Sunday, March 23, 2014



Melihat warnanya pun menakutkan dan pastinya sangat pedas...ramai dikalangan masyarakat kita pada hari ni masih tidak tahu sebenarnya cili merah nie ada juga khasiatnya dalam tubuh badan kita taw...akma pun sebenarnya baru tahu...kiki, akma bukanlah dikategorikan orang yang kuat makan pedas..pedas sikit2 tu bolehla..tapi kalau pedas sangat tu kalau takde air susu kat tepi pinggan jangan harapla aku nak makan k..dan setelah akma membaca buku tentang Cili Merah ni ada jugak yer khasiatnya..dan..dan..ku kan try jugakla think positif..^o^



Dan korang kena tahu jugakla...Cili Merah nie memangla ada kebaikannya..tapi yang tak baiknya pada biji nya..bijinya memang bahaya..bila korang dah suka sangat makan pedas..masak tu kenala ingat2..bila rebus cili tu biji tu buangla..buang habis licin lagi bagus..Kalau dah masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut. Ia juga menyebabkan gangguan perut akut..ini bermakna peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya korang akan mual, muntah-muntah, demam dan sakit kepala..

Nak tahu apa khasiatnya Cili Merah pula, jom kita baca info yang telah akma baca dari buku 'Rasullullah is my doctor ' by Jerry D Gray:

Cili Merah membantu bagi menghancurkan gumpalan darah, membuka sinusitis dan saluran udara, menghancurkan lendir pada paru-paru, bertindak sebagai expectorant ataupun decongestant. Cili Merah juga membantu menghindari bronkitis, emfisema dan jangkitan dalam perut. Cili adalah ubat penghilang rasa sakit yang kuat, ia dapat mengurangi dan menghilangkan sakit kepala apabila dihirup dan sakit sendi sekiranya disuntik.

Paprika pedas yang dibuat daripada cili mengandungi aspirin semulajadi yang tinggi. Menambahkan sos pedas pada makanan juga mempercepatkan metabolisme dan membakar kalori. Berbeza dengan apa yang masyarakat yakini, cili merah sebenarnya tidak membahayakan selaput perut ataupun menimbulkan jangkitan perut.

Setitis minyak yang disarikan daripada cili, diletakkan diantara 2 helai suratkhabar, kemudian diletakkan pada otot yang sakit ataupun bahagian kepala yang sakit. Ini dapat menghilangkan rasa sakit.


PERINGATAN:

Sebahagian besar daripada kita tidak kuat menahan suratkhabar bersari cili yang diletakkan pada bahagian tubuuh badan mereka, lebih daripada beberapa saat. Ini kerana, rasa panas cili sangat  kuat. Selepas dilepaskan, rasa panas hilang dalam beberapa saat sehingga suratkhabar tadi digunakan kembali.

Cili Merah juga adalah sumber vitamin C. Dengan adanya pelbagai buah dan sayuran yang mengandungi vitamin C, mengapa mesih mahu membazir bagi membeli vitamin C? Sejak 4 tahun lalu, Jerry D Gray berhenti mengambil vitamin C dan mula  makan makanan sihat. Alhamdulillah, Jerry D Gray belum pernah berasa sihat sebegitu. Kesimpulannya, boleh makan pedas tapi jangan mengamalkan selalu..ok semua..^0^











AKMADEHIKA . 2019 e | s