Tuesday, March 17, 2015


Assalamualaikum



Facebook,instagram adalah salah satu laman sosial yang boleh sesiapa sahaja berkongsi apa sahaja yang dia mahukan samaada personal, perniagaan dan juga ilmu. Akma nak sentuh sedikit tentang personal dilaman sosial. Semua orang boleh post macam2 di facebook ataupun instagram mereka. 
 'ini facebook aku, suka hati akula aku nak letak gambar aku apa2 pun..ko tak suka ada aku kisah'
Yee..memang betul..ko buatla suka hati ko...TETAPI APA YANG AKMA NAK TEKANKAN DISINI ADALAH...khususnya pada kaum perempuan...apa yang akma dapat perhatikan..kenapa ye kaum hawa lebih suka menonjolkan diri mereka daripada lelaki. nak rasa diri tu dipuji?nak dapatkan LIKE yang banyak? nak dapatkan KOMEN yang banyak? akhirnya dibawah tanah apa yang kita dapat...
Kita nak post apa sekalipun boleh..tapi kenala tau batas2..ini hanyalah pendapat akma ye..tak taulah pendapat yang lain2 macam mana..iyela setiap orang pendapat berbeza2 semua tak sama dan ada juga tidak persefahaman..SESETENGAH ORANG..tidak suka notifications dilaman sosialnya penuh dengan notifications orang yang sama..maksud akma disini..hampir setiap hari orang tu post setiap aktiviti dia. Sesetengah orang akan berasa menjengkelkan..iyela..hampir setiap hari nak bagitau semua orang apa yang dia makan..apa yang dibuat..iye..itu hak masing2..tetapi tidakkah korang terfikir contohnya korang post makanan sedap apa yang korang makan pada waktu itu dan ada yang tidak berkemampuan ataupun kelaparan melihatnya..tidakkah terguris hati mereka..kan baiknya sekiranya apa yang anda post itu besertakan resipi ke..cewahh!ataupun berkongsi maklumat ke.. Janganlah awak post setiap hari..post kadang2 bolehla...dalam sebulan sekali or 2kali pun dah ok kan just nak bagitau apa perkembangan kita pada kawan2. 


Apa yang akma nak luahkan disini..adalah kawan akma nie terasa hati pulak dengan apa yang akma cakapkan tentang facebook.  Mungkin dia salah faham isi tersirat yang ingin akma sampaikan sehinggakan meluahkan ketidakpuas hatinya kedalam facebook. Akma hanya melihat sahaja dan taknak lah komen apa2. Karang bergaduh pulak. Apa yang akma lakukan akma dah pun meminta maaf..sekiranya setiap perkataan ada yang terasa. Kita sebagai manusia biasa tidak terlepas melakukan kesalahan. Akma nak mengucapkan terima kasih banyak2 juga yang membenci akma..kerana anda siapalah diri ini. alamak ayat aku..hehe, Ok serius ok. Akma mintak maaf kepada kawan akma yang telah membenci akma..mintak maaf dari hujung rambut hingga kehujung kaki sekiranya sepanjang perkenalan kita selama ini dari sekolah hinggalah sekarang walaupun kita tidaklah serapat mana..akma ada banyak melakukan kesilapan tanpa kita sedari..ada mengguris perasaan secara tidak langsung. Aku adalah manusia yang serba kekurangan..
Mintak maaf sekiranya setiap perkataan itu ada yang terasa hati..ikhlas dalam hati ini, tidak ada langsung ingin menyakiti hati sesiapa...itu hanyalah pendapat semata2 bukanlah untuk ditujukan pada sesiapa pun. Sekiranya individu itu ada terasa..diri yang kerdil ini ingin mintak maaf sekali lagi..

Janganlah menangisi seratus orang yang membenci kita kerana terdapat sejuta orang yang menyanyangi kita dan sehingga sekarang masih ramai yang menyanyangi akma..merekalah pendorong akma untuk terus bergerak kehadapan..pedulikan mereka yang tidak suka akan diri kita..untuk menyenangi hati seorang bukannya senang apatah lagi semua orang kan....

^o^ terimakasih kerna sudi meluangkan sedikit masa baca entry luahan akma nie




AKMADEHIKA . 2019 e | s