Thursday, September 18, 2014

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2014

  

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2014 ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Karnival ini sangat penting bagi graduan-graduan baru habis belajar dan graduan-graduan yang sekian lama masih menganggur mencari pekerjaan. Sekarang inilah peluang terbaik bagi anda untuk merebut peluang meminta kerja dan menghantar sendiri resume anda kepada syarikat tersebut. Anda tidak boleh melepaskan peluang yang paling berharga ini kerana sekali anda terlepas anda akan menyesal tak kesudah. Jadi jangan melengahkan masa anda!! 

Karnival ini akan berlangsung pada 26 hingga 28 september 2014 bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. TERDAPAT 3000 PELUANG PEKERJAAN BERTARAF EKSEKUTIF UNTUK ANDA!!

MASUK ADALAH PERCUMA!!

Difahamkan lebih 150 syarikat menanti anda!! Disana juga banyak acara-acara menarik seperti pertandingan dikir barat, futsal, big bike week dan pelbagai lagi. 

 Graduan yang telah tamat pengajian dan mahasiswa tahun akhir kini boleh mendaftar dan memuat naik
resume mereka melalui laman web khas K3G  http://www.k3g.my/ Dapatkan maklumat terkini melalui laman
web tersebut dan sila 'like' FB University of Malaya Entrepreneurship Centre agar anda semua tidak terlepas
peluang mendapat info-info terbaru dari UMEC.



No comments: