Friday, September 12, 2014

Assalamualaikum..


Mari kita kenal dengan chef yang diiktiraf sebagai chef pastri terbaik dunia.Inilah dia chef popular didunia iaitu Chef Jordi Roca. Jordi Roca dibesarkan di Catalan,Sepanyol. Dia dibesarkan dengan persekitaran keluarga yang membuka bar dan restoran Dan tanpa disangka beliau telah terpilih sebagai CHEF PASTRI TERBAIK DUNIA setakat ini.


Jordi tiga bersaudara,Joan dan Josep yang juga telah membuka restoran sendiri diGirona, Sepanyol dan telah mengumpul beberapa Anugerah Bintang Michelin. Apa yang menarik tentang chef ini, Chef Jordi Roga mempunyai bakat terpendam yang lain iaitu sebagai arkitek dan ahli silap mata. Tidak mengejutkanlah bagi yang mengenali chef ini menghidangkan setiap resepinya dengan persembahan yang berbeza dan ada kalanya tidak masuk dek akal.


Antara percubaan yang dilakukannya dengan menggunakan minyak wangi jenama Calvin Klein, Eternity, Angel Dan Hermes dalam penyediaan resepinya. Memang pelik..
Jordi Roga anak bongsu daripada tiga beradik ini mengikut jejak langkah abang sulungnya, memulakan kariernya disebuah sekolah kulinari diGinora dan bekerja dengan chef Damian Allsop dan dari situ dia mendalami ilmu pastries ini. Kini , tiga beradik ini Joan 46 tahun, Josep 44 tahun Dan Jordi telah membuka sebuah restoran el Celler de Can Roca. Restoran ini telah mendapat pengiktirafan 50 restoran terbaik dunia pada tahun 2013 dan mendapat tempat kedua terbaik dunia 2013 dan 2014.


Jordi Roca bersama saudaranya berhasrat untuk mengambilalih kedudukan restoran nombor pertama dunia yang kini kekal disandang oleh Rene Redzepi of Noma diCopenhagen. Selain restoran-restoran Moo dan Nurum di Barcelona, Jordi telah membuka sebuah kedai aiskrim di Girona dan dinamakan Rocambolesc.
Bermula daripada legasi perniagaan restoran oleh ibunya pada 1986, kini Jordi dan dua abangnya berjaya dalam dunia pastries sehingga diiktiraf dunia dan akhirnya restoran mereka mendapat banyak Anugerah Michelin pada 1995,2002,dan 2009.



Sumber: Majalah Saji sept 2014












AKMADEHIKA . 2019 e | s