan : " Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh.'
Allah berfirman: "Pergilah lalu masuklah ke dalam syurga kerana kamu memperoleh semisal dunia dan 10 kali ganda - atau kamu mendapat seumpama 10 kali dunia.'
Dia bertanya : ' Engkau mengejekku atau mentertawakanku, sedangkan Engkau ialah Raja."

Abdullah melanjutkan : " Aku melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga tampak gigi-gigi gerahamnya. Itulah ahli syurga yang paling rendah darjatnya."

( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa meningkatkan kualiti ibadahnya dan sentiasa bersyukur keatas kurniaan limpah rezeki yang tidak pernah putus2..

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL...

AKMADEHIKA . 2019 e | s