Wednesday, March 12, 2014

Assalamualaikum

Tertarik pada salah satu tajuk dalam buku La Tahzan oleh Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni dengan pembuka kata 'Jangan sekali-kali mendahului sesuatu yang belum berlaku'. Apa yang akma boleh katakan disini adalah Jangan kita sekali-kali mengharapkan hari esok yang belum pasti berlaku untuk hari ini. Misalannya, kamu mengharapkan pokok yang belum pasti bila akan berbuahnya tapi mengharapkan ia akan berbuah, kelahiran yang belum pasti bilanya mengharapkan hari esok..jangan kita mengharapkan hari esok sepertimana apa yang kita harapkan. Hari esok adalah benda yang belum pasti, ianya adalah benda ghaib iaitu benda yang kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku, ia adalah sesuatu yang bukan boleh sesuka hati  kita akan terjadi. Hari esok adalah hari yang belum turun kebumi. Biarkan ia hadir dengan sendirinya..

Akma tertarik apa yang Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni tuliskan didalam buku tersebut:

'Menurut Islam, memberi peluang kepada fikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka-buka alam ghaib dan kemudian hanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru berupa persangkaan merupakan sesuatu yang tidak dibenarkan. Kerana hal itu termasuk tulul amal ( panjang angan-angan) . Menurut pertimbangan, tindakan itu juga tidak masuk akal, sebab ia sama dengan berperang melawan bayang-bayang. Tetapi aneh, kebanyakan manusia di dunia ini malah ramai yang termakan dengan ramalan-ramalan berkenaan kelaparan, kemiskinan, wabak penyakit dan krisis ekonomi yang kononnya akan menimpa mereka. Padahal semua itu hanyalah sebahagian dari matapelajaran yang diajarkan disekolah-sekolah syaitan.'

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan ( jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya."
(Surah Al-Baqarah:268)

Akma setuju dengan apa yang diperkatakan, kenapa kita perlu menangis dan menyibukkan diri dengan hari esok, memikirkan kesialan-kesialan yang akan berlaku, memikirkan kecemasan-kecemasan yang akan korang hadapi padahal pada hari ini korang begitu sibuk. Jangan sekali-kali menanyakan khabar berita kerna korang juga tidak tahu apa yang akan berlaku esok dan boleh jadi korang tidak bertemu untuk hari esok. Adakah hari esok itu kesenangan atau kesedihan? Sibukkanlah untuk hari ini dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kegembiraan kepada diri sendiri dan orang tercinta.

Akma percaya ramai dikalangan kita banyak memikirkan hari esok daripada memikirkan pada hari ini. Perkara ini juga berlaku pada akma sendiri dan ia amat menyakitkan bila berlakunya hari esok ia bukanlah apa yang kita harapkan. Ramai dikalangan kita pernah mengalaminya, memaksa hari esok hadir adalah satu penyakit kronik yang boleh membuatkan korang menjadi gila. 

Mulai sekarang, tanamkan azam untuk tidak memikirkan hari esok berlaku sepertimana hari ini,biarlah hari esok hadir dengan sendirinya dan pada saat itu fikirlah dan rancanglah unutk hari itu kerana bila ianya berlaku dengan sempurna korang pasti bahagia dengan hasil yang korang telah lakukan pada hari itu.  

"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah maka janganlah kamu minta disegerakan" 
( Surah An-Nahl:1)








2 comments

Betul tu akma..harap hari esok akan lebih baik dari hari ini.

REPLY

buatlah pada hari ini dengan lebih baik..bila datangnya hari esok buatlah dengan lebih baik dari hari ini..takperlulah nak pening2 kpale fikir untuk hari esok..^o^

REPLY

AKMADEHIKA . 2019 e | s