Wednesday, September 03, 2014

Sepatu merah termahal

Assalamualaikum



Hah ini la dia sepatu merah ku yang termahal pernah ku beli ( mahal la sangat kan) haha
Time tu bagi aku mahal la..time sekolah tengah giler kasut kaw mana budak sekolah mampu nak beli..
kaw mampu?haha tak kan..aku je mampu..ayat poyo
Kasut nie alkisahnya...
adala dekat tempat aku tu ada tempat tempahan kasut
paling bestnya dekat situ kau boleh design kasut kau sendiri 
suka hati mak bapak kau la nak design macam mana pun 
asalkan ikut selera tekak korangla..
yang kasut aku nie dah memang ada designnya sendiri just adjust sizenya jela
price hampir nak seratus jugakla kaw..
tapi masa tu aku tak kisah pasal harga pun
sudah nama pun minat duit apa hal betul tak?



Tengok nampak cantik lagi kan macam baru beli
mana tak cantik tak pernah dipakai
bengong kan aku nie dah beli mahal-mahal tak pakai pulak
tengokla sampai ada sedikit kecacatan dah dekat sepatu tu
sepatu merah aku nie pernah la ada orang merasmikan dahulu sebelum aku
orang yang merasmikan tu pun bukan calang-calang orangnya jugak taw
Pengantin koot!!!
haha bukan calang-calang kan orangnya..
Pengantin tu kakak kawan adikku..
time tu sipengantin nie tak dapat mencari sepatu untuk hari perkahwinannya
kebetulan la sepatu merah aku nie kena pulak dengan tema
so adik aku nie mintala keizinan dekat aku meminjamkan sepatu aku nie kepada sipengantin
Dengan rasa bangganya cewahh!haha
aku pinjamkanla..bukan selalu berkhidmat untuk pengantin..kiki
Yang sebenarnya nak tulis dekat sini 
 Sepatu merah ini adalah salah satu koleksi kesayanganku sampai sekarang
Sudah namanya benda kesayangan..memang dijaga dengan rapila 
Tempatnya didalam almari..
Sepatu merah nie pernah sekali je aku pakai time raya
Itupun asik-asik lap asik-asik lap lebih lagi kalau terpijak lecak kan
Dalam hati nie aduhai..

InsyaAllah kalau dijemput ke event besar-besar ke aku akan pakai kasut nie
Dulu time sekolah memang minat sangat kasut high heels
biasala budak sekolah baru nak up kan..haha ayat kaw
Tengok kakak-kakak pakai cantik je dalam hati aku nak jugak
Tapi sekarang da tak minat high heels da..
aku sekarang minat wedges, sport shoes..
selesa bergerak kan..
Kena kejar dengan anjing boleh lari laju-laju
Macam Usain Bolt tu..haha
alah kadang tu aku keluar hentam kromo pakai sandal je
aku tak macam korang pakai kasut cantik-cantik nak kena pilih dulu kan..hihi
Aku Sempoi!!
Tapi pernah jugak la dulu aku keluar nie naik moto nak pergi kedai
Dah sampai rumah baru aku perasan yang aku pakai kasut arwah abahku
Haha gila tak perasan langsung dekat kaki
Sebab selesa memang patut tuan kedai pandang aku lain macam
Arwah abahku kasutnya memang banyak..
Sampai sekarang pun kalau aku bersihkan halaman rumah ke pergi rumah jiran sebelah aku ke
Aku rembat kasut arwah abahku
aku memang cukup selesa pakai kasut arwah abahku
Mungkin sebab satu dia besar..jenis yang bergetah pulak tu
Memang aku jela yang rembat pakai

Hah ini jela aku nak cerita kat blogland aku nie pasal sepatu merah termahal ku yang tak berapa mahal nie....
haha
Ok Annyeong..^o^










4 comments:

Ismi Ana said...

Isk! Cantik la kak. Hihi. Rajinnye menjaga. Tapi kalau barang yg kita beli tak guna dalam 40 hari, nanti kene hisab kat akhirat. Bukan ana ckp, tp ustazah. Huhu. Kalau tak guna, kene la sedekah kat sesape, baru tak kene hisab. :)

Akma Khaieri said...

Owh yke..nmpk sgt cetek ilmu agma kn..thanks ye ana teguran tersebut..semoga Allah sentiasa melindungi adk..

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

pemberian yang terbaik adalah apa yang paling kita sayangi.. semoga Allah sentiasa merahmati kita..

Akma Khaieri said...

Betul cakap makcik tu..terima kasih makcik.!