Saturday, March 14, 2015







REVIEW PRODUK/PERKHIDMATAN  adalah salah satu cabang bagi peniaga-peniaga yang ingin memperkenalkan perniagaan mereka kepada masyarakat. Bagi peniaga yang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, ini adalah satu peluang yang sangat besar didalam permulaan mereka untuk berjaya dalam bidang ini. Disini, Saya ingin membuka peluang yang sangat besar kepada sesiapa sahaja yang ingin memasarkan produk mereka, saya akan membantu peniaga secara percuma dalam memasarkan perniagaan mereka diseluruh Malaysia. Paling bestnya, saya tidak akan mengenakan caj tambahan sedikit pun kepada peniaga kerana saya sendiri ingin membantu peniaga melayu berjaya dengan perniagaan yang anda lakukan sekaligus dapat meningkatkan ekonomi negara kita. Saya juga baru berjinak2 dalam bidang pemasaran. Walaupun tidak banyak yang boleh saya bantu, saya akan cuba buat yang terbaik dalam penulisan. Ikhlas saya katakan, saya tidaklah sehebat blogger yang sudah ramai meminta perkhidmatan penulisan mereka dalam mempromosikan perniagaan mereka, tetapi dengan membuat advertorial ini serba sedikit dapat meningkatkan kualiti penulisan saya.


Jadi, bagi sesiapa yang ingin produknya di'REVIEW' oleh akma secara percuma amat dialu-alukan menghubungi akma di :

 

Kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi dari REVIEW PRODUK/PERKHIDMATAN ini :

1) Pembaca akan berasa lebih berkeyakinan dan teruja untuk membeli produk yang dijual.

2) Semua maklumat terhadap produk yang ingin mereka ketahui dapat disampaikan dengan baik secara langsung dapat bertukar-tukar pendapat terhadap produk/perkhidmatan tersebut. 

3) Pengunjung akan sentiasa melawat page perniagaan sekaligus dapat meningkatkan bilangan pelawat page.

4) Dapat mengeratkan silaturrahim antara pembeli dan penjual.


Nota Penting:

I- Saya tidak akan mengambil mereka yang tidak jujur dengan perniagaan yang mereka lakukan kerana keberkatan penulisan itu untuk saya sangat penting bagi pembaca2 blog ini.

II- Produk kecantikan dan seumpamanya diperlukan ini bertujuan penulis dapat menulis dari hasil dan kebaikan produk tersebut. Tapi saya tidaklah memaksa untuk diberikan. ^_^











AKMADEHIKA . 2019 e | s