Thursday, September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger !

Assalamualaikum

Bersyukur kehadrat Ilahi diberi kesihatan pendengaran dan penglihatan yang sihat. Alhamdulillah...

Hari ini sebelum pukul 8 malam ini aku nak menyertai segmen daripada blogger Ben Ashaari. Aku ikut serta segmen ini sebab nak bagitau kat korang kenapa impian aku nak menjadi seorang blogger! Aku tak pernah kan bagitau kat korang..alang2 Ben Ashaari dah buat segmen nie,why not aku sertainya jugak kan..

Click banner untuk terus ke segmen


LATAR BELAKANG OWNER BLOGLAND INI

Secara ringkasnya, blogland ini diterajui oleh seorang hamba Allah yang bernama Siti Nurakma binti Khaieri..terima kasih mak!! Kalau terserempak dekat luar korang boleh panggil aku dengan nama suka hati korangla nak panggil whateverla..haha,akma ke ema ke cikma ( panggilan dalam fmly)akma sakura Argh!asalkan nanti korang tegur aku mesti menuju ke arah aku la ye..kalau tak mana aku nak sorokkan muka aku nie.haha,aku ada shembilan beradik & aku yang kelapan.Dalam shembilan tu yang belum kawin aku,kakak sorang & adik. Itupun raya haji nie adik dah nak bertunang. Tinggal la berdua..huhu,Yang lain semua dah lima enam orang anak dah. Darah 0 ikut arwah abah.Sekarang masih menuntut diUitm Ba(Hons) Office system management second year. Pertengahan 2015 habisla..

KELEBIHAN BLOG

Kelebihan blog ye..setiap blog ada kelebihannya masing-masing..secara jujurnya,blog akma nak kata banyak takdela banyak sangat kelebihan compare dengan kalian..my personal life, a lil bit tips yang aku nak share kat korang apa yang telah aku baca..tapi apa yang membuatkan blog aku nie patut sangatlah korang baca dan datang tiap2 hari..apa yang terkandung didalam blog ini entrynya akan membuatkan korang terasa rindu disini.cewahh!paling nyata kelebihannya ownernya berbakat melukis potret berpainting..korang boleh tengok dekat pages painting.

IMPIAN BILA JADI BLOGGER

Impian merangkap matlamat aku seorang blogger.

1) Personal life 

* Semua isi kandungan mengenai kehidupan aku disini sebagai diary..diary dimana semua orang boleh baca.haha..(nie bukan diary namanya!!)ok sebenarnya blog ini khas untuk anak2 ku yang akan datang. Insyaallah kalau Allah memberikanku umur yang panjang menemukanku jodoh sebelum tiba ajalnya biarlah mereka yang aku kasihi sayangi..family,kawan- kawan,anak- anak mengenali dan menyelami isi hatiku disini. 

2) Ilmu dunia akhirat

* Apa yang telah aku baca hasil daripada buku,majalah internet semua untuk kalian. Impian ku menjadi seorang blogger ingin menjadi penulis yang hasilnya dibanggakan. Menulis yang baik- baik..aku menulis bukan untuk mengejar dunia glamor tetapi aku menulis untuk mendidik dan melatih diriku dalam menyampaikan ilmu Allah dunia akhirat dengan penulisan tanpa menyinggung perasaan mana2 pihak. Samaada ilmu Allah itu dari segi tips,panduan dan sebagainya.

3) Berkenalan

* Impian ketiga,aku ingin meramaikan lagi kawan yang ada sekarang. Butang followers bukti kita sebagai kawan. Malaysia nie kecik je.elok sangatlah kalau kita saling berkenalan sesama Islam merapatkan silaturrahim..dah dapat pahala. Kalau ada yang rumah dekat-dekat kenduri bolehla datang tolong ke kan..seronok kan kalau ada kawan dimerata tempat. Ingin holiday didalam negeri, ada kawan boleh mintak tolong..rumah aku dekat sekinchan,Selangor ..so sesiapa yang ingin datang bolehla datang rumah.aku suka sangat kalau ada kawan2 datang rumah tido..tak payah cari homestay dah jimat duit kat situ kan.

Syukrann

#sayang sikit..^.-