Monday, March 09, 2015

Assalamualaikum

5 March 2015 
Tarikh dimana perginya mak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah
Semua anak-anak mak ikut pergi menghantar keLapangan Terbang KLIA 2 kecuali kakak no 3 tidak dapat menghantar kerana baru beberapa hari bersalin 
Alhamdulillah..
kerana berkat doa mak untuk melihat cucunyer sebelum pergi umrah telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T
Kakak bersalin lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan
Kakak telah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat
mendengarkan khabar berita ini mak cukup gembira kerna akhirnya mak dapat juga melihat cucunyer sebelum berangkat ke Tanah Suci
2 hari mak dapat menimang
aku pun cukup senang bila mak gembira





akma sama tinggi je dengan mak..^o^
Kawan-kawan sekolah bila jumpa mesti cakap 'ma, aku tengok ko dari dulu macam nie aje tak gemuk2 still maintain je' haha memang inila soalan dorang bila lama tak jumpa..nak tengok aku berubah tunggu aku kawin dulula...hewhewhew..^^
tengokla mak..genetik mak..haha
lepas maghrib terus kami semua bertolak
Tunggu mak sampaila pukul 12, flight mak pukul 2 tapi mak masuk pukul 12 bersama pakcik adik mak




aku harap mak sentiasa sihat sepanjang menunaikan umrah 
jangan sakit2 ye mak
Doakan anak-anak mak disini, doakan seluruh umat islam 
terima kasih abah kerna mengahwini mak dan setia sampai kehujung nyawa 
kami sentiasa merinduimu



AKMADEHIKA . 2019 e | s