Friday, May 10, 2013

Assalamualaikum....


Kita sering kali memohon hajat dengan menunaikan solat sunat hajat..tetapi sering kali berputus asa untuk      beristiqamah melakukannya dengan alasan...

         'malaslah aku nak solat hajat, tak termakbul pun..'
         'aku banyak dosa..mesti Allah tak tunaikan apa yang aku mintak..'
         ' semalam aku da solat hajat..sekali cukupla..nanti tunggu jela tanda'

    Tidak kah korang terfikir, dengan solat hanya sekali hajat itu terus dimakbulkan oleh Allah S.W.T?

          Tidak sekali-kali...dan tidak kah korang terfikir KENAPA AKU SOLAT HAJAT BANYAK2 KALI DAN BERDOA TAPI MASIH HAJAT ITU TIDAK DIMAKBULKAN OLEH ALLAH S.W.T?

   Mari kita lihat seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham yang pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Irqa,:

              "Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah S.W.T pada hal kami selalu berdoa."
Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati ) disebabkan sepuluh perkara iaitu:

1) Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

2) Kamu sangka kamu cintakan Rasullullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

3) Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4) Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.

5) Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6) Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7) Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8) Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

9) Kamu bangun tidur dan menceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.

10) Kamu kebumikan mayat saudara-mu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

    Dengan 10 sebab-sebab berikut, barulah kita mengetahui kenapa hajat kita tidak dimakbulkan Allah S.W.T kerana tidak menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Dia dengan sempurna..sewajarlah hajat kita tidak dimakbulkan... sebagai umat islam marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dan bermuhasabah diri untuk menjadi hamba yang taat..



6 comments

Like this entry =)

REPLY

Sungguh banyak betul perkara yang perlu diperbaiki.. Like this entry :)

REPLY

mudah2an kita selalu memperbaiki diri...

REPLY

Alhamdulillah..perkongsian yang bermanfaat..teruskan menulis..:)

Salam singgah..
kawan syahrul/yon kan?
Nanti jemput walimah kat sg nibong ya..19mei.. :)

REPLY

wslm..yer saye kwn yon..insyaAllah kalau xde hal sy dtg walimah kat sg nibong..

REPLY

AKMADEHIKA . 2019 e | s