Mangga Asam Boi kini menjadi kegilaan ramai
Sumber : Buku resepi
Assalamualaikum...pasti semua orang tahu kan, kini Jeruk Mangga Asam Boi sudah menjadi kegilaan ramai orang melayu..nampak gambar pun telan air liur..semenjak admin buku resepi post tentang jeruk ini di facebook page mereka, ramai yang telah mencuba dan turut berkongsi gambar tentang jeruk asam boi ini samaada di facebook,instagram dan blog juga tidak ketinggalan. Akma teringin juga nak membuatnya tetapi di tempat akma susah nak dapat..tanye dah kawan2 rumah dorang ada tak berbuah,masing2 cakap tak berbuah lagi..nak membeli haritu keluar lupa pulak nak mencari.haha,takpela nanti akma nak juga cuba. Untuk para wanita yang sedang mengidam nie bolehla mencubanya..akma kalau buat tak boleh makan banyak2 nanti kecut otak..dahla otak tengah study kan..nanti cuti sem bolehla kita buat..ye dak..^o^ buat masa nie telan air liur jela tengok gambar kan..
Mereka yang tengah pregnant mengidam jangan ditangguhkan tau, tak elok untuk baby dalam kandungan tu nanti keluar babynyer mengenjis keluar air liur je tak dapat makan apa yang ibunya ngidam..teringatla akma ada sorang anak buah akma masa kecilnya macam tu la..masa ibunya mengandung kepinginkan ada satu makanan india tu..tak ingatla pulak akma namanya. Ngidam punya pasal tak dapat makan, mungkin masa tu memang tak ada orang jual..lahir2 je anak buah tu ngenjis memanjang..kesian kan..
Resepi Jeruk Mangga Asam Boi
Bahan-bahan
Beberapa mangga muda
Asam boi
Garam
Gula dilebihkan
Cili padi dipotong (nak pedas lebihkan)
Cara-cara
1) Kupas dan belahkan mangga dan basuh mangga tersebut
2) Gaulkan kesemua bahan bersama2 dengan mangga
3)Simpan dalam peti ais semalam dan bolehlah dimakan selepas semalam..
JOM CUBA!!