Friday, September 19, 2014


Mentega sering digunakan dalam masakan terutamanya dalam penyediaan kek dan biskut. Secara amnya, mentega merupakan produk tenusu yang diperbuat daripada susu asli. Kebanyakannya diperbuat daripada susu lembu untuk tujuan komersial. Sebelum mentega terhasil, susu akan melalui proses bagi memisahkan lemak susu dan cecair. Lemak susu itu kemudian dijadikan pepejal dan dibungkus seperti produk mentega yang ada pada hari ini.

Ciri-ciri mentega :

1) ia mempunyai rasa dan aroma yang kuat
2) warnanya kuning pudar berbeza dengan warna marjerin yang berwarna kuning pekat.
Mentega yang tidak tahan pada suhu panas dan biasanya disimpan didalam peti sejuk. Ia mudah cair berbanding dengan marjerin yang lebih tahan pada suhu bilik. Terdapat 2 jenis mentega iaitu mentega asli dan mentega lepa susu.

Mentega asli mengandungi lebih 80% lemak susu dalam kandungan beratnya. Manakala mentega susu lepa pula mengandungi kandungan lemak yang lebih rendah. Ini kerana mentega lepa susu telah dicampurkan dengan bahan lain seperti minyak kelapa sawit, minyak Isirong, lecitin soya, perisa mengandungi susu, susu tepung, perisa dan pewarna (beta carotene) dan lain lain. Kandungan lemak yang lebih dalam mentega asli juga membuatkan harga mentega asli lebih mahal berbanding mentega lepa susu. Kedua-dua jenis mentega ini boleh didapati dalam keadaan bergaram atau tidak bergaram.

Mentega yang kaya dengan sumber vitamin yang sangat baik. Salah satu daripada banyak vitamin yang bermanfaat yang kita dapat daripada mentega ialah vitamin A yang mempunyai pelbagai fungsi untuk badan kita. Vitamin A menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengekalkan penglihatan yang baik. Selain daripada vitamin A, mentega juga mempunyai vitamin lemak larut lemak lain seperti vitamin D,E dan K.

Sumber : Majalah Saji keluaran September 2014

AKMADEHIKA . 2019 e | s